Wednesday, February 25, 2009

Kisah Baru Kahwin...

Jangan salah sangka..entri ni tak bertujuan menceritakan perihal 'kisah' pengantin baru..hehe...kepada yang nak cari kisah2 macam tu sila search semula ya...hehe..

Nak ceritakan tentang dua peristiwa ni...

Peristiwa 1 : Perceraian Roslin Hashim setelah 12 hari berumahtangga...

Diulangi 12 hari...

Hari ni dalam Metro bekas isterinya pulak bersuara...

“Sebagai wanita baru bergelar isteri dalam tempoh beberapa hari, saya cuba belajar dan memberikan yang terbaik,”
- Baca la kisah selanjutnya...

Aku ni bukan la nak kata lama sangat dah kahwin...ramai yang lebih lama dalam blogosphere ni...tapi Alhamdulillah, tahun ni aku dan isteri bakal meraikan ulangtahun perkahwinan ke 12...tahun...

So rasanya boleh jugak la nak menasihati kepada anak-anak muda yang tengah nak planning nak kahwin atau baru nak ambik borang permohonan kahwin ka tentang hal ni sikit sebanyak...

Dua jiwa yang berlainan, seorang lelaki dan seorang perempuan, nak duduk di bawah satu bumbung, makan sama-sama, tidur sama-sama, lepak sama-sama...sedangkan selama ini semua benda tu buat seorang diri...pasti akan timbul rasa tak puas hati...

"Ala..aku susun baju bukan macam ni, ni yang aku malas ni..."

"Apa pasal dia tidur buas haa..aku tak gemar la orang tidur buas nii..."

"Aik, apasal kopi ni tak rasa macam mak aku bancuh??"

Ni semua mungkin dialog yang terpendam di hati setiap yang baru berkahwin...

Jangan bohong, masa bercinta amat berlainan sekali dengan selepas berkahwin...

Masa bercinta semuanya indah, kalau terkentut pun masih boleh buat tersipu-sipu, then partner akan kata.."Ala, I tak kisah pun.."...try la buat selalu-selalu lepas kahwin...hehe..tapi baru-baru kahwin je, kalau dah lama-lama mangli pulak la..bantai le kentut 13 das serentak pun...hehe...

Jadi kalau dah tau akan timbul masalah2 di atas tadi, apa perlu kita buat?

Kena bersabar...at least salah seorang kena bersabar...kalau isteri yang marah-marah, maka suami buat2 cool sambil senyum-senyum mengaku..."Ok..Ok..I silap..sori ye.."...

Kalau suami pulak yang masam muka sebab kopinya tak cukup pekat, maka isteri pulak bersabar...sambil cakap.."I mana tahu macam mana mak u bancuh kopi sayang, nanti I call dia tanya berapa sudu kopi nak taruk yee..."...tu contoh le..

Hanya satu pesan ku...

Apa-apa jugak pun, jangan di simpan di dalam hati...kalau benda tu kita tak berkenan, bagitau elok-elok...panggil dan bincang...mintak di buat seperti yang kita hendak...maybe akan makan masa, tapi sabar la...ko dulu baru beranak ingat boleh terus berjalan ke???

Ini teori aku...andai perkahwinan itu melepasi tahun pertama, ianya sudah survive the first trial...then 5 tahun pertama pulak....andai survive 5 tahun tu, maka tunggu 10 tahun pulak...kalau survive 10 tahun of marriage, InsyaAllah akan dikurniakan Allah kesabaran dan kepandaian dalam nak memahami gerak hati dan naluri pasangan kita...

Masa tu kalau dia bernafas pun kita tahu, marah atau gembira tu...masa tu kita akan tahu macam mana nak tackle kemarahan dia hanya dengan beberapa minit saja...InsyaAllah...


Peristiwa 2 : Mak Mawi Demam Rindu...hehe...

