Wednesday, April 1, 2009

Erks..!! Kantoi Filem Lucah !!

Jangan panik...ni bukan Menteri atau mana-mana ahli politik Malaysia punya kisah ni...Saja tajuk entri buat gempak sikit..hehe...

Menteri malu suami tonton filem lucah

LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Jacqui Smith meminta maaf kelmarin selepas beliau 'tersilap' menghantar tuntutan perbelanjaan yang turut mengandungi bil filem lucah yang ditonton suaminya.

Smith mengakui memfailkan tuntutan yang memasukkan lima filem berbayar termasuk dua filem lucah yang ditonton di rumah keluarganya di Redditch, tengah England.

Beliau berkata dalam satu kenyataan: “Saya memohon maaf kerana dalam membuat tuntutan bagi sambungan internet, saya tersilap membuat tuntutan bagi pakej televisyen bersamanya.

“Sebaik saja perkara itu diberitahu kepada saya, saya segera mengambil langkah menghubungi pihak berkuasa Parlimen dan menjelaskan situasi itu.

“Semua wang yang dituntut bagi pakej televisyen akan dibayar penuh.” Akhbar The Sunday Express yang mendedahkan tuntutan perbelanjaan itu, memetik seorang rakan Smith sebagai berkata:

“Jacqui tidak ada apabila filem seperti ini ditonton. Beliau amat berang dan malu.” - AFP
- SUMBER

Hehehe...salah hantar claim laaa...nasib baik ada suami nak disalahkan...jangan nanti suami dia pulak keluarkan statement macam lain...baru haru biru...hehe...apa nak dikata...

2 comments:

FareeNi said...

bukan tonton film lucah tu pekara biasa ke kat sana? Ekekeke.. ngaku je la apa susah.. hik hik hik..

duagelasteh said...

Memang loqlaq menteri/timb menteri ini semasa membuat tuntutan. Ini kerana depa bergantung pada s/u yang tak celik!

Presiden Taiwan, Ma Ying Jiu juga menghadapi siasatan yang sama kerana membuat tuntutan elaun perjalanan yang "tak layak" (ketika menjadi datuk bandar Taipei dulu).Mujurlah buang kes. Jika tidak, dia tak dapat jadi Presiden!

Pasai tonton filem lucah ni, di hotel2 Hongkong & Jepun pun ada.Kena masukkan duit syiling @ bayar kpd kaunter bila pulangkan kunci bilik.

Tak sangka Telekom British (BT) pun ada servis macam tu.

Suami Menteri KDN Jacqui Smith tu sepatutnya memaklumkan kpd isterinya pasai "curi tonton" filem lucah semasa Jacui keluar negeri....

Di bawah undang2 UK, Menteri itu boleh memfail petisyen perceraian dah....pasai perangai suami yang nyaris menyebabkan Jacqui kehilangan jawatan menteri--KDN pulak tu!