"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.Rata-rata anggota masyarakat dan pemimpin menyahut baik Titah Tuanku tersebut kerana sememangnya memberi check and balance kepada masyarakat samada Melayu dan Bukan Melayu...
Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
Tapi hari ni ada satu Melayu yang tak bersetuju dengan Titah Tuanku tu...
Rakyat berhak persoal Kontrak Sosial - KhalidTah la apa nak cakap...heran betul..kenapa susah sangat nak bersetuju dengan pendapat lain?
SHAH ALAM 17 Okt. - Rakyat berhak mempersoalkan Kontrak Sosial sekiranya terdapat kepincangan ketika melaksanakan mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kewujudan kontrak tersebut tidak bermakna rakyat boleh disekat daripada bersuara jika mendapati hak mereka dinafi atau dipertikaikan.
Walhal yang keluarkan pandangan tu adalah Majlis Raja-Raja Melayu...bukannya pimpinan mana-mana parti politik....
Kenapa setiap apa yang keluar dari mulut bukan pendokong anutan yang sama akan ditentang dan dibangkang?Heran betul aku...benda yang baik kalau siapa sekalipun yang sebut, maka kita sahut dan terima...benda yang tak elok kalau kawan kita sekalipun yang bawakan maka kita tolak...Ini sampai kawan kita bangga makan "sedekah" seks pun kita diam saja..takde nak kutuk ke apa ke...
So masing-masing, khususnya Melayu boleh fikir lah tengok lepas ni...digest elok-elok kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana jugak pihak, dan buatlah judgement yang betul untuk masa depan nanti...seorang muslim yang sebenar tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali...apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment