Tuesday, April 14, 2009

Kesiaaannnnn....

Membaca berita terkini petang ni aku rasa nak nangis pun ada...

Perlis perketat peraturan poligami

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata kerajaan negeri sedang memperketat dan memperhalusi peraturan untuk berpoligami setelah mendapati ia menimbulkan banyak masalah.

Katanya, berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama menimbulkan banyak masalah dan ada isteri yang datang ke Mahkamah Syariah secara tidak sopan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan suami mereka.

Beliau mendedahkan hal berkenaan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2008) tahun 2009 pada persidangan dewan undangan negeri Perlis di sini hari ini.

Pada masa ini peraturan berpoligami di Perlis tidak memerlukan suami mendapatkan persetujuan isteri pertama.
- Sumber

Bukan...aku bukan menangis kerana nak poligami...tapi kalau korang pernah baca entri aku yang ini dan yang ini...pasti korang faham...

Sekarang ni pun ada 6 e-mails yang aku tak dapat nak buat apa-apa untuk membantu membina masjid baru ni...

Nampaknya pasangan yang terakhir aku dapat bantu ialah masa November 2008 hari tu la...

Tahniah aku ucapkan kepada yang telah selamat dan berjaya...kepada yang baru google dan baru jumpa entri aku yang dua tersebut, aku nak kata mustahil tu tidak la...tapi separuh impossible la...unless korang sanggup memberitahu kepada yang 'pertama' dan sanggup dia hadir masa perbicaraan permohonan korang la...

Apakan daya...hajat dihati nak bantu orang...tapi tak kesampaian...teringat filem Madu Tiga pulak...kesiaannn...apa nak dikata...

5 comments:

FareeNi said...

Aku suka... ekekekeke....

SYARIENARIFEN said...

INGATKAN UNKEL MENANGIS SBB...

LALALALALA...

:-"

SyaPAK said...

alamak!!!apit bru nak jumpa paksu nak discuss pasal benda ni...yg dikejar x dapat,yg dikendong berciciran la nampaknya...kesiaaannn...

Unknown said...

Laini --> Kamu suka dipermudahkan ka?..hehe...

Iena --> Hilang satu sumber aku tuh...huhu...

Apit --> Ko nak discuss untuk ko ke untuk orang lain??Kesiannnnn...

Jalaks said...

abis la pasni x merasa jamuan MEGA PIZZA...dah xde jemputan lagi..