Tuesday, March 3, 2009

Perak Yang Bersejarah...

Kuala Kangsar, Bandar DiRaja yang penuh sejarah...menempatkan Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan, istana rasmi tempat bersemayam pemerintah negeri yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak 1933.

Istana yang diambil sempena nama Sultan Iskandar Shah ini menjadi tempat pertabalan Sultan-Sultan Perak dan antara yang paling menarik perhatian ialah Perkahwinan Diraja Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dengan Tuanku Zara Salim pada 17-19 Mei 2007.

Di Bukit Chandan juga terletak Masjid Ubudiah yang dianggap satu masjid terindah di Malaysia dan menjadi simbol kebanggaan dan kesucian agama untuk umat Islam di Perak.

Pembangunan masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28. Pembinaan Masjid Ubudiah pernah tertunda saat dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan telah berkelahi yang mengakibatkan ubin marmer yang dibawa masuk dari Italia untuk pembangunan masjid tersebut habis pecah.

Masjid Ubudiah telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Galeri Sultan Azlan Shah juga terletak di Bukit Chandan.

Galeri yang dirasmikan pada 7 Disember 2003 oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu bertujuan menjadikannya sebagai sebuah gedung ilmu pengetahuan yang berfungsi mengumpul, menyimpan, memelihara, menyelidik, mempamer dan menerbitkan segala khazanah sejarah serta warisan kesultanan dan kebudayaan Istana Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sebelum dijadikan galeri, ia merupakan Istana Hulu atau Istana Kota Bukit Chandan yang kemudiannya dipilih sebagai Galeri Diraja Negeri Perak berdasarkan bangunan berkenaan yang merupakan istana lama berusia hampir 100 tahun (dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1903).

Galeri yang dibina pada 30 November 2001 dan siap sepenuhnya pada 15 April 2003 ini adalah idea daripada baginda Sultan Azlan sendiri.

Galeri ini bukan saja dapat berfungsi sebagai sumber rujukan, malah membolehkan pengunjung mengenali lebih mendalam perjalanan hidup seorang Raja malah dapat meningkatkan fahaman dan apresiasi rakyat terhadap Institusi Raja Berperlembagaan.

Jangan lupa, pokok getah tertua di semenanjung Malaysia juga ditanam di bandar ini pada 1900 oleh Residen British di Perak ketika itu, Sir Hugh Low yang membawa masuk benih getah ke Kuala Kangsar untuk membuka ladang getah.


Pokok Getah Tertua Di Malaysia

Aaaa...pokok?

Jadi ada dua pokok bersejarah la ya di Perak ni..?

Satu di Kuala Kangsar, pokok getah dan satu lagi di Ipoh...katanya pokok Angsana...

So adakah pokok itu akan dilabelkan dan dipagari tembok indah nanti...?Kata orang pokok itu sudah mendapat singkatannya sendiri...iaitu PUN (Pokok Undangan Negeri)...besar sejarahnya tu...


Gambar Hiasan

Nak cerita ke tak nak nanti kat generasi akan datang ye...?Nanti la nak fikir...apa nak dikata...

4 comments:

Jim. Heris said...

saya juga berminat tentang pokok tu.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Sejarah Perak dihitamkan oleh segelitir Melayu yang gila kuasa dan terang terang jadi tunganggan DAP dan PKR. Buat Malu aja. Minta dijauhkan oleh Allah swt dari kita semua dari sikap sebegini.

Hasrul Halid said...

Uhh! Pastinya pokok tu akan dipagari dan tak mustahil jugak akan disembah di kemudian hari!

Ha Ha!

Anonymous said...

me baru jerr balik dari tengok pokok getah tua tewwww..