Update : Ramai yang email dan komen mintak lagu ni, so aku berbesar hati share kat sini...
DOWNLOAD
Layan lagu pulak...letih dengan politik dan isu semasa...hehe...lama dah aku cari lagu ni, last-last dapat jugak tapi version rakaman dari radio..terpaksa touch up dengan Goldwave tadi...ni dengar marathon tanpa henti ni...hehe...
Tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku
Lenamu di dakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu
walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita
oh
ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
mimpi rinduku disaat mesra
oh kasih
oh
terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
oh oh oh
kernamu
lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu
ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu
walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita
oh
ku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
mimpi rinduku disaat mesra
kasih
oh
terbina rona kota bahgia
permata dijiwa
oh oh oh
kernamu
walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita
Banyak perkara berlaku dalam hidup kita..tapi berapa banyak yang boleh kita perkatakan...?
Friday, February 27, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Kisah Baru Kahwin...
Jangan salah sangka..entri ni tak bertujuan menceritakan perihal 'kisah' pengantin baru..hehe...kepada yang nak cari kisah2 macam tu sila search semula ya...hehe..
Nak ceritakan tentang dua peristiwa ni...
Peristiwa 1 : Perceraian Roslin Hashim setelah 12 hari berumahtangga...
Diulangi 12 hari...
Hari ni dalam Metro bekas isterinya pulak bersuara...
Aku ni bukan la nak kata lama sangat dah kahwin...ramai yang lebih lama dalam blogosphere ni...tapi Alhamdulillah, tahun ni aku dan isteri bakal meraikan ulangtahun perkahwinan ke 12...tahun...
So rasanya boleh jugak la nak menasihati kepada anak-anak muda yang tengah nak planning nak kahwin atau baru nak ambik borang permohonan kahwin ka tentang hal ni sikit sebanyak...
Dua jiwa yang berlainan, seorang lelaki dan seorang perempuan, nak duduk di bawah satu bumbung, makan sama-sama, tidur sama-sama, lepak sama-sama...sedangkan selama ini semua benda tu buat seorang diri...pasti akan timbul rasa tak puas hati...
"Ala..aku susun baju bukan macam ni, ni yang aku malas ni..."
"Apa pasal dia tidur buas haa..aku tak gemar la orang tidur buas nii..."
"Aik, apasal kopi ni tak rasa macam mak aku bancuh??"
Ni semua mungkin dialog yang terpendam di hati setiap yang baru berkahwin...
Jangan bohong, masa bercinta amat berlainan sekali dengan selepas berkahwin...
Masa bercinta semuanya indah, kalau terkentut pun masih boleh buat tersipu-sipu, then partner akan kata.."Ala, I tak kisah pun.."...try la buat selalu-selalu lepas kahwin...hehe..tapi baru-baru kahwin je, kalau dah lama-lama mangli pulak la..bantai le kentut 13 das serentak pun...hehe...
Jadi kalau dah tau akan timbul masalah2 di atas tadi, apa perlu kita buat?
Kena bersabar...at least salah seorang kena bersabar...kalau isteri yang marah-marah, maka suami buat2 cool sambil senyum-senyum mengaku..."Ok..Ok..I silap..sori ye.."...
Kalau suami pulak yang masam muka sebab kopinya tak cukup pekat, maka isteri pulak bersabar...sambil cakap.."I mana tahu macam mana mak u bancuh kopi sayang, nanti I call dia tanya berapa sudu kopi nak taruk yee..."...tu contoh le..
Hanya satu pesan ku...
Apa-apa jugak pun, jangan di simpan di dalam hati...kalau benda tu kita tak berkenan, bagitau elok-elok...panggil dan bincang...mintak di buat seperti yang kita hendak...maybe akan makan masa, tapi sabar la...ko dulu baru beranak ingat boleh terus berjalan ke???
Ini teori aku...andai perkahwinan itu melepasi tahun pertama, ianya sudah survive the first trial...then 5 tahun pertama pulak....andai survive 5 tahun tu, maka tunggu 10 tahun pulak...kalau survive 10 tahun of marriage, InsyaAllah akan dikurniakan Allah kesabaran dan kepandaian dalam nak memahami gerak hati dan naluri pasangan kita...
Masa tu kalau dia bernafas pun kita tahu, marah atau gembira tu...masa tu kita akan tahu macam mana nak tackle kemarahan dia hanya dengan beberapa minit saja...InsyaAllah...
Peristiwa 2 : Mak Mawi Demam Rindu...hehe...
Hehe..ni pun satu jugak...