Lantaran tidak tahan menanggung rindu pada anak dan menantu, Ramlah Sarlan, 63, ibu penyanyi lelaki paling popular, Mawi, hanya mampu terbaring di katil berikutan kesihatannya merosot dan diserang penyakit darah tinggi.

Berita kesihatan ibunya terganggu itu menyebabkan Mawi serta isteri, Ekin sudah dua kali pulang ke kampung sejak seminggu lalu.
- Baca le...

Hehe..ni pun satu jugak...

Setiap ibu amat sayangkan anaknya, tak kira anak lelaki atau anak perempuan...

Kalau anak perempuan selalu orang kita kata menjadi hak suami..so jarang sikit nak timbul selisih faham dalam bab ni...

Tapi sebenarnya kita jugak kena faham bahawa anak lelaki jugak apabila sudah berkahwin mempunyai tanggungjawab tambahan...tanggungjawab asal kepada ibubapanya...tanggungjawab kepada isterinya...dan tanggungjawab kepada keluarga isterinya...semua kena seimbang tu...

Jadi jangan lah para ibu sekelian berasa sedih apa bila anak dah kahwin...sepatutnya bersyukur kerana Allah SWT telah membuka hatinya untuk menghindarkan perbuatan yang tidak elok...

Tapi yang anak tu pulak jangan la sampai kira bini sampai lupa mak ayah pulak ya...hehe...

Aku sendiri sekarang amat susah untuk balik berjumpa mak abah aku...maklumlah bila dah ada anak-anak bersekolah ni, semuanya kena ikut jadual diorang...Sabtu dah ada yang ada tusyen...Ahad pulak aku yang bagi tusyen...so macam mana...hanya telefon lah yang mendekatkan kami...ecece...tu pun kadang2 aku lupa jugak, jenuh bini dok peringat!!..hehe..

Jadi, pokoknya yang paling penting dalam perkahwinan ni, tak kira la di pihak suami, isteri, ibu bapa, keluarga mertua ataupun sapa2 jugak pun, kena bersabar...apa jugak masalah boleh diselesaikan dengan bersabar...

Ingat pepatah Melayu, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna....apa nak dikata...

5 comments:

julie said...

huhu alamak benda2 camni la yang membuatkan ju takut nk kawen....difikir-fikir mmg amat sukar la huhu...

Suria Azhar said...

tiap2 malam aku bancuhkan ko kopi o..baru aku tahu rupanya tak cukup pekat ek....

akakakakakak....

Amak Kongsi said...

haih, hajat dihati nk kawen..tp bile bace post uncle kali ni, buat sy pk byk kali..haih..sy ni dh la cerewet..ubat gigi pn kena ada stail picit, cemane tu??

melayuangkat said...

Salam Azhar,

Sesuatu yang baik itu memang banyak cabaran dan dugaannya.

Berkahwin itu baik, sunah dan separuh agama kita telah ditunaikan. Memang bukan senang hendak duduk serumah dua insan dari latar belakangan yang berlainan, inilah kebesaran Illahi.

Sabar amat perlu.

Ibu bapa juga perlu faham bila anak anak mereka telah berkahwin, mereka baru hendak mendirikan rumahtangga dan patut kita orang tua doakan sahaja yang terbaik buat mereka.

semua ini boleh beres jika kita semua tahu tanggungjawab masing masing.

WaAllahuAlam.

FareeNi said...

Hanya satu pesan ku...

Apa-apa jugak pun, "jangan di simpan di dalam hati..."

ayat jgn simpan dalam hati tu la yang slalu laki aku cakap kat aku bila aku merajuk berjam².. dia kata kalau simpan dalam hati lama² jadi dendam.. nanti jadi benci. siapa nak benci laki sendiri kan?? aku pun takut kalau dendam jadi benci.. aku sayang laki aku tuh.. tapi kadang² saket jugak hati.. tapi spt uncle kata... "sabar...". rasanya sabar itu la yang buat ikatan suami isteri berpanjangan.