Tadi aku singgah satu kedai runcit kat area Kangar ni, sebab nak beli roti yang isteri aku mintak belikan untuk student Taska dia...kena pulak pagi Jumaat ni kedai yang selalu aku pergi tu tutup (bid'ah apa la yang Jumaat pagi kena tutup kedai ni kan...) so aku pergi satu lagi kedai berhampiran...
Akak kat kedai tu tengah baca sebuah akhbar tabloid milik sebuah parti politik terkenal...punya asyik dia baca sampai aku letak roti Gardenia bungkus besar tu depan dia pun dia tak perasan...last-last aku tegur, berapa ni kak (walhal roti tu kan ada tag harga kat situ..saja akal le tu..)...
Dia pun minta maaf, then ambik RM5 yang aku hulurkan dan pandang muka aku, kemudian dia kata.."Dok ghalit baca ni, (dia tunjukkan muka surat dalam paper berkenaan yang ada muka salah seorang yang bantah PPSMI tuh..)...pakar bahasa kita bagitau betapa budak Melayu kita lemah pelajaran kerana PPSMI, terutamanya di kampung..."
Nak je aku jawab, tapi disebabkan aku nak cepat hantarkan roti tu dan malas nak bersembang pagi-pagi, so aku just kata.."Ooo.."...
Akak tu macam masih tak puas hati, dia kata pulak.."Kalau baca NST today (ni ayat akak tu yang bercampur English, aku tak tambah-tambah ye..), kita dapat tengok analisis results yang keluar yesterday...sedih kan.."
Aku macam blur pun ada, pesal sedih pulak...dan dia menambah.."Jangan tengok senarai keputusan yang atas-atas...kita tengok yang bawah-bawah tu...yang tak lulus, yang lemah..."...
Aku pun hangguk je la...dan masa ni dia dah hulurkan baki duit aku, so aku ambik dan keluar je la dari kedai dia...
Nak kata dia kenal aku, dia tak kenal...nak kata dia cam muka aku yang sangat-sangat perjuangkan PPSMI ni, tah le...
Tapi dari ayat dia tadi tu, aku macam nak tergelak pun ada, nak sedih pun ada, nak termenung pun ada...
Satu soalan je aku nak tanya, selama ini kita tengok analisis keputusan yang bawah-bawah tak?Maksud aku selama tidak wujud PPSMI ni...selama semua belajar dalam Bahasa Melayu ni...
Seingat aku, sejak zaman aku sekolah kebangsaan dari tahun 1979 sehingga 1984, telah wujud kelas lembam...bukan lebam...itu kes lain lebam-lebam ni..ekhemmm...
Apa yang nak aku sampaikan ialah, kalau dari dulu wujud kelas lembam atau slow ni, maknanya analisis keputusan yang lemah-lemah, yang bawah-bawah tu sejak dulu lagi dah ada, sejak pakai Bahasa Melayu...
Adakah masa tu ada kalangan sarjana atau pakar kita yang tampil marah-marah atau berdemonstrasi untuk membantu kelemahan anak-anak yang tidak berdaya saing ini?Adakah masa tu manusia yang mahukan supaya sistem pendidikan kita dikebelakangkan supaya semua students akan dapat mengecap nikmat keputusan yang sama dan sekata?
Ada?
Jadi kenapa sekarang ni pakat-pakat nak fikir hal ehwal anak-anak luar bandar yang dikatakan lemah?
Korang tak rasa memperkecilkan anak-anak luar bandar ke dengan cakap macam tu?
Allah SWT Maha Kaya...semalam keluar results SPM, anak nelayan di Kelantan, duduk di Kelantan, belajar di Kelantan..dapat 20A...
Ayah dia pandai English ka?Ayah dia mewahkan dia dengan sistem komputer berinternet yang lengkapkah?
Mungkin la ada antara diorang yang kurang peka...sekolah kampung pun sekarang ada Bilik Akses, menempatkan beberapa buah komputer lengkap kemudahan internet, yang boleh digunakan oleh murid-murid dan pelajar pada bila-bila masa...selain tu ada Makmal Komputer pun lengkap berinternet, untuk kemudahan guru mengajar students diorang...
Tak cukup dengan tu, pusat internet desa diwujudkan..di kampung-kampung tau...kawan aku Rifae pernah mengajar Kursus Literasi Komputer Desa nih...
Jadi kenapa tiba-tiba semua pakat nak kata kesian kat anak-anak luar bandar pulak, walhal diorang sendiri tak rasa susah apa yang dikatakan tu...
Heran la manusia...bila tang kehendak dia, nak pulak dia baca analisis dari bawah...
Aku cabar manusia-manusia ni supaya jangan berkereta mewah...hanya pakai apa yang orang luar bandar pakai...kalau mereka hanya pakai gerek (basikal) korang pun jual kereta pakai basikal...takkan tak kesian kat diorang...mana boleh ko nak fikirkan diri ko saja...ko mampu, diorang???
Boleh buat?..atau cakap saja berdegar-degar...bak kata pepatah.."Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi..."..(aku masih boleh berperibahasa..hehe..)..apa nak dikata...
4 comments:
PPMSI ni memang ada susah sikit..
usaha lebih sikit la cikgu2..
demi masa depan anak2 murid..
ikot pengalaman sy dan kwn2...rasanya sains lebih mudah dalam english..
org yg menentang tu tak pernah rasa belajar sains dan math tu mcm mana, just put them in the shoes, baru depa nampak..
lagi satu, apalah nak demo sana, complaint sini, kenapa tidak cari solusi bersama bantu tingkatkan PPSMI kalau dah tahu ada kelemahan.
tu lah masalah segelintir orang Melayu yang tak suka ambil jalan penyelesaian tapi ambil cara mudah saja
comments from 'Che Det's blog'
By orangpulau on March 13, 2009 8:13 PM
salam,
sebenarnya saya pernah daftar dgn che det tapi dah lupa password.jadi terpaksa daftar lain.
saya seorang pelajar bidang sains fizik peringkat sarjana. tak dapat dinafikan BI penting. saya sokong PPSMI, sebab?
1.bahan rujukan banyak dalm BI. BM? ada tapi sikit sangat.
2.untuk memartabatkan BM kita mesti maju terlebih dahulu.
3. hasil terjemahan cacamarba, orang yang menterjemahkan bukab pakar dalam bidang sains. nak suruh orang yang pakar menterjemah? eh, mereka ni penterjemah ke penyelidik?asyik terjemah, bila nak menyelidik?
4. sb lain banyak, tak larat nak senaraikan.
P/S kwn saya(pelajar sarjana) sedang melakukan terjemahan. sambil melakukan terjemahan dia bertanya kpd saya. "apa kerja sebenar aku ni, menyelidik ke
menterjemah?
-> kepada mereka yang masih berusah menentang PPSMI tu..renti2kanla...banyak kerja lain lagi nak buat, ini asyik berdemostrasi je...pelajaran anak2 ada tanya ke?
Assalamualaikum Saudara Azhar,
Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh.
Bangsa Melayu tak patut takut dengan apa apa. Inikan pula Bahasa Inggeris. Kalau lirik lagu AF, Malaysia Idol semua boleh ingat. Yang tak tahu Speaking pun boleh ingat lirik lagu.
Mungkin Saudara patut berkongsi cara Saudara Azhar dan Isteri didik Adam hingga berjaya. Buatkan bukunya. Adam ada daya keyakinan pada seusia muda begini.
Bukan hendak puji tapi keyataan dan orang Melayu pun tak perlu takut dipuji di tempat yang betul.
Sedih orang Melayu dulu-dulu kata "gostan' ke belakang. Dan bukan calang calang orang yang berdemonstrasi di jalanan. Buat malu pada bangsa lain sahaja.
Post a Comment