Lepas itu akan ada rombakan Kabinet...ini yang sangat ditunggu-tunggu...
Sekarang pun sudah ramai kalangan ahli politik yang menjengah-jengah peluang...yang mana memang dalam Kabinet, bak tengok lepas ni ada kerja ke tak dak kerja...Yang luar Kabinet, dok pakat-pakat cuba-cuba intai peluang kot-kot boleh pakai kereta rasmi...(yang tak de peluang langsung tu tak yah la masa ni dia pun nak sibuk sama ok..)..
Khabarnya, menurut satu sumber yang kira ok jugak la kan, Kabinet Dato' Seri Najib bakal menyaksikan Kabinet zaman ekonomi meleset, iaitu jumlah ahli Kabinet dikurangkan...ada bagusnya jugak tu...
Ya la, sebagai rakyat, kita suka la kalau Kerajaan kita dapat berjimat kan...
Tapi ada golongan yang akan tak suka tindakan ini...
Antara yang tengah kuat berusaha sekarang ialah rakan-rakan pemimpin dalam MCA...Ya lah kan...kalau sebelum ni MCA ada 4 jawatan, tapi khabarnya mungkin dikurangkan satu menjadi tiga..!!!Betulkah???
Sebelum ini jawatan di dalam Kabinet untuk mereka ialah Presiden MCA, Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan); Naib Presiden Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan); Dr. Ng Yen Yen (Menteri Pembangunan Wanita); Ong Ka Chuan (Menteri Perumahan); Kang Cho Ha (Naib Presiden--Timbalan Menteri Kewangan). Berkemungkinan besar portfolio Pembangunan Wanita akan diambil balik oleh Umno untuk diberikan kpd (Senator) Dato' Seri Shahrizat, Ketua Wanita Umno, manakala timbalannya diberikan kpd Wanita MCA, (Senator) Chew Mei Fun.
Yang menjadi persoalan besar di sini ialah desas desus seorang bekas menteri yang telah meletakkan jawatan kerana kes yang rasanya bukan setakat Malaysia je tahu, tapi satu dunia pun tahu, kedengarannya sedang melobi untuk jawatan dalam Kabinet...
Aku tak bercakap mewakili sesiapa, tetapi aku bercakap sebagai seorang Melayu UMNO yang hendakkan Kerajaan (Kabinet) Malaysia menjadi kuat dan kukuh...
Pada Oktober 1986, Timbalan Pengerusi Parti Konservatif UK, Jeffrey Archer telah meletakkan jawatan dari Kabinet Margaret Thatcher, hanya kerana berita mengenai hal peribadinya, iaitu "membayar" seorang pelacur yang bernama Monica Coghlan sebanyak 2,000 paun sterling supaya ke luarnegeri tersebar.
Benar, pemimpin tersebut juga telah meletakkan jawatan ketika itu, jadi atas rasional apa dia ingin kembali ke dalam Kabinet??
Faktor liabiliti juga perlu diambil kira. Kiranya dia dibenarkan berada di dalam Kabinet, maka peluru hidup diserahkan untuk dihalakan kepada Kerajaan kita..
Rasanya dalam hal ini Dato' Seri Najib lebih bijaksana di dalam menentukan halatuju Kabinet beliau. Alangkan liabiliti di dalam UMNO pun kemungkinan besar tidak dibawa menyertai Kabinet, apakan lagi liabiliti di dalam Barisan Nasional...
Aku secara peribadi mempunyai keyakinan kepada Dato' Seri Najib untuk mengepalai negara dan Kabinet...Segala tuduhan terhadap beliau selama ini hanyalah 'hearsay' semata-mata...jelas bertujuan menjatuhkan nama baik beliau...
Atas dasar itulah, aku (dan rasa aku juga orang Melayu yang sama pendirian dengan aku) meletakkan sepenuh kepercayaan kepada YAB Dato' Seri Najib untuk memilih yang terbaik antara Barisan Nasional, supaya Kerajaan akan terus mendapat kembali kepercayaan rakyat sekelian...andai tersalah pilih...apa nak dikata...
Oh ya, sahabat aku Afterdark ada menulis satu artikel terbaru, STUPID PRESUMPTIONS OF A SIMILAR KIND PART 2 :
This is my second opinion about Khairy and I wrote this one after reading all the angry remarks left behind by MYKMU reader’s who seems really pissed off by Khairy’s winning. Some even hinted that it seems that UMNO have no hopes at all.
- Baca selanjutnya...
Lambat pulak rasanya Jumaat ni.................hehehe.....