Wednesday, June 3, 2009

To Whom It May Concern

Semalam ada satu Yahoo Messenger (YM) ID ni add aku...so aku pun dengan penuh hemahnya meng'accept' dia...tanpa tahu siapa pun dia...itu memang stail aku kalau kat YM, kalau kat Skype aku tak macam tu...

So malam tadi, si dia ni (tak yah aku sebut la ID dia) mengYM aku..aku tak print screen, jadi aku bagi sekadar yang isi penting ja...

DIA : hallo

DIA : assalamualaikum

AKU : hallo, waalaikumussalam

DIA : abang ni umur berapa?

AKU : 37

DIA : (mesej Bahasa Vietnam, menandakan YM dia kena virus yang telah aku kena tahun 2006 dulu)

DIA : oooo

AKU : ni lelaki ke perempuan?

DIA : lelaki, kenapa?

AKU : takde pape, saja tanya. umur berapa?

DIA : 30

DIA : abang ada webcam tak?

AKU : takde

DIA : abang send la gambar abang kat saya

AKU : mana dapat ID YM ni?

DIA : kat blog abang kot

AKU : haa, kalau macam tu kat blog ada banyak gambar aku kan

perbualan terhenti di situ...samada dia offline sebab virus Vietnam tu akan membuatkan ko terputus-putus, atau dia sibuk membelek gambar aku kat blog...atau dia tak mau teruskan perbualan...

Beberapa perkara aku nak jelaskan kat sini.

1. Kalau ko nak add aku hanya kerana nak tengok gambar aku...terima kasih. Aku bukan hensem macam Brad Pitt pun.

2. Boleh tak jangan panggil aku abang (kalau ko jantan le)...panggil saudara ke...bro ke...encik ke...sahabat ke...apa apa la...asalkan bukan abang...

3. Aku ada webcam sebenarnya, tapi takkan la engkau baru tegur aku dua patah ayat dah ko nak tengok aku via webcam...boleh guna akal sikit tak?

4. Aku tahu si DIA pembaca blog aku, dan ianya mungkin hanya bump into my blog secara tak sengaja saja...so aku minta maaf siap-siap kat DIA ya, kalau dia baca entri ni, aku tak minat la nak sembang macam-macam tu...dan kemungkinan anda masuk senarai ignore amat tinggi sekarang...

5. Aku almost sentiasa online YM dan Skype, cuma invisible pada hampir setiap masa...sebab YM dan Skype hanya aku guna untuk berhubung sesama kawan yang ada pekdah...

Akhir kata...aku tak mau jadi macam ni dah...

8 comments:

Rifaie said...

kekke.. ade gak org cmni ek uncle.. btw, welcome to terengganu.. leh g tgk stadium runtuh.. ehehe...

Jalaks said...

awakakaka...ade diam2 ade secret admire plak paksu nih..bebaloi-baloi..haha

Unknown said...

wahaha..leh la lwn ustaz akhil..confirm menang ustaz azhar..lg kontroversi..hehe

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Banyak Udang Banyak garam,
Banyak Orang Banyak ragam.

Memang ramai yang pelik-pelik sejak akhir-akhir ini, kita semua kena berhati-hati. Baik lelaki atau perempuan. Zaman Barulah katakan.

penyapubaru said...

wahh uncle, hang ada byk gambo seksi seksa di blog kot yang menggoda ramaiii umat...

Anonymous said...

ingat tak kamu... gambar tak bernaju itu.... mungkin menjadi POJAAN hati mahkluk itu...!!! tapi yang penting.... secret admire itu tetap akan menghantui jiwa dan raga kamu...wakkaka siap mintak webcam!!! MANTAP SEH!!!

Unknown said...

Pae : Stadium tu tempat pertama di singgahi..hehe...pedulikan mamat tu...

Men : Hawau ko...nanti Paksu bagi YM ko kat dia...:D

Karl : Itu lagi komersial beb...kita ni picisan je..hehe..

Puan Melayu Angkat : Betul Puan, terlalu ramai yang ganjil sekarang...kesian anak dara ramai-ramai kat luar tu...

Janet : Kalau yang tertarik dengan ke'seksa'an aku tu nak dara jelita tak pe gak la...ni heish...geli nak bayangkan...

Saril : Itu gambar kat FB maa...tu pun bini aku dah delete...tapi lagi sekali kalau dia minta webcam, samada aku letak gambar ko, atau aku kasi gambar tapak kaki le kat dia...hehe...ko menawan gak ape...:D

Fazlinil Irma said...

mahu dipanggi bapak azhar boleh ya pak..hahahaa..