Alhamdulillah, berita terkini yang dapat kita baca di Berita Harian dan Metro, Siti Aisyah dibebaskan setelah didapati tidak bersalah dan diperdayakan oleh pihak tertentu oleh Mahkamah Pakistan...
Siti Aishah dibebas dari penjara Pakistan
GEORGETOWN: Siti Aishah Hamid yang sebelum ini ditahan di penjara Pakistan akibat diperdaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa dilaporkan sudah dibebaskan dan dijangka tiba di tanah air esok.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bayan Baru, Norman Zahalan berkata Siti Aishah, 44, dibebaskan selepas mahkamah di Pakistan mendapati beliau tidak bersalah dan diperdaya pihak tertentu.
Beliau ditahan di sebuah penjara di Pakistan pada 27 April tahun lalu.
Siti Aishah, dari Batu Maung dan menghidap penyakit tulang, dijangka berlepas dari lapangan terbang di Karachi hari ini untuk pulang ke tanah air.
"Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 7 pagi esok, sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang dan tiba jam 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas," katanya.
Norman berkata, suami Siti Aishah, Jaafar Noor sudah berada di Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangannya.
Siti Aishah dilaporkan terpedaya dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menawarkan hadiah berupa pakej melancong ke Singapura. - Bernama
Semoga yang lain akan mendapat pengajaran dari kisah Siti Aisyah dan wanita-wanita lain yang masih merengkok di penjara di luar negara...apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment