Sunday, June 1, 2008

Taktik Terbaru Sindiket Dadah

Terkejut aku baca akhbar hari ni...seorang wanita Malaysia OKU di tahan di Karachi kerana menyeludup dadah...

...Baca jugak kat SINI...

Bila baca balik beberapa hari lepas..rupanya Siti Aisyah ni dapat SMS menyatakan dia menang percutian percuma ke Singapura...perempuan ni pulak mengidap penyakit LUPUS iaitu tulang reput...so kerana kesian kan isterinya maka si suami yang menjalankan perniagaan kedai runcit pun bagi la isteri dia pergi jalan-jalan..ye la dah percuma kan...

Kemudian rupanya itu adalah sindiket yang menggunakan wanita khususnya OKU untuk buat kerja menyeludup dadah...so Siti Aisyah sekarang dah kena tahan kat Karachi...khabarnya pihak Konsulat kita kat sana dok pastikan dia dapat rawatan yang baik dan bersesuaian dengan penyakit beliau masa kat penjara...

Kalau hari tu kot la kita kata bahawa kerana kesempitan hidup dan jugak kerana nak wang mudah dalam hidup maka orang sanggup buat apa saja..tapi ni sampai OKU pun kena tipu...pulak tu tipu kata dapat pakej pelancongan percuma...kalau aku sendiri pun maybe aku terima..ye la..kita yang tak begitu berkemampuan nak berjalan ke luar negara ni kalau ada peluang dapat percuma tentu la tak nak lepaskan...ye tak?...

Harapnya perkara ni akan dapat dibanteras segera oleh pihak berwajib..kalau perlu sembelih je semua penyamun penipu ni...orang lain yang tak bersalah asyik terkena je dengan diorang..walhal yang kaya diorang...

Kepada semua pihak jugak kena lebih berhati-hati...sebarkan maklumat ni kepada kaum keluarga kita tak kira di mana...kadang-kadang ada yang tak baca paper tak tahu semua ni..tetiba terima pakej pelancongan percuma nanti nak pergi pulak...orang nak buat jahat ni..tipu apa pun diorang sanggup...apa nak dikata...

No comments: