Setiap yang berlaku, samada baik atau buruk ada hikmah terselindung di sebaliknya...cuma hikmah tersebut samada kita nampak atau tidak sahaja...
Yang baik pastinya mudah untuk kita tafsirkan hikmahnya...tapi yang buruk itu agak sukar untuk kita terima apa yang berlaku, apatah lagi nak nampak hikmahnya...
Apa yang aku nak sampaikan berkaitan dengan apa yang berlaku dua tiga hari ini...
Sebelum berlangsungnya pemilihan jawatan pucuk pimpinan UMNO, banyak pihak yang berusaha untuk menidakkan kemenangan calon-calon tertentu...rasanya semua orang faham dan tahu lah kan...
Tetapi bila tiba keputusannya, lain yang berlaku...maka berlaku lah caci maki, herdikan...aku pun turut sama teremosi dan mengeluarkan apa yang tak sepatutnya...
Kemudian bila dua jawatan tertinggi (yang paling tinggi tu memang dah confirm la kan..) pulak diumumkan, maka sedikit kegembiraan kembali terpancar...
Banyak ruang forum dan blogs yang aku jengah untuk melihat pro dan kontra kemenangan yang dikatakan liability itu...
Aku tak nafikan, convicted, not punished and win...
Dan aku tak nafikan pandangan umum masyarakat kepada UMNO akan menjadi kurang elok, kata-kata "pesalah politik wang (rasuah) pun boleh dilantik dalam UMNO.." akan kedengaran (dan jadi bahan kempen)...
Tapi aku nak ajak ahli-ahli UMNO (ahli dan penyokong saja ya...) untuk merenung sejenak...
Semua yang berlaku berteraskan Qadha dan Qadar Allah SWT...dan Dia bukanlah tidak mengetahui yang terbaik untuk makhluknya, tetapi tetap diberikan pilihan antara baik dan buruk...
Allah berkuasa untuk menjadikan semua manusia Muslim dan hanya Syurga diwujudkan, tetapi Allah menjadika pilihan antara jalan baik dan jahat, untuk menguji sejauh mana keikhlasan hambaNya di dalam meniti hari-hari bergelar makhluk...
Maka kenapa kita tidak boleh menerima kemenangan beliau itu sebagai ujian..?
Ujian kepada setiap yang berdaftar sebagai ahli UMNO, samada anda ikhlas atau tidak dengan perjuangan parti dan perjuangan memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu...perjuangan Alif Ba Ta yang didukung selama ini tidak akan hancur hanya dengan seorang (walaupun dia ketua satu sayap terpenting) sekiranya seluruh ahli UMNO yang lain (kecuali 304 tu saja) tidak menyokong apa yang bakal dilakukan olehnya yang bakal menjahanamkan parti...
Sebaliknya kalau semua pakat-pakat nak meninggalkan parti dan memangkah selain BN pada PRU 13 nanti hanya kerana seorang yang kita sendiri tidak tahu batasan kuasanya selepas ini (kalau sebelum ni memang la so powerful, lepas ni kita tak tau lagi, bukan de facto lagi dah kan..), tidakkah kita semua yang bakal menjahanamkan UMNO dengan perlakuan kita tu?
Kita meyakini dua pimpinan tertinggi teratas...Dato' Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, ketika aku temui sebelum ni (bersama beberapa rakan-rakan) telah menyatakan akan memperbaiki UMNO di mata masyarakat, walaupun susah kata mereka tetap akan diusahakan...kenapa tidak kita sama-sama berusaha bersama mereka berdua...?
Semua kita pasti ingat kisah Panglima Khalid Ibnu Al-Walid ketika dilucutkan jawatan Panglima Perang oleh Khalifah ketika itu, adakah Khalid terus meninggalkan perjuangan tentera Islam?...Tidak...Malahan Khalid terus akur dengan arahan Panglima yang baru dan sama-sama berjuang, membuatkan tentera Islam memperoleh kemenangan...
Jadi sekarang pilihan di tangan kita ahli dan penyokong UMNO...adakah mahu membakar jambatan hanya kerana seorang manusia yang mungkin boleh dibatasi pengaruh dan kuasanya selepas ini...atau mahu menyertai pucuk pimpinan yang kita yakini mampu memperbaiki suasana tanpa menghiraukan seorang manusia tadi...
Memang benar tanggapan umum perlu diambil kira, tapi aku suka kaitkan dengan salah satu daripada Qawaa'id Fiqhiyyah :
Jalbul Mafaasid Awla Min Dar'il Mahasin
Membuang keburukan dari sesuatu yang dah sedia wujud itu lebih baik dari memulakan kebaikan pada sesuatu yang belum wujud
UMNO telah membuktikan dirinya selama 50 tahun, maka untuk membuang sesuatu yang buruk pada UMNO itu lebih baik dari kita nak memulakan kebaikan pada sesuatu yang tak pernah membuktikan satu benda apa pun...
Anggaplah ini semua ujian kepada keikhlasan perjuangan kita...andai perjuangan kita tidak ikhlas, maka sampai bila-bila pun, siapa juga yang menang pun, kita masih di takuk itu juga...apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment