Friday, June 19, 2009

Good Movies Are Irresistable...!!

Malam tadi layan Jurassic Park...sebuah filem tahun 1993, arahan Spielberg dan hasil ilham novel mendiang Michael Crichton...



Malam ni pulak sequel kedua filem tu, Lost World: Jurassic Park...



dan malam esok pulak Jurassic Park 3...



semua ni kat HBO, start pukul 9 malam...

dan kalau korang tak sempat tengok, Ahad ni, 21 Jun 2009, bermula pukul 3 petang sampai lah 9.30 malam, diorang siarkan marathon ketiga-tiga movies tu...so nak bagitau awal-awal kepada seisi rumah ku...remote Astro kat Baba start pukul 3 ok...hehe...err...Astro boleh bagi komisyen tak tolong iklankan ni??hehe....

Oh ya...kalau ada yang jahil tentang apa tu Jurassic Park...pi baca dulu...then tonton Ahad ni tau...

Ok, back to apa yang aku nak ceritakan sebenarnya...

Aku ni memang kaki movies...kaki wayang...suka menonton filem...

Dari zaman sekolah lagi aku memang suka tengok movies...in fact sebenarnya dari zaman sekolah rendah lagi, masa zaman RTM ada slot Tayangan Gambar setiap Ahad tengahari...sapa ingat masa tu??haha...aku memang akan sedia tunggu depan TV masa tu lagi...

Aku waktu kecik dibawak oleh family tengok King Kong kat panggung Cathay Butterworh...yang sekarang dah jadi kelab snuker kalau tak salah aku...

Jadi memang hidup aku banyak tengok movies...masa zaman sekolah menengah, bila dah boleh bawak motor sendiri, aku dengan Honda C70 lampu bulat gear satu belakang tu akan ke pawagam-pawagam yang aku cek dalam surat khabar apa movies menarik...selalunya Dalit kat KOMTAR...Cathay kat Penang Road...Odeon kat Penang jugak...Odeon kat Butterworth...dan beberapa lagi...rasanya semua dah tak beroperasi dah ni, semua dah jadi Borong Din atau kedai nasi kandar...

Very simple, aku tengok show pukul berapa, katakan pukul 2.30...aku start motor pukul 1, pergi, naik feri...sampai terus beli tiket, masuk, tonton, habis terus aku balik....sebab masa tu mana ada aku bagitau mak abah aku kata pi tengok wayang...mana boleh..!!!Kira tipu la tu...sori ye abah dan mak...tapi lepas-lepas tu diorang tahu jugak...

Dan semua modus operandi ni berjalan seorang diri, sebuah motorsikal sahaja...hanya satu movie aku tengok dengan kawan aku Mat Kambing, Teenage Mutant Ninja Turtles....korang gelak ye...serius, aku tengok...masa nak masuk Dalit tu Mat Kambing kata kat aku.."weih, orang lain semua bawak anak-anak la tengok cerita ni..."...hehe...

Kisah tengok movies ni berlanjutan sampai ke usia meningkat...masa mula-mula dating..ekhem...aku ajak la wife (masa tu girlfriend la...) tengok wayang, dia tak nak...tak biasa katanya...tak caya, baca kat sini...aku ajak jugak...tengok filem Daylight lakonan Stallone...alah yang meletup dalam terowong tu...best sebab kami memang tengok wayang, bukan buat wayang...pasal aku memang nak tengok wayang...hehe...

Lepas tu biasa la, susun movies le...asal jumpa je tengok wayang...paling best tengok Space Jam...hehe...jangan marah aaa...

So apa yang aku nak cerita ni??Melalut gila entri ni...

Ok ok...jadi memang aku suka tengok movies la...cuma aku suka berterus terang...aku kurang sikit tengok cerita Melayu...cuma lately aku banyak jugak la tengok...pasal anak-anak aku nak tengok, dan aku nampak sektor perfileman Melayu pun dah makin maju jugak..filem-filem Mamat Khalid best...dan beberapa lagi pengarah Melayu lain...oh ya, aku pernah pergi panggung tengok filem Kad Cinta dulu...hahaha...pasal Nasha Aziz berlakon..itu tahun 1995...dan aku tengok Merah kat Odeon KL...yang tu 1996...hehe...lain-lain aku rasa aku tengok TV atau DVD je la...

Sebab apa aku suka movies?Sebab movies orang putih ni dia buat sampai tahap kita rasa macam kita kat dalam tu tau...ko boleh feel...sebodoh-bodoh National Lampoon tu pun (ya aku tengok filem tu...hehe..) masih kita rasa berbaloi nak tonton...

Sebab tu ada banyak movies yang kalau Astro tayangkan berbelas kali pun aku akan hadap lagi TV kat rumah ni...sampai bini aku kata, kalau bagi suruh berlakon pun aku dah hafal dialog dia, tapi nak tengok lagi...sebab aku savour the moments tengok cerita-cerita best tu...

Oh ya...kalau ada yang terdengar dakyah kata Jurassic Park 4 akan ditayangkan tahun ni...rentikan lah menunggu ok...tak de jadi nya...tunggu la kot-kot ada pengarah Malaysia nak buat sequel filem tu, tapi tak pakai T-Rex, pakai cicak...amacam??...hehe...apa nak dikata...

4 comments:

Suria Azhar said...

arrgghh..space jam...ekekeek..uhuk..uhuk..uhuk..

Jalaks said...

1st time luahan cerita paksu..slalu asik isu semasa jek..hehehe

Rifaie said...

hahah.. bab national lampoon tu yg tak tahan.. ingatkan uncle tak layan.. hehhe.. pe pun Tq uncle bg info filem jurassic park tu.. musti best, sbb x pernah tengok lg.. heheh..

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Mak Cik pun tadi tengok HBO Jurassic Park..takut jugak. Memang filem mereka 'menjadi' sahaja.
Creative mereka.