Tahniah kepada BN kerana mempertahankan kerusi DUN Batang Ai...
Tahniah kepada PKR kerana mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau...
Masih ingat berita ini...?
Klik gambar untuk membaca
Dan ini dari berita terkini di akhbar hari ini...
Bekas Adun Bukit Selambau muncul selepas dua bulan menghilang
ALOR SETAR: Bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Arumugam hari ini muncul buat kali pertama selepas dua bulan menghilangkan diri dan meletakkan jawatan yang didakwanya akibat ugutan dan ancaman ke atas diri dan keluarganya oleh pihak tertentu.
Arumugam berkata, selama dua bulan menghilangkan diri beliau berada di Chenai, India dan sentiasa mengikuti perkembangan politik di kawasan yang ditinggalkannya itu menerusi internet.
"Saya minta maaf kepada semua penduduk Bukit Selambau kerana saya tidak berniat lari daripada tanggunjawab tetapi keadaan ketika itu amat memaksa saya bertindak demikian. Saya perlu memikirkan keselamatan diri dan keluarga.
"Saya tidak menyesali keputusan meninggalkan jawatan sebagai Exco kerana sudah ditentukan tuhan... tuhan kata saya hanya pegang jawatan itu selama 11 bulan maka itu sajalah.
"Saya juga tidak berasa bersalah mengenai tindakan ini kerana ia sesuatu yang saya perlu lakukan saya harap rakyat faham. Saya tidak lari saya cuma menenangkan fikiran," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini, hari ini.
Beliau tiba di LTSAH selepas kembali dari Chennai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Hadir sama menyambut beliau, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr Abdul Isa Ismail dan Adun Bukit Selambau yang baru, S Manikumar.
Arumugam yang masih lagi memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merbok berkata, tumpuannya ketika ini adalah untuk mencari pekerjaan yang sesuai selain menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti mengenai hasratnya untuk aktif semula dalam politik.
So...
Kepada sesiapa yang menuduh beliau diculik oleh pihak BN hari tu...macam mana sekarang?
Kepada sesiapa yang menafikan dia ada kat Chennai India hari tu...macam mana sekarang?
Bollywood will always be Bollywood...apa nak dikata...
1 comment:
Tu lah. Dia kata kena ugut ... keluarga pun ada diancam.
Tapi hairan saya. Dia tu cabut ke India sorang.
Keluarga ditinggalkan dan tanpa diberitahu di mana dia pergi.
Jantan apa dia ini. Dahlah ada hubungan dengan perempuan yang dah kahwin.
Post a Comment