Tuesday, June 23, 2009

Siapa Racist??


ko baca iklan ni dan fahamkan ye...

Aku tak berkenan betui bila ada pihak asyik nak tuding jari kat orang Melayu dan kata 'racist'...perkauman...

Asyik-asyik Melayu je kena sound kata racist...dan kaum tu pulak disokong oleh Melayu tu sendiri...macam kes tikam belakang gak la nih...

Kenapa tak timbul isu perkauman atau racist ni bila berkait dengan kaum lain, Cina, India dan sebagainya?

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) contohnya...apa perlunya sekolah ini semua kalau kata tak nak sangat racist atau perkauman???

Satukan je la sekolah semua...anak cina pun sekolah kebangsaan, anak india pun sekolah kebangsaan...baru kita layak untuk menuding jari kat orang kata racist...

Korang bayangkan, Kursus Biro Tatanegara tu pun diorang kata racist...ada ka...

Yang diaorang anjurkan kursus, seminar dan segala mak neka kat dewan khusus untuk bangsa Cina dan India yang kita haram sepatah tak paham apa yang dia tarbiyah dalam tu tak de pulak kita nak bangkang kata racist..


kalau pi BTN pakai mask ni ok kot, tak racist...

Selagi orang Cina hantar anak ke SJKC dan India hantar anak ke SJKT, maka dua kaum ni elok tutup mulut duduk diam-diam jangan tuduh orang Melayu racist la...

Korang nak, kita batal semua SJKC dan SJKT, kita satukan sekolah kebangsaan, masa tu kita hentam sapa bela bangsa dia sendiri...amacam, ada berani??

Kepada segelintir Melayu yang nak bela puak-puak ni, kononnya kita Muslim bukan Melayu...ingat sama lah...depa tu Muslim ka???

Kalau depa Cina atau India Muslim hang nak bela apa depa kata tak pa la...gunakan sikit akal yang Allah bagi, jangan asal lawan je mesti kita patuh...asal bangkang je mesti kita ikut...tak leh gitu la sahabat...


ni baru betui racist gila-gila

Memang akan jadi adat manusia, setiap kaum akan bela kaum dia sendiri...so kalau ko pun bela kaum ko, jangan marah kalau orang lain bela kaum mereka...jangan cakap apa yang ko tak buat..!!!Ada paham??Kalau tak paham jugak maknanya lebih teruk la racist dia, pasai simple Malay pun tak leh faham, tak racist apa ke nama nya tuh...apa nak dikata...

1 comment:

Sang Kancil said...

Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.