Thursday, February 19, 2009

Kisah Salah Siapa...

Dalam lebih kurang 3 tahun lepas kot, ada satu kemalangan berlaku di Perlis ni...sebuah motosikal melanggar sebatang pokok jati yang ditanam di tepi jalan raya..(kalau korang pernah datang Perlis, banyak jalan raya yang ditanam pokok jati sepanjang jalan..pentadbiran Kerajaan Negeri sejak dulu suka tanam pokok jati, maybe sebab nanti ada value...) dan penunggang motosikal tu cedera parah manakala pemboncengnya meninggal dunia...

Nak tahu salah seorang jiran aku kata?

"Tengok Shahidan (Dato' Seri Shahidan Kassim la..) tu, nak sangat tanam pokok jati tepi jalan, dah ada budak langgar moto mati pi dah...tanam la lagi banyak-banyak, biaq mati habih orang naik moto..."...

Hehe...

Aku tau reaksi korang..sebab aku masa tu pun tertanya (tapi dalam hati saja la, malas nak bising dengan orang tua ..)..kalau budak tu langgar tiang elektrik dan mati, adakah TNB akan dipersalahkan..?

Tu sikap orang kita...bila seronok belikan motosikal untuk anak-anak, mereka megah bagitau mereka belikan untuk kemudahan anak-anak...tapi bila anak salahgunakan motosikal untuk merempit dan ditahan Polis, ibubapa salahkan Polis dan Kerajaan kerana buat roadblock....kalau eksiden pulak akan disalahkan jalan yang tidak lurus atau pokok jati tepi jalan...


Satu lagi kisah menarik diceritakan oleh kawan aku...

Sepasang ibubapa yang mempunyai beberapa anak...pada satu tahun tu anak dia cemerlang SPM...diaorang dengan bangganya ke sekolah, ambik gambar, masuk paper hulurkan pipi cium anak...bila disoal pemberita, dengan megahnya diberitahu itu semua hasil usaha penat lelah anak mereka dan mereka jugak yang tak jemu-jemu bagi semangat...

Tapi beberapa tahun berikutnya, anak yang seterusnya tidak cemerlang, lalu beberapa rakan bertanya ibubapa yang terserempak di pasar bagaimana keputusan anak mereka...maka dengan marahnya mereka menyalahkan sistem pembelajaran yang terlalu berat hingga anak mereka tak ada masa nak ulangkaji pelajaran, menyalahkan Kementerian Pelajaran kerana tak kaji sistem pelajaran di Malaysia...dan habis disalahkan Menteri serta Perdana Menteri...

Hehe...

Oh ya...dan satu kisah yang semua orang tahu kini sedang panas...waktu bergambar, tidur sambil pakai cermin mata dan atas sofa, sedang seronok menikmati saat indah bersama teman kekasih..semua nya indah belaka..semuanya ibarat syurga, tiada yang mampu menggugat cinta kita..ku serahkan jiwa, raga untuk tatapan matamu dan lensa kamera handphonemu wahai sayangku....

Tapi bila bergaduh dan si kekasih menyebarkan apa yang tidak sepatutnya.."Ini konspirasi menjatuhkan kami...!!!"

Hehehe...kalau dulu ada pepatah "Habis madu sepah dibuang"..kini kita kena buat yang baru..."Habis madu, salahkan orang!!"...apa nak dikata...

2 comments:

FareeNi said...

betul .. betul.. betul.. uncle ada x gamba tuh?? ekekekke

afrohead said...

haha habis madu salahkan orang!