Monday, June 15, 2009

Ganasnya Gay!!



Terkejut aku baca paper pagi ni...

Remaja homoseksual marah selepas ditegur

GOMBAK: Niat murni seorang ibu cuba menasihatkan anak lelakinya yang menjalin hubungan songsang dengan seorang lelaki lain membawa padah, apabila dia dibelasah anaknya menggunakan buku lima di Rumah Pangsa Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Batu 5 di sini, petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 4 petang apabila mangsa hanya dikenali sebagai Nor, 38, menyoal kemampuan kewangan anaknya yang berusia 13 tahun tetapi memiliki sejumlah wang yang banyak.

Nor yang curiga dengan kelakuan anaknya juga dikatakan bertanyakan mengenai gigitan cinta di leher, sehingga menyebabkan pelajar Tingkatan Satu itu marah.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan pengakuan anaknya bahawa dia seorang homoseksual, cuba memberi nasihat tetapi ia menimbulkan kemarahan suspek.

"Hati ibu mana tak hancur dan marah apabila anaknya mengaku menjual diri dan kesan gigitan di leher, angkara seorang lelaki yang menjadi kekasihnya sejak lima tahun lalu.

"Namun kemarahan dan nasihat supaya insaf dibalas dengan tindakan ganas apabila anaknya menumbuk muka ibunya berkali-kali sebelum mangsa tersungkur kesakitan," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan derhaka anaknya bangun dan menegurnya tetapi anaknya semakin ganas apabila menyarung buku lima.

"Selepas menyarung buku lima, anaknya menumbuk mangsa berkali-kali sambil memaki-hamun dengan mengatakan mangsa tidak layak menjadi ibunya.

"Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti binatang dan kesakitan dibelasah kemudian menjerit sebelum jirannya datang membantu," katanya.

Mangsa yang cedera di badan dan kepala membuat laporan polis di Balai Polis Setapak dan Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
- SUMBER


Fuhh...aku pernah dengar pondan (baca kat blog Hazrey TV3 pasal pondan, nak tergelak aku...hehe..) baling kasut atau batu kat orang yang gelakkan mereka....aku pernah dengar pondan kejar budak2 sebab senyum sinis kat mereka, tak caya tanya Emir apa perasaan dia lalu kat 7-11 Kuala Perlis tu...hehe...

tapi ni first time aku dengar gay mengamuk...kat MAK DIA pulak tu...gila ke hape...

Tu la kan, bila nafsu menguasai akal...nafsu pulak nafsu songsang, tak betul dengan ftrah manusia...

Jangan pulak ada yang nak berbicara bab agama dalam hal ni...korang bukan tak tau, kalau pondan diorang suka bagi hujah agama tentang hal diorang (walhal bukan betul pun...hehe...), nanti jangan ada gay pulak kata...itu takdir, apa nak dikata....hehe...

4 comments:

duagelasteh said...

Sdra Azhar,

Dalam kes begini, kita perlu bagi remaja itu kaunseling segera.

Belum terlambat lagi. Dia terjerumus kerana ada habuan wang ringgit dan manfaat lain. Bukan soal cinta dan/atau nafsu....

Saya kira, hukuman mahkamah tak ada faedahnya dan tak wajar bagi kes remaja lagu ni.

Selamat Maju Jaya.

Bahie said...

Salam unkel....
sorry menyibuk jap...
unkel dapat award...unkel tau kan award ape...hehehe...
tuk ilangkan keseriusan unkel...sila lah ke blog saya...

Ashikin said...

ganas tol
mintak dihindarkan dari perkara2 mcm tu

www.ashikinabdullah.com

rossees said...

thanks 4 this berita!

memang seram

salaam