Tuesday, June 9, 2009

Aku Sedih...Kecewa...Tapi Apa Kan Daya...Aku Pasrah...

Tajuk entri macam mati anak kucing pulak...hehe...

Aku sedih...kecewa...sepatutnya mereka datang Perlis 13 Jun ni...aku dah prepare nak open table ikan bakar untuk diorang dan crew...tapi apa kan daya, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan...

Aku nak tengok ini....



dan ini...



ini jugak...



yang ni pun....



dan yang ini...



Soalannya kini...adakah aku akan ke KL pada 1 Ogos nanti? Dah la venue KL pun ubah dari Bukit Jalil ke Mont Kiara...eishh...

Dah 28 tahun Search...aku kenal rock n roll melalui diorang la...dan peminat diorang pun bukan hanya muda mudi, baya-baya aku malahan lebih tua dari aku pun ramai...in fact ada satu komen kat blog Amy Search tu, aku nak tergelak jugak baca, dia siap lompat-lompat masa konsert sampai kaki kejang...umur dah meningkat beb...hehe...apa nak dikata...

3 comments:

Suria Azhar said...

takpe..layan lagu inul aja ahhhh...goyang lg yukkk..ekekekke...

Jalaks said...

xdop luck la paksu...

Unknown said...

Inul tu. bukan setakat kalau dia datang perform kat Perlis tau, kalau dia perform kat dalam pagar rumah jiran sebelah ni pun belum tentu aku keluar rumah pergi tengok...apa kelas nak banding Search dengan Inul...marah ni tau!!:p