Setiap ibu amat sayangkan anaknya, tak kira anak lelaki atau anak perempuan...
Kalau anak perempuan selalu orang kita kata menjadi hak suami..so jarang sikit nak timbul selisih faham dalam bab ni...
Tapi sebenarnya kita jugak kena faham bahawa anak lelaki jugak apabila sudah berkahwin mempunyai tanggungjawab tambahan...tanggungjawab asal kepada ibubapanya...tanggungjawab kepada isterinya...dan tanggungjawab kepada keluarga isterinya...semua kena seimbang tu...
Jadi jangan lah para ibu sekelian berasa sedih apa bila anak dah kahwin...sepatutnya bersyukur kerana Allah SWT telah membuka hatinya untuk menghindarkan perbuatan yang tidak elok...
Tapi yang anak tu pulak jangan la sampai kira bini sampai lupa mak ayah pulak ya...hehe...
Aku sendiri sekarang amat susah untuk balik berjumpa mak abah aku...maklumlah bila dah ada anak-anak bersekolah ni, semuanya kena ikut jadual diorang...Sabtu dah ada yang ada tusyen...Ahad pulak aku yang bagi tusyen...so macam mana...hanya telefon lah yang mendekatkan kami...ecece...tu pun kadang2 aku lupa jugak, jenuh bini dok peringat!!..hehe..
Jadi, pokoknya yang paling penting dalam perkahwinan ni, tak kira la di pihak suami, isteri, ibu bapa, keluarga mertua ataupun sapa2 jugak pun, kena bersabar...apa jugak masalah boleh diselesaikan dengan bersabar...
Ingat pepatah Melayu, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna....apa nak dikata...

“Sebagai wanita baru bergelar isteri dalam tempoh beberapa hari, saya cuba belajar dan memberikan yang terbaik,”
- Baca la kisah selanjutnya...

Lantaran tidak tahan menanggung rindu pada anak dan menantu, Ramlah Sarlan, 63, ibu penyanyi lelaki paling popular, Mawi, hanya mampu terbaring di katil berikutan kesihatannya merosot dan diserang penyakit darah tinggi.
Berita kesihatan ibunya terganggu itu menyebabkan Mawi serta isteri, Ekin sudah dua kali pulang ke kampung sejak seminggu lalu.
- Baca le...
Hehe..ni pun satu jugak...
Setiap ibu amat sayangkan anaknya, tak kira anak lelaki atau anak perempuan...
Kalau anak perempuan selalu orang kita kata menjadi hak suami..so jarang sikit nak timbul selisih faham dalam bab ni...
Tapi sebenarnya kita jugak kena faham bahawa anak lelaki jugak apabila sudah berkahwin mempunyai tanggungjawab tambahan...tanggungjawab asal kepada ibubapanya...tanggungjawab kepada isterinya...dan tanggungjawab kepada keluarga isterinya...semua kena seimbang tu...
Jadi jangan lah para ibu sekelian berasa sedih apa bila anak dah kahwin...sepatutnya bersyukur kerana Allah SWT telah membuka hatinya untuk menghindarkan perbuatan yang tidak elok...
Tapi yang anak tu pulak jangan la sampai kira bini sampai lupa mak ayah pulak ya...hehe...
Aku sendiri sekarang amat susah untuk balik berjumpa mak abah aku...maklumlah bila dah ada anak-anak bersekolah ni, semuanya kena ikut jadual diorang...Sabtu dah ada yang ada tusyen...Ahad pulak aku yang bagi tusyen...so macam mana...hanya telefon lah yang mendekatkan kami...ecece...tu pun kadang2 aku lupa jugak, jenuh bini dok peringat!!..hehe..
Jadi, pokoknya yang paling penting dalam perkahwinan ni, tak kira la di pihak suami, isteri, ibu bapa, keluarga mertua ataupun sapa2 jugak pun, kena bersabar...apa jugak masalah boleh diselesaikan dengan bersabar...
Ingat pepatah Melayu, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna....apa nak dikata...
Saturday, February 21, 2009
Friday, February 20, 2009
Teratak Rahmat...
Actually dah beberapa ketika nak postkan benda ni, tapi asyik terlupa dan sibuk dengan urusan dunia saja...hehe...
Di Perlis ni ada satu Persatuan Al-Islah...bertujuan mengembangkan ajaran Islam berteraskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan Salafus Soleh...
Di bawah Persatuan Al-Islah ini, telah ditubuhkan satu asrama menempatkan anak-anak yatim dan kalangan miskin yang diberi nama Teratak Rahmat...
