Tuesday, February 26, 2008

Iklim Pilihanraya

Sekarang ni seronok tengok kempen2 parti2 dan calon2 yang bertanding dalam PRU 12 nanti...semua ada kat kampung, rumah2 orang, pasar, pasar malam, hospital, surau dan masjid, tepi sawah dan segala tempat lagi yang ada pengundi..hehe..

Dalam pada iklim pilihanraya yang amat terasa ni..cuaca jugak semakin berubah..kalau hari tu kat Perlis ni amat panas..sejak petang 23 Februari tu hujan mula turun setiap petang..menjadikan suasana petang lebih menarik...angin malam yang lebih sejuk..tetapi kembali dihangat kan dengan ceramah2 kempen dan rayuan2 undi dari parti2 bertanding..hehe..

Poster2 dan bendera2 parti jugak makin banyak..tapi pada aku ianya tak sehebat sebelum2 ni la..wa imma BN atau pembangkang..macam sikit ja poster dan bendera...kalau dulu aku ingat lagi..macam depa nak tampal sampai kat kereta orang yg parking tu..haha...

Setakat ni semuanya nampak bagus...kempen pun tak gaduh2...bagus macam tu..

Cuma satu yang aku agak pelik..kenapa Hadi Awang tak nak salam dengan calon BN yang lawan dia pada hari penamaan calon tu ye..erm...adakah terlalu tinggi taraf dia...entah la..apa nak di kata...

3 comments:

Sembrol said...

Tulah, tak professional langsung. Camne nak jadi pemimpin ni.

penyapubaru said...

takmo salam sbb bau budu tangan dia...lupa basuh tangan masa makan

Unknown said...

haha..betul man..tak leh tak leh..

pandai hang janet..hehe..lain kali lapik serban la nak salam kalau takut bau budu..hehe..