Tuesday, March 10, 2009

In Defense Of PPSMI...

Entri yang masih berkisar tentang PPSMI...dan sebagai orang yang mempertahankan PPSMI, aku akan terus menulis kenapa aku pertahankan...tak semestinya pengunjung blog ini harus bersetuju dengan tulisan aku...but I'll keep defending what I believe is right...

Entri kali ini aku akan gunakan secara points, questions dan answers...senang dan mudah untuk aku garapkan...


Rata-rata pertembungan pendapat tentang PPSMI ini berkisar tentang beberapa perkara...

1. Kasihan pada students kawasan luar bandar, tidak menguasai English dan tiada tempat nak tanya bila balik rumah kerana ibu bapa yang tidak menguasai English dan tiada sumber rujukan internet dan segalanya...

Soalan aku:
Bagaimana masyarakat kita zaman dahulu ketika belajar di sekolah yang semuanya menggunakan Bahasa Inggeris, dan mereka tinggal di kampung dan ibu bapa yang tidak langsung bertutur dalam Bahasa Inggeris walau sepatah pun...

Jawapan aku:
Aku mengambil contoh abah aku dan keluarganya...Abah aku tinggal di Sungai Taka, satu kawasan yang amat terpencil di Kedah...kemudiannya abah aku jugak tinggal di Sungai Dua Butterworth, pun satu kawasan kampung (jangan kira sekarang la, ini zaman 50 tahun dahulu..)...

Abah aku dan adik-adiknya belajar ketika zaman menggunakan Inggeris sepenuhnya...

Aku tak berkesempatan bertemu dengan Arwah Tok Wan aku, tapi aku yakin bahawa arwah Tok Wan dan arwah Mak Tok aku tak berbahasa Inggeris...mungkin sekadar boleh sikit-sikit la, tapi tak seperti ibu bapa zaman sekarang...

Macam mana abah aku dan adik-adiknya boleh berjaya?Adakah mereka berpeluang bertanyakan apa yang tidak faham disekolah kepada ibu bapa mereka dirumah pulak?

Kalau ibu bapa zaman itu 0% peranan mereka membantu anak-anak memahami Inggeris ni, aku rasa paling lekeh ibu bapa zaman sekarang ada 10% kebolehan membantu anak-anak mereka...kenapa?Sebab zaman sekarang ada pusat tusyen...ada kemudahan internet (di desa pun ada kemudahan internet ni tau..)...ada kemudahan beli surat khabar Inggeris...ada TV (tak kira free atau berbayar..)...ada radio (jangan la hanya dengar radio Melayu saja kan...)...

Jadi apa alasan kita untuk kata kasihan mereka yang luar bandar dan tiada keupayaan membantu anak-anak mereka...?


2. Statistik Yang Menjunam

Soalan aku:
Adakah selama ini kita terus-terusan mendapat statistik yang terbaik dalam analisis keputusan peperiksaan seluruh Malaysia (semasa tiada PPSMI..?)

Jawapan aku:
Kemunduran, kegagalan akan sentiasa wujud...setiap manusia tak sama otak dan pencapaiannya...tetapi adakah setiap kali orang lain mengalami kegagalan dan kemunduran maka kita akan undurkan seluruh sistem hidup kita meraikan mereka yang terkebelakang?

Kalau kita tengok dalam sistem sosio kehidupan kita cukup lah...ada yang berkereta besar, ada yang berkereta kecik, ada yang hanya mampu bermotosikal, ada yang hanya mampu berbasikal..ada pulak yang hanya harapkan bas saja...

Ada yang berumah banglo, ada rumah teres, ada rumah kampung, ada rumah PPRT...

Ada orang boleh makan restoran 5 bintang setiap hari...ada yang hanya tahap restoran Tomyam...ada yang hanya gerai mamak...ada yang nak makan nasi dengan kicap pun susah...

So adakah kita hentikan segala sistem kehidupan kita meraikan orang yang terkebelakang dari kita?

Adakah kita samaratakan gaji setiap kakitangan supaya setiap kita akan mampu menggayakan kereta yang sama atau hampir sama saja..?

Atau adakah kita teruskan dengan kehidupan kita...dah kami mampu maka kami boleh drive Mercedez Benz atau BMW...dah kami tak mampu maka kami hanya sekadar pakai Kancil saja la...dah kami tak mampu maka kami sekadar kayuh gerek (basikal la tu..) saja la...

Jadi apa alasan kita nak kebelakangkan PPSMI hanya kerana statistik menunjukkan kemunduran pencapaian 'sesetengah' kawasan dan sekolah sahaja?


3. Kalau nak kuasai Bahasa Inggeris bukan melalui Maths dan Science, tetapi perkasakan mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri...

Soalan aku:
Berapa ramai kalangan kita yang score A dalam subjek Bahasa Melayu (ke Bahasa Malaysia...aku pun tak sure..)?

Jawapan aku:
Matlamat utama PPSMI bukan memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris...tetapi adalah kerana sumber rujukan dua subjek Maths dan Science adalah banyak dalam Bahasa Inggeris...terutamanya di peringkat tertiary...

Bayangkan anak-anak kita belajar di peringkat primary dan secondary dengan Bahasa Malaysia bagi Maths dan Science, bila tiba di peringkat Tertiary (kalau mereka teruskan dalam bidang berkenaan) maka akan terkena kejutan budaya kerana pelajaran dan sumber rujukan di dalam Bahasa Inggeris...

Apa kata kita biarkan mereka terkejut budaya sekejap di peringkat awal pelajaran mereka di primary dan secondary supaya kelak bila di tertiary mereka tidak akan lagi terkejut budaya....

Jadi apa alasan kita untuk mengatakan subjek Maths dan Science tidak akan membantu penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak kita, kerana kita bukan nak mereka kuasai Inggeris melalui Maths dan Science, tetapi menguasai Maths dan Science melalui Inggeris...


4. Mempertahankan nilai bahasa kebangsaan...

Soalan aku:
Adakah dengan belajar Maths dan Science dalam Bahasa Inggeris akan menggadaikan Bahasa Kebangsaan?

Jawapan aku:
Pada aku ini alasan yang paling rapuh...

Kita selama ini selalu dengar anak-anak bangsa kita melanjutkan pelajaran ke luar negara...Kakak aku sendiri ke USA dan kemudian ke UK, abang aku ke Canada dan USA...tetapi bila balik diorang tak lupa cakap Melayu pun... cakap Penang lagi...Bab makan lagi la jangan sebut...sambal tumis teloq jugak yang dia minat..hehe...tak lupa pun kat Bahasa Kebangsaan...

Jadi apa alasan kita mengatakan PPSMI akan menjahanamkan Bahasa Kebangsaan?


Aku rasa cukup setakat tu dulu, 4 points yang aku rasa sering diberikan sebagai alasan untuk menidakkan PPSMI...

Tetapi pepatah Melayu ada berkata..(aku masih boleh berpepatah petitih walaupun aku sokong PPSMI tau..!).."Kalau hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih.."

Kalau aku bawakan seribu alasan untuk mengatakan PPSMI itu bagus untuk diteruskan, maka tentangan terhadap seribu alasan itu pastinya akan tetap ada...

Sedaya upaya aku untuk mempertahankan PPSMI aku lakukan, bukan untuk bermegah dengan Bahasa Inggeris, tetapi untuk melihat suatu hasil yang bukan dapat dilihat dalam masa yang singkat...

Harapan aku adalah PPSMI akan diteruskan...wallahua'lam...apa nak dikata...

13 comments:

Suria Azhar said...

oohh..sungai taka..tempat rimau bercanda..ahahahah..

Fasyali Fadzly said...

saya ada satu soalan.

apa fungsi bahasa melayu yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi jika ianya tidak digunakan sejak dari zaman persekolahan?

jadi bila kita mahu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantara?

dulu, betapa bahasa melayu ni tinggi martabatnya sampai gabenor inggeris pun hantar surat kat sultan melayu guna bahasa melayu. siap tulis jawi lagi. tak percaya? sila lihat manuskrip lama.

tapi selepas dijajah oleh inggeris (dan sekarang sudah merdeka dah pun), kita pulak nak guna bahasa inggeris.

ini cuma pendapat saya. lagipun, saya tak bersekolah di sekolah inggeris. tapi saya boleh bercakap bahasa inggeris.

maaf mengganggu.

Unknown said...

See...tak sampai sejam dah ada satu alasan lain plak...hehe...

Suria Azhar said...

they can come with milion reasons my dear..

MDM FARAH FAIZURA said...

Maksudnya,
Orang dulu-dulu pandai cakap English sebab belajar matematik dan sains dalam bahasa English?

owh...
ok.

Terima kasih.

Unknown said...

Adoi..letih macam ni..part mana yang bahasa aku simpul2 sampai tak faham ni?

baca bagi faham dengan hati yang terbuka dan tenang ok...amik wuduk dulu kalau perlu...

Anda penulis, bukan calang2 orang, penulisan saya bukan puitis, rasanya bahasa layman je tu...

fazz said...

encik azhar, setuju dengan pandangan anda. orang2 yang suka menentang tu memang akan cari 1001 alasan, dan akan tanya belit2. jika mereka2 ni betul2 pejuang bahasa bangsa melayu/malaysia perbetulkan dulu bahasa itu sendiri. bukan nak mengutuk bahasa melayu waima membelot bangsa melayu. tapi cuba perhatikan media2 cetak / elektronik sekarang..bahasa tu memang campur-aduk. yang inggeris dimelayukan apatah lagi..teruk benar bunyinya. budget=bajet (kenapa tak pakai je belanjawan)

Unknown said...

i so agree with all of your points about PPSMI

I got the first reason from people when I said I agreed on PPSMI..

btw, your 9 year old son's blog is so adorable.

cheers for you to encourage him to blog :)

wahaza extra said...

At least there is one person who think like me; on this matter;

Power said...

bagi seorang bapa yg hantar anak dia ke sekolah stella marris tentu tidak ada masalah dalam PPSMI. tp cuba bayangkan bapa yang hantar anak2 mereka ke sekolah kebangsaan di kampung... di luarbandar... adakah mereka senasib dgn anak tuan..?

pernahkah tuan dengar rungutan dari guru2 yang disekolah2 luar bandar..

jangan kerana anak tuan boleh hendak tuan korbankan beratus2 anak orang lain..

Suria Azhar said...

sapo kato sekolah stella maris tu hebat sgt wehh?..byk lg sekolah kat perlis ni yg mantap..stella maris tu nama ja mcm omputeh..rata2 pelajar kat situ semua sederhana ja..aduii...

Unknown said...

Encik Power...

1. Seperti yang saya kata, seribu alasan akan terus diberikan..

2. Hakikat Sekolah Stella Maris di Kangar bukan macam Stella Maris negeri lain tau...bukan macam Convent atau Assumptions...hanya pada nama...
Kerana sekolah Stella Maris telah diserahkan kepada pihak Kerajaan oleh pihak Gereja, tetapi Kerajaan pulak tak menerima sepenuhnya lagi...
Jadi Stella Maris Kangar masih tergantung2 keadaannya, bantuan dari Kerajaan tidak datang penuh, malahan PIBG dan Guru-guru banyak kena cari sponsor...

so faktor sekolah anak saya tak boleh terima lah ya, dan Stella Maris Kangar terletak di Bintong, kalau anda arif dengan Kangar, Bintong is a rural area...

And the reasons will still come..

Unknown said...

ye ker

okey jer sekolah sekolah kg di Perlis tuh.

sebuah sekolah rendah yg terletak di sebelah sawah, yg hanya mempunyai 6 kelas sahaja dari darjah 1-6...

kelab bahasa inggeris saya membuat activiti bahasa inggeris di situ.. dan mereka mampu mengikutinya sebaik sekolah2 bandar..

naik bosan dengan mereka yang asyik memperlekehkan pelajar-pelajar luar bandar nih..

sekolah kampung = teruk bahasa inggeris

sekolah bandar = fasih bahasa inggeris

mcm mana sekolah luar bandar di katakan tak maju, sebab ramai yang melekehkan kemampuan mereka