Aku nak kongsikan satu kisah yang terdapat dalam blog Teratak Rahmat tu...ini kerana aku dah jumpa dengan budak-budak ni...
Aku dah jumpa anak-anak ini dan memang kesian tengok wajah diorang...
Teratak Rahmat memerlukan bantuan dan sumbangan dari orang ramai...aku yakin ramai dari kalangan pembaca blog ini yang mampu dan ingin menghulurkan bantuan...
Kunjungi blog Teratak Rahmat dan di sana ada beberapa cara untuk menderma dan menginfaq kepada mereka...anda jugak boleh baca tentang perkembangan mereka dan Persatuan Al-Islah di situ...
Ucapan terima kasih tak terhingga dari aku kepada semua pembaca blog ini yang sudi menjengah ke Teratak Rahmat..terima kasih...

Persona Non Grata di Teratak Rahmat
Dalam keluarga besar Teratak Rahmat meniti hari-hari terawal dalam tahun 2009, barulah diinsafi bahawa ada persona non grata di kalangan Anak-anak Rahmat. Persona non grata di sini bukanlah judul sebuah filem cinta melayu yang ‘gagal’ di sinema.
Sebaliknya persona non grata di sini merujuk kepada ‘orang-orang yang tidak dialu-alukan’ kerana dianggap tidak bernegara (stateless). Apabila dianggap sebagai ‘tidak wujud’ maka persona non grata tidak mendapat hak dan keistimewaan sebagai warganegara meskipun mereka lahir di sesebuah negara itu.
Inilah nasib 5 Anak Rahmat iaitu adik Nur Farah Azlina binti Abd Rahim (8 tahun),adik Muhammad Shahirul bin Somsak (9 tahun), adik Muhammad Alias bin Abd Rahim ( 10 tahun), adik Mohammad Rizuan bin Somsak ( 10 tahun) dan adik Rosmati binti Abd Rahim ( 11 tahun). Walaupun lahir di bumi Malaysia, mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia kerana ibu-bapa adalah orang Melayu Patani yang memegang kerakyatan Thailand. Ada pula yang bernasib lebih buruk apabila mereka tiada dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Ekoran daripada keadaan ini, masalah paling besar yang dihadapi oleh Teratak Rahmat adalah untuk menyekolahkan mereka. Tanpa pengiktirafan sebagai warganegara, Teratak Rahmat perlu membayar RM20 sehari kepada Jabatan Pendidikan untuk setiap seorang daripada mereka
Aku dah jumpa anak-anak ini dan memang kesian tengok wajah diorang...
Teratak Rahmat memerlukan bantuan dan sumbangan dari orang ramai...aku yakin ramai dari kalangan pembaca blog ini yang mampu dan ingin menghulurkan bantuan...
Kunjungi blog Teratak Rahmat dan di sana ada beberapa cara untuk menderma dan menginfaq kepada mereka...anda jugak boleh baca tentang perkembangan mereka dan Persatuan Al-Islah di situ...
Ucapan terima kasih tak terhingga dari aku kepada semua pembaca blog ini yang sudi menjengah ke Teratak Rahmat..terima kasih...
Thursday, February 19, 2009
Kisah Salah Siapa...
Dalam lebih kurang 3 tahun lepas kot, ada satu kemalangan berlaku di Perlis ni...sebuah motosikal melanggar sebatang pokok jati yang ditanam di tepi jalan raya..(kalau korang pernah datang Perlis, banyak jalan raya yang ditanam pokok jati sepanjang jalan..pentadbiran Kerajaan Negeri sejak dulu suka tanam pokok jati, maybe sebab nanti ada value...) dan penunggang motosikal tu cedera parah manakala pemboncengnya meninggal dunia...
Nak tahu salah seorang jiran aku kata?
"Tengok Shahidan (Dato' Seri Shahidan Kassim la..) tu, nak sangat tanam pokok jati tepi jalan, dah ada budak langgar moto mati pi dah...tanam la lagi banyak-banyak, biaq mati habih orang naik moto..."...
Hehe...
Aku tau reaksi korang..sebab aku masa tu pun tertanya (tapi dalam hati saja la, malas nak bising dengan orang tua ..)..kalau budak tu langgar tiang elektrik dan mati, adakah TNB akan dipersalahkan..?
Tu sikap orang kita...bila seronok belikan motosikal untuk anak-anak, mereka megah bagitau mereka belikan untuk kemudahan anak-anak...tapi bila anak salahgunakan motosikal untuk merempit dan ditahan Polis, ibubapa salahkan Polis dan Kerajaan kerana buat roadblock....kalau eksiden pulak akan disalahkan jalan yang tidak lurus atau pokok jati tepi jalan...
Satu lagi kisah menarik diceritakan oleh kawan aku...
Sepasang ibubapa yang mempunyai beberapa anak...pada satu tahun tu anak dia cemerlang SPM...diaorang dengan bangganya ke sekolah, ambik gambar, masuk paper hulurkan pipi cium anak...bila disoal pemberita, dengan megahnya diberitahu itu semua hasil usaha penat lelah anak mereka dan mereka jugak yang tak jemu-jemu bagi semangat...
Tapi beberapa tahun berikutnya, anak yang seterusnya tidak cemerlang, lalu beberapa rakan bertanya ibubapa yang terserempak di pasar bagaimana keputusan anak mereka...maka dengan marahnya mereka menyalahkan sistem pembelajaran yang terlalu berat hingga anak mereka tak ada masa nak ulangkaji pelajaran, menyalahkan Kementerian Pelajaran kerana tak kaji sistem pelajaran di Malaysia...dan habis disalahkan Menteri serta Perdana Menteri...
Hehe...
Oh ya...dan satu kisah yang semua orang tahu kini sedang panas...waktu bergambar, tidur sambil pakai cermin mata dan atas sofa, sedang seronok menikmati saat indah bersama teman kekasih..semua nya indah belaka..semuanya ibarat syurga, tiada yang mampu menggugat cinta kita..ku serahkan jiwa, raga untuk tatapan matamu dan lensa kamera handphonemu wahai sayangku....
Tapi bila bergaduh dan si kekasih menyebarkan apa yang tidak sepatutnya.."Ini konspirasi menjatuhkan kami...!!!"
Hehehe...kalau dulu ada pepatah "Habis madu sepah dibuang"..kini kita kena buat yang baru..."Habis madu, salahkan orang!!"...apa nak dikata...

Monday, February 16, 2009
Titah Tuanku Patik Junjung...Adakah Akan Berulang..?
Hari ini, ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah bertitah :
Menjunjung kasih Tuanku...patik sekelian rakyat Malaysia amat berbangga Tuanku mengambil berat perihal negara dan menitikberatkan kepimpinan yang baik untuk kesejahteraan negara tercinta...
Akan tetapi Tuanku, ada kalangan pacal rakyat yang tidak mungkin bersetuju dengan Duli Tuanku...
Kalau di Perak baru-baru ini, DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah telah dikecam kerana pandangan Baginda yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, adakah titah Yang di-Pertuan Agong kali ini jugak akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka..?
Bukan calang orang yang bercakap inginkan Pak Lah terus tu, Nik Aziz tu...Dalam PAS dan PR ni, kalau Nik Aziz yang cakap tu, mesti patuh...sapa sanggah memang kena hukum macam-macam la...(ni entri aku pun silap-silap teruk kena nih..hehe...)
Ironik sekali, titah Tuanku pada hari yang sama dengan kenyataan Nik Aziz...maka kita tunggu esok pulak apa kenyataan balas mereka setelah mendengar titah Tuanku...sebenarnya bukan kali pertama mereka menyokong Pak Lah terus jadi PM..sebelum ni Hadi Awang dah pernah suarakan jugak...ayat yang sama jugak...
Kalau pasukan kita tak kuat sangat, kita amat seronok kalau pasukan lawan kita pakai penjaga gol yang lemah...dok depan tiang gol pun suka lena...at least dapat jugak kita manfaatkan goalkeeper yang lemah tu untuk score goal...kan...hehe...apa nak dikata...
"Beta merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.
"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar supaya agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka Baginda.
-Sumber
Menjunjung kasih Tuanku...patik sekelian rakyat Malaysia amat berbangga Tuanku mengambil berat perihal negara dan menitikberatkan kepimpinan yang baik untuk kesejahteraan negara tercinta...
Akan tetapi Tuanku, ada kalangan pacal rakyat yang tidak mungkin bersetuju dengan Duli Tuanku...
Abdullah diminta kekal jawatan PM sehingga PRU 13 - Nik Aziz
PENGKALAN CHEPA, 16 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.
Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.
-Sumber
Kalau di Perak baru-baru ini, DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah telah dikecam kerana pandangan Baginda yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, adakah titah Yang di-Pertuan Agong kali ini jugak akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka..?
Bukan calang orang yang bercakap inginkan Pak Lah terus tu, Nik Aziz tu...Dalam PAS dan PR ni, kalau Nik Aziz yang cakap tu, mesti patuh...sapa sanggah memang kena hukum macam-macam la...(ni entri aku pun silap-silap teruk kena nih..hehe...)
Ironik sekali, titah Tuanku pada hari yang sama dengan kenyataan Nik Aziz...maka kita tunggu esok pulak apa kenyataan balas mereka setelah mendengar titah Tuanku...sebenarnya bukan kali pertama mereka menyokong Pak Lah terus jadi PM..sebelum ni Hadi Awang dah pernah suarakan jugak...ayat yang sama jugak...
Kalau pasukan kita tak kuat sangat, kita amat seronok kalau pasukan lawan kita pakai penjaga gol yang lemah...dok depan tiang gol pun suka lena...at least dapat jugak kita manfaatkan goalkeeper yang lemah tu untuk score goal...kan...hehe...apa nak dikata...
Old, Older, Oldest...
Karpal's Statement His Personal Opinion - Nik Aziz
KOTA BAHARU, Feb 15 (Bernama) -- DAP chairman Karpal Singh is alone in his bid to file a suit against the Sultan of Perak in as far as PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat is concerned.
The Kelantan menteri besar said Karpal's remarks on the issue were his personal opinion and not reflective of Pakatan's stand or action.
"We cannot take his statement into consideration. He is an old man; in fact, many among the young in the DAP are no longer taking him seriously," he told Bernama when met at his resident in Pulau Melaka last night.
Nik Aziz said the statement by Karpal, however, would not affect relations among Pakatan parties.
Karpal kini bersendirian dalam tindakannya
KOTA BAHARU 15 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Karpal Singh kini bersendirian dalam tindakannya untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
"Tidak boleh diambil kira. Dia orang tua, malah di kalangan orang muda dalam DAP sendiri tidak pedulikan dia," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, malam tadi.
Semua kenyataan Karpal Singh adalah pandangan peribadinya dan disebabkan itu segala tindak tanduk Pengerusi DAP itu dalam isu berkaitan tidak menjejaskan hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR), termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sendiri.
Nik Aziz, born 1931 in Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, saying that Karpal Singh, born June 28, 1940 is an old man....apa nak dikata...
Sunday, February 15, 2009
Makbulkah Doa Itu?
Ada kawan aku bagitau...dia dapat sms berbunyi begini...:
Terkejut kawan aku...tak sangka, ada jugak orang Islam yang nak mendoakan kemusnahan orang Islam lain...
Inikah manusia yang mendoakan kemusnahan Yahudi yang menyerang Gaza...?
Inikah manusia yang mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam bersama-sama rakan-rakan dari UMNO yang lain...?
Inikah manusia yang sama-sama bersalaman bila tiba Hari Raya...?
Inikah manusia yang berjuang atas nama Islam...?
Kawan aku tanya, makbul kah doa macam tu?
Aku tak tau nak jawab, so aku kata..."Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemurah....hak Allah nak terima atau tolak doa kita...andai kita solat 5 kali sehari pun tetapi Allah nak letakkan kita dalam neraka, maka itu hak Allah..tetapi Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana..."
Semoga Allah memberi mereka hidayah dan dikurniakan keberkatan...apa nak dikata...
‘Ya Allah kau jahanamkanlah orang-orang Umno kerana mereka zalim…’

Ya Allah...Sesungguhnya Engkau amat mengetahui hati hamba-hamba Mu ini...kami berhimpun atas kecintaan padaMu, kami bertemu atas ketaatan padaMu dan kami bersatu di atas syariat dan tahuid Mu yang satu...maka kuatkanlah ikatan antara kami dan permudahkanlah jalan kami....
Ameen...
Ameen...
Semoga Allah memberi mereka hidayah dan dikurniakan keberkatan...apa nak dikata...
Friday, February 13, 2009
Tak Salah Berlembut Lidah...
Pagi tadi awal lagi dah ada orang call aku...rupanya caterer yang bekalkan makanan untuk program jabatan aku minggu lepas tu...aku faham dia ni caterer kecik je...dan aku ambik dari dia pun kerana nak bantu perniagaan dia jugak la..kesian kan...so dia nak roll modal la tu...
Jadi aku pun call la Baitulmal Perlis ni...sebab program aku kali ni dibiayai oleh Baitulmal...kebiasaannya aku akan call direct ke Pengarah Baitulmal atau pun Akauntan...sebab kedua-dua tu kawan baik aku, tapi pagi ni aku rasa malas nak menggesa orang, jadi aku call talian awam Baitulmal Perlis...bila operator tu jawab aku mintak cakap dengan **** yang jaga bahagian payment kat kaunter tu...dia pun sambung lah...
