Sunday, February 15, 2009

Makbulkah Doa Itu?

Ada kawan aku bagitau...dia dapat sms berbunyi begini...:

‘Ya Allah kau jahanamkanlah orang-orang Umno kerana mereka zalim…’

Terkejut kawan aku...tak sangka, ada jugak orang Islam yang nak mendoakan kemusnahan orang Islam lain...

Inikah manusia yang mendoakan kemusnahan Yahudi yang menyerang Gaza...?

Inikah manusia yang mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam bersama-sama rakan-rakan dari UMNO yang lain...?

Inikah manusia yang sama-sama bersalaman bila tiba Hari Raya...?

Inikah manusia yang berjuang atas nama Islam...?


Kawan aku tanya, makbul kah doa macam tu?

Aku tak tau nak jawab, so aku kata..."Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemurah....hak Allah nak terima atau tolak doa kita...andai kita solat 5 kali sehari pun tetapi Allah nak letakkan kita dalam neraka, maka itu hak Allah..tetapi Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana..."

Ya Allah...Sesungguhnya Engkau amat mengetahui hati hamba-hamba Mu ini...kami berhimpun atas kecintaan padaMu, kami bertemu atas ketaatan padaMu dan kami bersatu di atas syariat dan tahuid Mu yang satu...maka kuatkanlah ikatan antara kami dan permudahkanlah jalan kami....

Ameen...


Semoga Allah memberi mereka hidayah dan dikurniakan keberkatan...apa nak dikata...

2 comments:

melayuangkat said...

AstagfirulAllahalAzim (Maaf kalau ejaan tak tepat), Ada juga Manusia macam ni.

Apakah dosa UMNO pada mereka ni?

Apa yang mereka sakit hati sangat pada UMNO?

Tak kan satu besar dzarah atau atom pun tak ada jasa UMNO kalau tidak pada dia sekarang tapi pada datuk nenek dia dulu dulu??

Mak Cik rasa ni kerja sesuatu yang 'halus' yang didalangi mungkin mereka yang berdendam kesumat dengan UMNO sejak May 13, 1969, WaAllahuAlam.

Chuckiesd said...

Apa laa berdoa macam tu. Makbul ker tak mabul itu kerja Tuhan. Die Maha mengetahui dan maha penyayang..