Bosan dengan telatah politik dan tak dak apa nak ulas...maka release tension sikit...
1. ASTRO Remote Control
Masuk ni dah dua remote Astro aku terpaksa beli...akibat kehebatan idea anak-anak aku, maka depa buat main basketball dengan remote Astro...jangan tanya macam mana depa main..aku tak tau...Tau je balik kerja tengok dah pecah...siap dia letak elok2 konon-konon macam masih seperti sediakala...setelah aku repair2 pun tak boleh..maka aku dengan hormatnya membaling bagi pecah terus...hehe...
Sebelum ni dah satu...(itu bukan yang pertama..rasanya dah dekat 10 remote dah ni...)...
So aku potong duit depa sorang sepuluh ringgit...zalim tak aku?Walhal aku beli remote tu kat The Store RM7.90 je...hehe...takpa..Adam banyak duit tu...
2. Andai perahu pun belum berpunya...
Beberapa hari lepas isteri aku ceritakan perihal sorang kawan dia ni...suka sangat cerita kononnya suami dia nak belikan sangat sebuah Peugot 405 untuk dia...lepas tu ceritakan pulak dia tak nak hantar anak dia ke Tadika dekat rumah tu pasal campur-campur tak tentu orang, nak hantar kat Damansara RM400 sebulan...lepas tu macam-macam la lagi...(walhal dia tu dah ada lesen kereta tapi belum lagi boleh pegang stereng akibat tidak diberi kebenaran oleh suami)...
Kemudian aku terjumpa pulak dalam satu blog ni pasal sorang lelaki yang belum kahwin, tapi dok cerita ceriti pasal alam perkahwinan kawan dia...kononnya kawan tu dikongkong bini la...kawan tu takut bini la...kawan tu tak reti kawal bini la...then dia siap kata plak dia benci tengok perempuan yang bersikap macam bini kawan tu la...
Kedua-dua situasi ini membuat kan aku mencipta satu simpulan bahasa berbunyi begini...:
ANDAI PERAHU PUN BELUM BERPUNYA, JANGAN MENDABIK DADA MENONGKAH OMBAK YANG BESAR
hehe...jangan marah aa...apa nak dikata...
5 comments:
Hehe...kalau dlm psychology, tindakan pak ndak potong pocket money dorg tu dipanggil negative reinforcement. kalau tak silap la. mengikut theory tu, lps ni dorg takkan use the remote as their basketball dh sbb tak nak duit kna potong. tapi tak tau la kan. hehe ;-)
dioang mesti gune medium lain plak ..mgkin controller ps2 selepas ini..berjaga2..haha
jgn jgn dorg dah immune...hehe
untuk menunjukkan protes, uncle beli byk² remote tu.. 5 ke.. mesti diorang pening². Hehehe... tapi nasib baik adam n rayyan jenis pecahkan remote, kalau hilangkan remote.. naik jugak darah carik.
bab ilangkan remote mmg selalu..kdg2 jumpa kat depan pintu toilet..huh..sakit jiwa arr..
Post a Comment