Aku : Assalamualaikum...**** ka tu?Ni Ustaz Azhar (memang ni nama glamer aku..jangan gelak haa...!!), Pengarah .... (aku sebut nama jabatan aku la tuh..)..
Dia : Waalaikumussalam, ya ustaz...
Aku : Nak tanya la claim yang saya masukkan hari tu, 3 invois semua..(aku sebutkan satu persatu invois tu kat dia...)..macam mana ya?
Dia : Ok dah terima.(dengan nafas singkat dan fullstop tanpa sangka)
Aku : Maksudnya dah keluar cek ka?
Dia : Dak lagi. (nafas dan nada yang sama)
Aku : Ooo...Pengarah dah tengok ka dak lagi tu?
Dia : Dah tengok (still nada sama)
Aku : Dia dah minit ka belum ****?
Dia : Dah..ada kat saya, tapi tak buat apa lagi.
Aku : Ooo..takpa..cuma agak-agak tu bila ****, pasai saya nak bagitau kat pembekal tu..
Dia : Takpa la, nanti saya habaq la. (nada makin keras)
Aku : **** akan call saya ka call depa terus?
Dia : Tak tau lagi, nanti saya tengok lagu mana (nada yang memang keras)
Aku : ****, saya call elok-elok ni...sepatutnya saya boleh call Pengarah atau Encik ****** (Akauntan) direct, tapi saya tak mau depa kejan (menggesa) **** jadi saya tanya la **** sendiri...dan saya harap **** pun boleh la cakap elok-elok dengan saya kot kan...saya bukan cakap kasaq pun...
Dia : Ok. (sambil menghela nafas dan letak fon)
Aku hangin..amat hangin...
Sebab aku memang dari zaman di Pejabat MB lagi, semua orang tau aku mempunyai etika bercakap telefon yang amat baik...bukan memuji diri tapi itu memang habit aku...aku pernah dapatkan appointment Ex-Bos aku dengan TPM dalam masa singkat hanya kerana PA kepada Ketua Setiausaha Sulit TPM kata dia tak daya nak tolak permintaan aku..hehe...jangan salah sangka yaa...
So..apa aku buat...?
Aku call Pengarah tapi dia meeting...jadi aku call Akauntan...dan aku bagitau perbualan tadi...cuma aku pesan jangan la marah **** tu...suma nanti2 pesan kat staff you all semua jaga la etika cakap telefon...mana tau tiba-tiba YB yang telefon menyamar dah silap jerkah pulak...
Yang menariknya, kawan aku tu kata apa..."Maklum lah pagi Jumaat ni...macam-macam benda boleh jadi kesan semalam woi.."..hehehe...apa nak dikata...

Thursday, February 12, 2009
Is Sharing Really Means Caring?
Terlebih dahulu aku ingin memaklumkan entri aku kali ni akan menyentuh tentang perkongsian perkahwinan, dalam ertikata lain kisah poligami...bini dua la beb...So awal-awal aku mintak maaf kiranya ada tersentuh di jiwa atau terguris di hati...tidak langsung terlintas menyinggung mana-mana pihak, hanya sekadar berkongsi dan mencari pengetahuan...terima kasih...
______________________
Kahwin dua...poligami...pasang dua...macam-macam istilah yang orang bagi untuk kahwin dua ni..(atau lebih jugak la...)...
Aku pun tak tau kenapa, tiba-tiba semalam tengah drive kereta sorang-sorang aku ternampak sepasang makcik dan pakcik tua yang tengah kemas-kemas halaman rumah diorang...berdua saja...
Hati aku teringat abah dan mak aku di kampung...jugak arwah bapak mertua aku dengan mak mertua aku...diorang pun macam ni jugak la...mak dan abah aku sama-sama spend time berdua...pi makan...pi shopping...pi masjid...pi mengaji....so does mak mertua aku dan arwah dulu masa masih hidup...duduk kat laman rumah sama-sama...tengok news sama-sama...
Tiba-tiba terlintas di hati aku...kalau pada usia emas macam tu ada dua rumah, macam mana ya?
Usia macam tu nak drive keluar rumah pun malas dah sangat...nak duduk rumah saja kan...kalau keluar pun berdua...
Tapi orang yang berumah dua ni, kena adil saksama...maka kena la kunjung mengunjung ikut giliran...bayangkan dah usia emas, kena pulak drive dari satu rumah ke satu rumah...
