Agaknya itu ayat yang paling sesuai kita bagi kepada pihak yang mengepalai pembantahan terhadap perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris)...
Mereka dah lama bertutur dalam bahasa Inggeris...mereka dah lama hidup dengan gaya hidup Inggeris...tapi sekarang nak halang orang buat untuk anak bangsa masa depan?
Oh ya...bak kata kawan aku sorang tu...biar kami saja yang pandai dalam bahasa Inggeris ni...anak bangsa kami tak payah la...(sinis ok..!)..
Betul jugak..cuba tengok yang membantah tu...orang GAPENA, GMP...semuanya mereka yang berpendidikan Bahasa Inggeris...mendapat M.A atau M.Sc. dan PhD dari negara yang tidak tahu Bahasa Melayu...tetapi kini dia yang bantah nak ajar anak bangsa dia Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris...
Kita bukan nak tukar aliran sekolah terus la...bagi faham sikit...
Hanya Sains dan Matematik belajar dalam Bahasa Inggeris...tujuannya bukan untuk kuatkan Bahasa Inggeris, tetapi kerana istilah Sains dan Matematik tak banyak dalam Bahasa Melayu dan sumber rujukan jugak kurang...
Korang kat GAPENA ke...sasterawan ke...cuba la tolong terjemahkan buku sumber rujukan tu...dari korang bersastera sampai tahap orang tak faham tu, baik sumbangkan sesuatu dalam masyarakat...
Yang tahu nak demo...
Last sekali, aku ada tiga soalan nak tanya...
1. Benarkah bantahan terhadap PPSMI ini tiada agenda politik?
2. Pernahkah ada kalangan kita yang buat survey bertanyakan anak-anak yang masih dibangku sekolah (jangan ambik keputusan exam, tapi pi tanya depa sendiri)...samada budak-budak ni nakkan in English atau Melayu...
3. PIBGN (the-so-called PIBG Nasional) tu sapa endorse???Aku ni PIBG sekolah anak aku, tapi haram aku tak pernah tahu pun tentang apa yang depa tak pasai-pasai kata PIBG seluruh negara tak setuju tu???Bongok betui la...
Jangan hanya fikir diri kita dan kesenangan yang dah kita kecapi, tapi fikirkan masa depan anak-anak kita satu hari nanti...kita ni dah dekat nak mati...depa nak hidup untuk tak tau sampai bila lagi...apa nak dikata...
8 comments:
dulu ade org tu..mak dia pesan..nak carik jodoh utk anak dia..kena yg pandai ckp omputeh..pasai anak dia pandai ckp omputeh..
ahahha..dunia2..
Dulu, ada orang cakap "bahasa jiwa bangsa".
Sekarang orang tu masih bercakap, tetapi begini pula caranya "kita bukan nak "orang putihkan"anak kita, cuma kita nak anak kita pandai macam orang putih".
Aduhh....mana bahasa, mana jiwa?Kalau semua mahu jadi macam "orang putih?Orang putih tu pandai ke?
Yang --> Tu la pasal, untuk diri dia bukan main lagi, untuk orang lain tak leh...sama je konsep depa ni...
Shahrul Rock --> Aduh, anda tak faham...sekarang ni berapa ramai pelajar kita score hebat dalam Bahasa Melayu??Kebanyakan hanya credit saja kan...adakah kita membelakangkan bahasa jiwa bangsa di situ??Tidak bukan, masih bertutur dalam Melayu...
Sains dan Maths buat dalam Ingeris bukan nak jadi orang putih..hanya yang minat kumpulan Black Metal yang menyanyi "Jiwa" bangsa saja yang kata mcm tu...PPSMI kerana sumber rujukan Maths dan Sains di peringkat tertiary tak banyak dalam BM, jadi teruk2 belajar dalam BM peringkat primary dan secondary, masuk tertiary terkial2 nak belajar dalam BI...so sebab tu kita mulakan dari awal...
Anda nak perli entri saya yangterdahulu yg ada kata Bahasa Jiwa Bangsa tu..?Hahaha...Memang betul bahasa jiwa bangsa...tapi kalau bercakap melayu pun jarang2 tapi memperjuangkan Bahasa Ibunda pun tak boleh juga...cakap mau serupa bikin...
Ada orang mampu hantar anak mereka ke sekolah swasta berasaskan Inggeris dari kecik...saya tak mampu...jadi saya hantar ke Sekolah Kebangsaan saja...so saya harap betul Sek Kebangsaan jugak akan mampu menyediakan anak saya menghadapi dunia realiti yang orang kaya2 siapkan anak mereka di sekolah swasta tadi tu...
salam,
baca laporan kajian Isahak Haron di bawah dengan dada yang lapang..
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090303223151/Article
ada perbezaan besar di antara 'menguasai' bahasa Inggeris dengan 'menyerah'.
setuju apa yg unkel nk tnya tu..budak2 ni haram xreti langsung bi.kesian tgk depa nk jwb soklan math pn nk kena tgk kamus..
salam
hah
tak faham2 lagi..si PAS jadi melayu lah pulak bila bab ni..sebelum ni kata UMNO assabiyyah..tak ikut islam etc
tak payah tau bahasa Inggeris..pun anak2 muda dah bleh terpengaruh..dgn budaya western..ni semua sebab diaorang tak tahu apa makna yang di bawa oleh org western sebab terlalu duduk di bawah tempurung.
contohnya budaya black metal!dan lagu2 black metal yang haramnya bukan kepalang!
Yang bawak budaya western pun orang yang pi blajar luar and then balik sini tah apa2 yang mereka sebarkan.Yang mungkin juga terdiri daripada orang yang buat demostrasi tu.
kerajaan just nak jimat masa dan tenaga dan tingkatkan kualiti ilmu dua mata pelajaran tu aje.
Disebabkan anda sedang berada di Perlis, sila lah berjalan jalan di kampung kampung di perlis, sila lihat keadaan anak anak Melayu kita, mereka bukan seperti anak anda yang boleh merujuk bahan di Internet, bertanyakan ibu bapa mereka perkataan bahasa Inggeris yang tidak difahami, atau merujuk kamus. Ibu bapa mereka yang rata rata adalah petani miskin atau bekerja kampung bukanlah fasih berbahasa Inggeris seperti anda.
Untuk membolehkan mereka berbahasa Inggeris dan merujuk bahan didalam bahasa Inggeris bukanlah menerusi PPSMI, tetapi haruslah subjek bahasa Inggeris itu diperkasa dan dimenarikkan supaya anak anak kita berminat belajar bahasa Inggeris dan boleh menggunakannya didalam apa jua subjek yang mereka merujuk bahannya.
Anak Perelih
Born, breed and raised in Perlis...
Agaknya Encik Azhar terlepas pandang - ada perbedaan antara "menguasai" dengan "menggunakan".
Kalau mahu menguasai sesuatu bahasa, perlu syumul - menyeluruh, atau bahasa Inggerisnya boleh diartikan sebagai "holistic". Ini tidak dapat dilakukan dengan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ia perlu ditangani dengan memperkasakan pengaran dan cara penyampaian bahasa Inggeris kepada anak-anak kita. Ia perlu menarik, seperti yang dilakukan oleh guru Bahasa Inggeris saya dulu.
Ada konsep-konsep bahasa yang tidak dapat dijiwai jika hilang nuansa-nuansa bukan "sains"nya, seperti keajaiban ketuhanan, perassan sayang, cinta atau suka (ada perbedaan antara suka, sayang, cinta - ini nuansa yang saya maksudkan). Kalau mahu berkarya dalam bahasa apa sekalipun, perlu ada semuanya itu. Itu sebabnya rasa saya, sewaktu sekolah dahulu, saya disarankan mengambil subjek "English Literature" disamping Bahasa Inggeris - "To be or not to be, that is the question ...", sekadar sedikit percikan rasa *sayang* saya pada Bahasa Inggeris.
Dan pastinya rasa *Cinta* saya pada Bahasa ibunda - Bahasa Melayu, ia perlu dijadikan bahasa ilmu, bahasa Sains, bahasa yang dapat secara persis memperjelaskan apa itu atom, apa itu aksara, apa itu injap. Semua ini dalam bahasa yang saya fahami, yang saya jiwai, yang saya sebati dengannya, dan yang saya dipersekitarkan dengannya.
Yang perlu kita sama-sama ingat Encik Azhar, kita tidak mahu anak-anak kita yang tidak masak dengan Bahasa sendiri (seperti yang Encik Azhar letehkan sebelum ini) dan juga tidak dapat menjiwai dan memahami Bahasa Inggeris. Adalah lebih malang lagi dengan tidak berbahasa Melayu dengan sempurna, akan membuat kita hilang jatidiri Melayu kita, yang tinggal sekadar kulit tanpa sari yang indah lagi menyenangkan. Kita sudah ada contohnya sekarang dengan anak-anak bangsa kita, bukan di Perlis mungkin, tapi di tempat-tempat lain, yang hanya pandai berbahasa Inggeris ala Hollywood, dan tidak bercakap Melayu (kalau ditempat saya diistilahkan sebagai "sepatah haram")dengan betul.Memalukan.
Eric Wisemann, anak Kampung Morten Melaka, mencari reseki di Bahrain
Post a Comment