Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar serta membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan.
Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah. Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya selepas ini.
Tapi bila di fikirkan secara logik, dan setelah aku dan wife bersembang-sembang cara kami la kan...datang pulak rasionalnya pada pandangan aku...dan aku akui bahawa Najib Tun Razak memang seorang yang penuh diplomasi, bijak dan seorang yang mahir dalam politik...
Sejarah penglibatan politik beliau telah banyak mengajar dalam mentadbir dan mengepalai negara dan parti...
Sememangnya tindakan beliau itu akan memberikan impak yang baik kepada negara dan parti...
Aku teringat Tun Mahathir pernah kata, negara perlukan pembangkang yang baik...so kalau berterusan diharamkan penerbitan akhbar pembangkang, ini akan mematahkan perjuangan pembangkang dalam mewujudkan pembangkang yang baik...so kita akan jadi perasan best pulak nanti...
Tentang tahanan ISA itu, aku serahkan kepada Kerajaan la...tak mau ulas sangat, walaupun aku nampak rasionalnya tindakan Perdana Menteri kita tadi tu...
Dan tentang nak kaji semula ISA tu pun, aku serahkan kepada Kerajaan jugak la...setiap benda ada kebaikan dan keburukannya..kebaikan pada sesetengah orang, menjadi keburukan kepada setengah yang lain pulak...so terpulang kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk memutuskannya nanti...
Seperti mana saranan YAB Perdana Menteri tadi
Atas segalanya, saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.so jom lah kita sama-sama menggembleng tenaga, bersatu dan menumpukan kepada pembangunan negara dan tinggalkan perselisihan yang kecil-kecil...kalau negara kita maju pun bukan orang lain yang untung, kita jugak kan..dan kalau jahanam pun, yang rugi bukan orang lain...kita jugak la kan...apa nak dikata...
Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
1 comment:
Salam Azhar,
Yang SORANG tu saja patut sumbat dalam ISA sampai bila bila.
*Dia kelentong orang Iban, kata mereka boleh guna nama Allah kalau dia PKR menang*
Post a Comment