Thursday, April 16, 2009

Pilihanraya Lagi...



Naik cemuih (faham cemuih?...: BOSAN) dah...sejak habis Pilihanraya Umum ke12 Mac 2008, dah 5 pilihanraya kecil yang negara kita lalui...ni dah nak masuk 6, lepas Fairus letak jawatan ADUN Penanti pulak...

Satu fakta menarik yang aku nak kongsikan, yang rasanya semua orang pun tahu dah...

Sebab-sebab pilihanraya kecil dari Mac 2008 hingga sekarang :

(Akibat Kematian)
Kuala Terenganu : PAS
Bukit Gantang : PAS
Batang Ai : BN

(Meletak Jawatan)
Permatang Pauh : PKR
Bukit Selambau : PKR
Penanti : PKR

Kalau yang akibat kematian itu memang tak boleh elak la kan...dah taqdir ajal maut di tangan Allah, maka sebagai hambaNya kita mesti patuh dengan ketentuan ini dan kita redha dengan pilihanraya semula tu

Tapi letak jawatan sebab nak pilihanraya semula ni...leceh la...

Kalau asyik nak pilihanraya saja, bila nak buat kerja? Sekali pilihanraya bukan sikit SPR kena belanjakan untuk tujuan tu...

So rasanya elok lah kita semua pakat-pakat fikir sekejap...kalau nak jadi ADUN atau Ahli Parlimen kita, hanya untuk masa singkat, lepas tu letak jawatan untuk nak meriahkan suasana pilihanraya kecil saja, maka itu bukan Wakil Rakyat...itu wakil parti politik...sebab wakil rakyat bekerja untuk rakyat, tapi wakil parti politik memang bekerja untuk parti politik...

Aku tak dak masalah kalau ADUN atau MP itu dari parti pembangkang, tetapi biarlah dia bekerja untuk kita...kalau pembangkang pun, biarlah yang berjiwa rakyat, bukan berjiwa parti politik...

Tah la kan...dah macam tak de nilai wakil rakyat zaman ni, rasa nak letak jawatan je letak...isytihar pilihanraya kecil...rasanya nak lari pergi bercuti lama-lama..pergi je....tak kisah kawasan tak jaga...rasanya nak lompat parti pun, lompat je...tak kisah ke rakyat yang pangkah dia dulu letak amanah...

Tak tau la apa lagi yang nak mendatang, sementara nak tunggu PRU 13 nanti, maunya berbelas pilihanraya kecil nak kena tempuh kalau trend dah macam ni...apa nak dikata...

1 comment:

badut said...

ntahlaa uncle susah nk ckp skang nih... susah nk cr wakil rakyat yg betol2 berkhidmat krn rakyat baik dr PR or BN...

masing2 ade agenda peribadi masing2... tp kebanyakkan yg buat mslh nih dr parti keadilan... ade segelintir dr mereka nih xde jiwa kepimpinan lgsg, sy rase laa niat mereka nih hy nk tumbangkan BN dlm mase yg sama kebajikan rakyat di tempat mereka x di pedulikan...

kepimpinan tertinggi PKR mesti buat sesuatu, sblm rakyat merubah pikiran dan menganggap PKR nih sama sperti UMNO