Masa tua jugak sakit demam datang tak kira masa...buatnya masa giliran di rumah nombor satu, tiba-tiba nombor dua (sama-sama tua la nih) telefon kata jatuh bilik air ke apa ke...dah nak kena bergesa-gesa balik ke sana...yang nombor satu tak jeles ka?Ada lagi ka sense of jealousy masa usia tu ya?
Masa tu pulak anak-anak akan balik kampung...samada Raya atau bukan, tetap akan ada yang balik kampung...so adakah masa anak-anak dari isteri pertama balik kampung maka isteri kedua akan ditinggalkan berseorangan?Macam mana suasana raya anak cucu tanpa ayah dan tok wan yang beraya di rumah satu lagi?
Terus terang aku katakan persoalan-persoalan ni mengganggu jugak la pemikiran aku...bukannya apa..aku tak pernah kenal atau baik dengan orang usia emas ini yang berumah dua...yang aku kenal dan baik hanya yang muda-muda...so aku tak pernah tau macam mana diorang deal masalah ni...
Oh ya...terlanjur bercakap tentang pasang dua ni, ada sorang kawan aku...dia ni tua setahun dua je dari aku...dah pasang dua rupanya ko F**** ye...dengar khabar isteri keduanya seorang wanita kaya di KL...dia berulang alik Perlis-KL pun pakai flight la nih...hehe...aku jumpa kat Kangar drive Perdana V6 tuh....rezeki masing-masing...
Aku..?Aku berdoa agar Allah tetapkan aku dengan hanya isteriku sekarang...susah payah nak masuk 12 tahun ni dia sanggup bersama...segala kesusahan dan kesenangan selama ini dia terima...kekurangan aku tak menjadi masalah pada dia...jadi kenapa aku kena cari lagi kan...hehe..
Semalam aku chat dengan kawan aku...bila timbul bab anak lelaki semua (ya, aku mempunyai 3 anak lelaki)...so dia kata try la bagi dapat perempuan...aku kata tak lah kot...biarlah isteriku menjadi the only girl dalam hidup aku...maka kawan aku taip..."Terus rasa nak koma..."...hahahaha...
Tapi betul...ketentuan itu dari Allah, tetapi kita mampu berdoa dan berusaha mendorong atau menghindarkan sesuatu...
Kalau ada antara pembaca yang boleh kongsi kisah yang mampu menjawab persoalan aku tentang kesan poligami di usia emas tu tadi, aku alu-alukan komen yang ilmiah dan membina...aku bukannya belajar kerana nak poligami tau...tapi aku nak jadikan ia sebahagian pengetahuan aku...hehe...apa nak dikata...

Monday, February 9, 2009
Beza Antara Kita...
Antara kita amat berbeza...
Sebenarnya banyak lagi...setiap aspek kita berbeza...kerana setiap yang anda buat pasti akan disusuli dengan fatwa yang membolehkan ia...sehinggakan ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW pun ditafsirkan bagi mengikut kemahuan anda...
Jadi apa pun yang anda buat, pada mata dan otak anda, anda la paling betul...penyakit ini kita panggil "SINDROM PERASAN BEST"....apa nak dikata...
p/s : Takziah buat keluarga Allahyarham YB Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan para solihin....Ameen...
Pilihanraya kecil datang dua serentak, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau...
Kami | Anda |
Kalau anda ditimpa musibah atau kematian, kami ucapkan Innalillah.. | Kalau kami dilanda malang atau kematian, anda katakan itu bala dari Allah SWT... |
Kalau orang kami hilang, kami cari sampai jumpa atau buat report Polis (tapi jarang nak hilang la...) | Kalau orang anda hilang, terus kata kami culik la, nak beli la...walhal tah ka bini dia dah tambat kaki dia sebab 'rahsia' dah terbongkar... |
Kalau orang kami dilihat membaca Al-Quran atau bersolat, dikatakan kami bermuka-muka depan pengundi dan entah diterima atau tidak ibadat kami... | Kalau orang anda memaki hamun, berbuat maksiat dan perkara tak betul pun akan ada 'fatwa' yang bakal keluar membolehkannya... |
Orang anda melompat kat kami semuanya pengkhianat dan tidak beriman... | Orang kami yang melompat kat anda pulak semuanya berakal, matang dan bagus... |
Anda ungkit kisah lantikan MB Terengganu, tapi kami akur (walaupun ada sikit ketidakpuasanhati sebelah awalnya) dengan Titah Tuanku... | Anda sampai ke saat ini masih belum menerima Titah Tuanku, sebaliknya menyatakan kami dulu pun macam tu jugak...tapi kami patuh jugak la akhirnya... |
Kami kritik pemimpin kami yang lemah dan tak betul..(tak percaya tanya Pak Lah...) | Anda pernah kritik pemimpin anda yang tak betul dan lari perjuangan?? |
Sebenarnya banyak lagi...setiap aspek kita berbeza...kerana setiap yang anda buat pasti akan disusuli dengan fatwa yang membolehkan ia...sehinggakan ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW pun ditafsirkan bagi mengikut kemahuan anda...
Jadi apa pun yang anda buat, pada mata dan otak anda, anda la paling betul...penyakit ini kita panggil "SINDROM PERASAN BEST"....apa nak dikata...
p/s : Takziah buat keluarga Allahyarham YB Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan para solihin....Ameen...
Pilihanraya kecil datang dua serentak, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau...
Friday, February 6, 2009
Arghh..!!Nak Saman Sultan Pulak Dah...!!
Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
06/02/2009 12:51pm
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan
Aku selalu teringat ayat Al-Quran yang bermaksud...:
Belajarlah menerima qadha da qadar...bukan hanya berteraskan kehendak kita semata-mata...apa nak dikata....

"Sekiranya Allah hendak memenangkan kamu, maka tiada yang akan dapat mengalahkan kamu...dan sekiranya Dia hendak menewaskan kamu, maka siapakah yang akan dapat membantu kamu ketika itu..."
Belajarlah menerima qadha da qadar...bukan hanya berteraskan kehendak kita semata-mata...apa nak dikata....
Permohonan Untuk Menderhaka...
Patik mohon derhaka – Nizar
Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.
Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Kali pertama aku dengar ayat permohonan untuk menderhaka...at the age of 37 aku berpeluang dengar ayat ni...I'll make sure to tell my children one day of this statement...hehe...apa nak dikata...

Tuesday, February 3, 2009
Perihal Iklan Radio...
Aku yakin hampir semua kita dengar radio...paling kurang pun dalam kereta la kan...macam aku la...dengar radio dalam kereta...
Dan zaman ni aku rasa hampir semua jugak dengar radio swasta kan..macam-macam channel ada...yang terkini, yang retro, yang hot, yang cool....
Ada berita ringkas...ada info trafik...ada lagu baru, lama dan macam-macam lagi...
Yang paling tak tahan ada banyak iklan....
Iklan tu pulak hampir sama di setiap channel radio tu semua...semua suara yang sama ditukar watak...adakala jadi ibu yang anak menangis...adakala jadi nenek yang syorkan minyak angin....adakala jadi isteri yang rindukan kapsul kacip fatimah....adakala pulak jadi budak (???!!) yang nakkan kasut sekolah baru...
Yang menjelikkan selain watak yang dibuat-buat melampau tu, penggunaan bahasa dan loghat tempatan atau daerah....pelakon watak iklan radio yang bukan dari Utara cuba berbahasa Kedah, akhirnya jadi macam Bomoh Siam menurun dalam bahasa Melayu...yang bukan dari Pantai Timur tapi nak kecek Kelate, maka jadi macam Jackie Chan nak cakap ala-ala soul dalam Rush Hour....
Terbaru ni ada satu iklan ringkas selepas info ringkas ke hape ke aku pun tak ingat, bunyi dia macam ni....
Untuk makluman, komputer riba ialah laptop ya...
Korang mesti pernah dengar iklan ..."Aduh sakit kepalaku...aduh sakitnya kepala...aduh sakit kepala (loghat Chinese man)..."...aku lupa iklan ubat apa...tapi wife aku kata setiap kali dengar iklan tu, dia sakit kepala....hahaha...apa nak dikata....

"Dapatkan komputer riba murah pada harga RM 988, monitor dijual berasingan..." (* aku tak pasti skrip sama tak dengan ayat aku ni ye...)Aku dengan wife saling pandang masa dalam kereta tu...ada kah komputer riba pakai monitor....dan kalau lah ada sekalipun, jual berasingan???
Untuk makluman, komputer riba ialah laptop ya...
Korang mesti pernah dengar iklan ..."Aduh sakit kepalaku...aduh sakitnya kepala...aduh sakit kepala (loghat Chinese man)..."...aku lupa iklan ubat apa...tapi wife aku kata setiap kali dengar iklan tu, dia sakit kepala....hahaha...apa nak dikata....
Subscribe to:
Posts (Atom)