Then Jumaat 20/3 bermula Kem Ibadah dan Motivasi anjuran Jabatan aku...Adam dan Rayyan kena join sekali..wajib..hehe...baru tadi selesai dan Alhamdulillah semunya lancar berjalan...Perasmian penutup oleh EXCO Agama pun ok...nanti-nanti la aku update pasal Kem tu, termasuk gambar-gambarnya sekali...
Sepanjang penganjuran Kem tu, aku pun sama dok kat Chalet Bukit Ayer tu...dan salah seorang yang dok bantu kami dalam Kem tu ialah seorang kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perlis, dia gelarkan diri dia Paksu Talib...
Aku suka berbual dengan dia, banyak ilmu dia..dari ilmu pasal motivational games hinggalah ke ehwal dunia...cuma dia tak suka bersembang pasal politik...
Dia kata, manusia Allah jadikan lebih mulia berbanding binatang, tetapi andai ingin melibatkan diri dalam politik, manusia kena terpaksa ada sifat lima binatang ni...
1. Anjing

Tetapi andai kata tuannya terlupa memberi makan...mungkin pergi bercuti dan lama tak belai, bila kembali berjumpa dia akan marah, menyalak...dan mungkin menyerang...tetapi kalau kembali diberi apa yang diminta, maka dia akan diam semula...
2. Babi

3. Biawak

4. Mengkarung

Mengkarung ni kalau dia duduk senyap kat batang pokok, dan kita baling batu dekat dia..dia akan lari ke bahagian lain pokok, tetapi dalam masa sama akan duduk diam sambil hangguk kan kepalanya...
Bila dah lama sikit, dia akan kembali ke tempat tadi kat bahagian pokok tu...kalau kita baling lagi dia akan lari lagi...dan hanggukkan kepala lagi...
5. Syaitan (binatang ke?..boleh lah..)

Itu lah yang aku dengar dari Paksu Talib semalam...aku kongsikan kat sini bukan bertujuan menghina sesiapa atau menyamakan manusia dengan binatang...tetapi kerana aku tertarik dengan falsafah beliau...
Kalau kita renung betul-betul...ada betul jugak kan apa yang dia katakan tu...tapi kena faham la...kalau tak faham, apa nak dikata...

No comments:
Post a Comment