Monday, February 16, 2009

Titah Tuanku Patik Junjung...Adakah Akan Berulang..?

Hari ini, ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah bertitah :
"Beta merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.

"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar supaya agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka Baginda.
-Sumber



Menjunjung kasih Tuanku...patik sekelian rakyat Malaysia amat berbangga Tuanku mengambil berat perihal negara dan menitikberatkan kepimpinan yang baik untuk kesejahteraan negara tercinta...

Akan tetapi Tuanku, ada kalangan pacal rakyat yang tidak mungkin bersetuju dengan Duli Tuanku...

Abdullah diminta kekal jawatan PM sehingga PRU 13 - Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 16 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.

Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.
-Sumber

Kalau di Perak baru-baru ini, DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah telah dikecam kerana pandangan Baginda yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, adakah titah Yang di-Pertuan Agong kali ini jugak akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka..?

Bukan calang orang yang bercakap inginkan Pak Lah terus tu, Nik Aziz tu...Dalam PAS dan PR ni, kalau Nik Aziz yang cakap tu, mesti patuh...sapa sanggah memang kena hukum macam-macam la...(ni entri aku pun silap-silap teruk kena nih..hehe...)

Ironik sekali, titah Tuanku pada hari yang sama dengan kenyataan Nik Aziz...maka kita tunggu esok pulak apa kenyataan balas mereka setelah mendengar titah Tuanku...sebenarnya bukan kali pertama mereka menyokong Pak Lah terus jadi PM..sebelum ni Hadi Awang dah pernah suarakan jugak...ayat yang sama jugak...

Kalau pasukan kita tak kuat sangat, kita amat seronok kalau pasukan lawan kita pakai penjaga gol yang lemah...dok depan tiang gol pun suka lena...at least dapat jugak kita manfaatkan goalkeeper yang lemah tu untuk score goal...kan...hehe...apa nak dikata...

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Terima Kasih atas doa buat kami, terutama suami Mak Cik.

Mak Cik balik rumah sekejap ambil baju.

Macam-macam cerita politik.
Memang "Sembah Patik Harap DiAmpun...patut dikekalkan" InsyaAllah.

Pembangkang ini, sekejap suruh sangat Pak Lah berhenti, dulu kata Pak Lah macam macam, lembablah..macam macam malas nak ulang, tapi sekarang..??

And the cats out of the bag for Eli PKR. Two cats not just one for now..at least thats what I saw on tv3 @ 1.30 news just now.

Will wait if more cats will be out of the bag.