Gambar Hiasan
Antara benda-benda yang paling aku meluat ialah :
1. Mengaku tidak berpegang pada mana-mana parti politik...atas pagar...memilih untuk tidak memilih...tak suka ahli politik menipu...
Tetapi bila baca kenyataan pemimpin BN dia hentam...bila baca kenyataan pemimpin PR dia puji melangit...
Weih...itu maknanya ko tu penyokong PR le...so buang la ayat bunga-bunga awal-awal tadi ye...
2. Mengatakan benci satu perkara...aku tak suka makan laksa...aku menyampah tengok Hindustan...aku nak muntah dengar lagu dangdut...
Tetapi bila nampak menu mula ko nak order laksa...bila dengar lagu Hindustan ko kuatkan volume...bila dengar dangdut bahu ko pun bergoyang-goyang...
Weih...itu maknanya ko tidak membenci la benda alah tu semua...si jangan letakkan hukuman awal-awal tadi tu ya...
3. Bukan main hebat kata minat kan sesuatu benda...aku memang minat gila kumpulan Search ni...aku kalau dapat salam tangan Mahathir, sure aku tak basuh tangan....aku sangat suka makan cendol pulut...
Tetapi...lagu Search pun ko hapal tak habis....tarikh lahir Mahathir pun ko tak ingat...dan ko lebih rela beli aiskrim berbanding cendol di kedai yang jual cendol....
Weih...itu maknanya ko tak de la suka sangat benda-benda tu...so stop crapping kata ko suka ok...
Jangan salah faham kawan-kawan...entri ni tak de kena mengena dengan sekeliling aku...hehe...nampak, aku pun menipu macam ayat kat atas tu...aku kata tak de kena mengena, walhal ada la kena mengena...
Tadi aku blog hop di alam maya...dah tak de kerja sangat agaknya...so aku terjumpa blog beberapa manusia yang bukan main gaya penulisannya dengan terang-terang bagitau dia tidak minat politik...dia tidak sokong BN atau PR, kerana pada matanya politik amat kotor...(ni ayat dia tau..)
Alih-alih, bila aku selak-selak posting dia lain-lain, ada plak entri yang menghentam BN kat Perak...ada pulak entri yang memuji tindakan Nik Aziz kata jangan berunding dengan UMNO...
So aku naik heran la, mananya yang kata tak sokong mana-mana tu...kalau atas pagar kena betul-betul tengah la...kalau senget-senget bontot ni kang jatuh sebelah..bahaya weih...apa nak dikata...
p/s : Kalau suka sila datang lagi...kalau tak suka nak datang lagi pun tak apa...hehe...
2 comments:
LALANG .... itu adalah konsep sebenar org2 sebegitu...
contoh mcm ni la... kalau CHEALSEA dan LIVERPOOL tak bleh pergi jauh, tetibe nak beri sokongan PADU pada BARCELONA lak... * takder kaitan ngn Arsenal tau*....
mungkin budak itu puji karektar dan tindakan orang itu;
tapi orang itu memang sudah mencerminkan politik..hmm, nak buat macam mana...
kesimpulan, jangan masuk politik supaya muka tak dicop sebagai ahli politik..
salaam
Post a Comment