Monday, November 3, 2008

Istikhlaf dan Tersilap...

Hari ni baca Metro, terbaca pulak kisah si Aziz M. Osman dan isteri (atau bekas??) yang baru tu..aah..ustazah tu...

Nor Radhiah mengakui, sebelum berkahwin dengan Aziz, dia pernah melakukan kesilapan apabila bernikah dengan seorang lelaki berusia 28 tahun di Pengkalan Kubur, Kelantan. Pernikahan yang dijalankan jurunikah tidak diiktiraf itu dilakukan secara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Katanya, dia berkahwin dengan suami terdahulu pada 4 April 2008 dan menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2008 yang mengesahkan perkahwinan itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana jurunikah terbabit melaksanakan akad nikah itu di luar bidang kuasa istikhlaf, iaitu bukan dalam wilayah Narathiwat, Thailand, sebaliknya di Pengkalan Kubur.


Panjang lagi kisahnya, korang nak baca le...aku cuma nak ambik part yang aku berkenan je...hehehe...

Dulu aku dah pernah tulis pasal kes perceraian yang melibatkan perkahwinan yang tak diiktiraf ni...susah wooo...bila nikah tu sendirinya tak sah, maka mana nak datang cerai tu kan...

Ini lah masalahnya...baru-baru ni aku dapat tahu pasal seseorang yang aku kenal telah buat perkara yang sama dengan apa yang dikatakan 'istikhlaf' tu...dia pergi ke Kelantan (aku tak pasti area mana...) then Imam tu datang dari Thailand dan nikahkan diorang di Kelantan, tanpa ke Thailand...

Satu yang aku nak ingatkan kepada pasangan yang nak buat benda 'istikhlaf' ni...

Masalah paling besar ialah kalau korang dapat anak atau ketika nak daftarkan perkahwinan korang kat Malaysia...antara dokumen terpenting yang diperlukan ketika nak failkan permohonan pendaftaran perkahwinan ialah:

1. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Thailand yang mengatakan anda berdua memang telah berkahwin di Thailand dengan menggunakan Imam yang diiktiraf...surat ini perlu disertakan dengan resit rasmi Konsulat...sebab dah ada orang forge surat tu la...hehe...

2. Salinan muka surat pasport atau pas sempadan atau apa-apa dokumen perjalanan yang mengesahkan anda berada di Thailand pada hari akad nikah dijalankan...salinan yang disahkan oleh pihak Imigresen...

Itu dua dokumen asas terpenting...lain-lain seperti mycard dan sebagainya tu biasa la kan...kena ada la...

So..andai kata kalau korang 'istikhlaf' kat mana-mana negeri kat Malaysia ni guna sijil nikah Thailand, alamatnya susah la nak daftar...bila susah nak daftar, susah pulak kalau ada anak dan nak buat surat beranak anak...maka masalah akan menimbun-nimbun la...

Nasihat aku ialah...anda ada dua pilihan..samada berdepan dengan keluarga yang tak setuju dengan perkahwinan dan mohon wali hakim di Malaysia...atau yang kedua korang boleh pergi Thailand betul-betul dan nikah kat sana, balik Malaysia daftar dan bayar denda...selesai...(tapi banyak jugak la prosedur...)

Jadi bila dah galak bercinta dan gatal nak kahwin tu..hehe...ganas ayat aku nih...jangan berfikiran singkat masa tu saja...kena ingat nak ada anak, nak berdepan kawan, family dan masyarakat...kalau tersilap 'istikhlaf'...maka akan panjang tersilapnya...apa nak dikata...

3 comments:

penyapubaru said...

aziz m osman la uncle... :)

Unknown said...

Thanks Janet...dah pebetui...

Norshah said...

keh keh, unkel tersayang, lama tak kunjung ke sini.. bizi sket la..

nak menikah kat siam.. huhu. nak menikah kat selangor ni pun da cukup susah prosedur2 dia, tapi pas nikah aman takpe. Ni nak ngadap pulak prosedur2 selepas nikah kalau menikah kat siam tu.. kalau boleh rasanya baik la di negeri sendiri, hujan batu la katakan..