Sunday, April 5, 2009

Stop...Look...Go...

Gambar hiasan

Siapa kata seks tak penting dalam rumahtangga...???

CHENNAI: Dalam satu kejadian jenayah yang mengerikan, seorang suami yang hilang kawalan, membunuh isterinya hanya kerana wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Selepas membunuh wanita yang menyara keluarga itu sejak 10 tahun lepas, lelaki terbabit didakwa mengadakan hubungan seks dengan mayat isterinya itu.

Dahsyat kan...

Pembunuhan itu berlaku di Poonamellee, kira-kira 15 kilometer dari bandar ini, apabila lelaki berusia 34 tahun yang tidak bekerja itu, Subash Krishnan, pulang dalam keadaan mabuk pada kira-kira jam 1.30 petang dan mahu mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

Mangsa, Shanti, 28, yang menyara kehidupan keluarga itu dengan menjual jus buah, menegur suaminya kerana sering meminta untuk mengadakan hubungan seks dan tidak membantu keluarga mencari pendapatan.

Berang dengan penolakan isterinya itu, lelaki berkenaan mengkasari Shanti menyebabkan mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri. Lelaki itu kemudian menjerut mangsa dengan tali.

"Lelaki itu mengaku melakukan kedua-dua jenayah itu dan hasil siasatan mengesahkan dia mengadakan hubungan seks selepas membunuh isterinya.

Kalau nak baca sepenuhnya, baca kat SINI...

Memang betul seks bukan segalanya berkenaan rumahtangga...tapi tak boleh la dipandang terlalu remeh...

Tapi tak boleh pulak dijadikan perkara utama bila kahwin...asal jumpa aja 'nak'...jumpa aja 'nak'...banyak lagi aspek dalam perkahwinan ni...Kerja cari makan dan rezeki pun penting jugak...jangan la asyik 'nak' aja tapi malas kerja..kan...

Dan kalau 'keadaan' tak mengizinkan, jangan la 'nak' jugak...sampai kalau tak dapat nak bercerai berai ke...berbunuh bunuh ke...dah sampai 'traffic light', kalau kena stop terpaksa la stop...takkan nak redah aje...kan...hehe...



Kalau zaman dulu orang pakai "Stop, Look, Go"...berhentikan kereta...tengok ada kereta datang tak...kalau jalan clear boleh la go...

Kalau tak nak pakai 'traffic light' pun boleh...pakai Stop, Look, Go jugak la...jangan la ada kereta datang pun nak jalan jugak...kang berlanggar....



Dan lagi teruk kalau dah kereta berduyun-duyun datang, sampai nak keluar simpang pun susah...jangan la nak marahkan kereta yang kita naik tu pulak....maki dalam hati dah la kan...memang susah nak keluar simpang...terutamanya kalau baru pass lesen memandu...hehe...apa nak dikata....

p/s: Kalau yang faham, ok...yang tak faham...takpa...tak penting sangat pun...cuma berhati-hati di jalan raya ok...hehe...

4 comments:

Suria Azhar said...

ahahah..metaphoric yg sungguh tajam..ayuh dong...jgn menangguh lagi..sebelum lampu merah menyala..tekan minyak tu..ahahahahah..

penyapubaru said...

stop and stareeeeeee

lalalalalalalallalala

FareeNi said...

perenggan last tu aku kurang paham sikit... tapi aku tau ke arah tu jugak.. ekekeke...

SyaPAK said...

lambat sangat nak tunggu HIJAU..ikut je LORONG LAIN..lalalalaa