Sequel filem-filem ini mengisahkan kejadian-kejadian di mana sekelompok manusia terselamat dari maut yang bakal menimpa mereka kerana salah seorang dari mereka ada 'premonition' atau pun gambaran kepada apa yang berlaku, jadi diorang pun elakkan dan tak mati...tetapi selepas itu satu persatu dari mereka mula mati akibat dari kejadian yang hampir sama dengan peristiwa sepatutnya...lebih kurang sama plot ketiga-tiga sequel pertama filem tu, cuma aksi dan kejadian berbeza la...
Membaca surat khabar pagi ni membuatkan aku teringat sequel filem-filem ni semua...kenapa?
Wanita terlepas naiki Air France mati kemalangan
RIO DE JANEIRO: Seorang wanita Itali yang terlewat menaiki penerbangan Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu, menemui ajal apabila terbabit dalam kemalangan kereta.
Johanna Ganthaler, pesara dari wilayah Bolzano-Bozen sedang bercuti di Brazil bersama suaminya, Kurt. Mereka terlepas penerbangan Air France 447 apabila terlewat tiba di lapangan terbang Rio de Janeiro, 31 Mei lalu.
Agensi berita ANSA melaporkan, pasangan terbabit menaiki pesawat penerbangan lain dari Rio de Janeiro keesokan harinya.
Malangnya, Ganthaler mati selepas kereta yang dinaiki di Kufstein, Austria, kemalangan. Suaminya pula cedera parah.
Rasanya semua dah maklum kan pasal nahas pesawat Air France tu...dan tak perlu aku ulas pasal kejadian tu dah...cuma peristiwa orang yang terlepas maut dalam pesawat tu kemudian maut pulak dalam kemalangan jalan raya membuatkan aku teringat kisah dalam filem tu semua...
Walhal sebenarnya dalam Islam kita mesti berpegang pada Qadha dan Qadar, ajal maut dah ditentukan...kalau kita duduk dalam kelambu sekalipun, tetap akan dijemput oleh Izrael...apa nak dikata...
p/s: Perhatian: Sekiranya anda seorang yang arif dalam menafsir mimpi, diulangi ARIF (PANDAI) minta hubungi saya di email atau YM (boleh tengok kat profile) kerana ada nak minta tolong tafsirkan mimpi yang pelik malam tadi...sori tak leh kongsi kat sini kisah mimpi tu pasal ada melibatkan manusia lain...harap maklum.Terima kasih.
No comments:
Post a Comment