Wednesday, February 20, 2008

Antara Menggelupur Dan Menggeletar Part 2

Barisan Nasional Terengganu menjadi yang pertama mengumumkan senarai calon untuk bertanding pada PRU 12 pada 8 Mac ini...

Sila lihat senarai penuh calon yang bakal bertanding.

Khabarnya sudah ada bunyi2 yang kurang enak kedengaran..ada yang nak tutup markaz peti undi malam ni hasil namanya tak tersenarai..ada yang nak boikot kempen...ada yang dah mula jalankan perang saraf di kalangan penyokong2 calon2 lain...

Sikap macam ni yang payah...kalau dah kita tak tersenarai sebagai calon..terima lah hakikat..itu ketentuan Allah..bukan rezeki lagi dah...lagi pun kalau anda betul2 seorang wakil rakyat yang bagus..rasanya peratusan untuk di calonkan tu tinggi la kan...

Tetapi...khabarnya..hehe..ni gossip ni..gossip politik...ada jugak yang beranggapan calon2 PRU 12 ni ditentukan oleh suatu badan yang kononnya diketuai oleh...hehe...sendiri teka la...

Betul ke..?Aku cuba jugak tadi mintak pandangan kawan2 dari Ganu tentang calon2 yang baru2 ni..dan jugak yang telah di'kelupur'kan tu...ada yang pro..ada yang kontra...

Tah la...semua tu politik..kalau dah sanggup berumah di tepi pantai..sanggupkan lah diri menempuh ombak..cheh..kalau dah takde nama tu..apa nak di kata...

No comments: