Friday, October 31, 2008

In Support Of English For Maths and Science

Aku sentiasa mahukan Matematik dan Sains terus diajar dalam Bahasa Inggeris...aku pernah tulis dah dulu kan...and I think I've got a living proof for the success, my son Adam...

Tapi ada kalangan ibu bapa dan guru-guru jugak yang tak mahu...aku sendiri pernah sembang dengan seorang Guru Besar di Perlis ni yang tak setuju...bila aku tanya alasan dia ialah pelajar lemah, tak sedia...

Sampai bila nak lemah dan tak sedia?Atau guru yang tak sedia dan lemah?Ramai kawan-kawan aku yang cikgu yang aku kenal, bila aku tanya diorang kata ok saja...tak dak masalah...tu yang aku heran...

Rasa aku benda ni datang dari peribadi...masalah peribadi...kalau guru yang memang bagus, ko suruh lah dia ajar dalam English atau BM, dia pasti akan boleh...tapi kalau dia sendiri English hampeh, maka hampeh la jawabnya...

Pagi tadi aku terbaca dalam Blog Tunku posting beliau, so aku nak kongsi...

Parents group want Maths and Science to continue to be taught in English

KUALA LUMPUR:The Parent Action Group for Education (PAGE) said it is set on trying to get the Education Ministry to maintain its policy of teaching Mathematics and Science in English.

It, however, does not advocate the abolition of vernacular schools as it respects their positions as provided for in the Federal Constitution.

PAGE chairman and founding member Noor Azimah Abdul Rahim also clarified that the group was not a governmental organisation as had been reported by certain media.
“We are merely a group of parents who want to voice our concerns about education,” she said today in response to an article in a Chinese daily that allegedly reported a representative of the group had called for all vernacular schools to be abolished and replaced with national-type schools.

This remark was supposed to have been made during the fourth round table to discuss the use of English to teach Mathematics and Science.

“The person who made the remark was a participant who was airing his own views and is not related to the group.”

Noor Azimah said the group’s main concern now was the decision that the Education Ministry would be making soon with regard to the policy of teaching Mathematics and Science in English.

“We have almost 1,000 parents supporting us from all over the country, 95 per cent of whom are for continuing the policy.”

This number is in addition to the 120 parent-teacher associations (PTAs) that had responded for, and 20 against the policy being continued.
She said it was a misconception that only urban parents were for the continuation of the policy.

A strong advocator of the policy is Mohamed Saufi Shafie, president of the 13-strong Coalition of Rawang Zone Parent-Teacher Associations, who said the PTAs under the coalition were all for the policy continuing.

Support came recently via an email from parents of a school in Long Lama, Sarawak.
The group is calling for more parents to voice their take — whether for or against the policy — by early next month to be compiled into a comprehensive report.

To contact the group, email scienceandmath@skbd.edu.my.

Jadi aku mintak kalau ada parents yang terbaca jugak post ni dan berminat nak menyokong supaya diteruskan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris supaya email diorang tu dan bagi support...lebih ramai lebih bagus...biar kita tunjukkan bahawa kita nak in English...pasal aku takut sesetengah orang politik ni dia akan ikut dan tukar ke BM je...demi nak menang...bukan korang tak tahu perangai diorang nih...

Kita cuma nak generasi masa depan kita membesar dengan penuh kesediaan dan keyakinan...tu je...kita berusaha dan mencuba, Allah jua yang menentukan...apa nak dikata...

Thursday, October 30, 2008

Antara Kempen dan Character Assasination

Sekarang semua tengah kempen, melobi...dan segala yang berkaitan dengannya...

Akan ada rombongan-rombongan...ya la, dah nak cuti sekolah kan...akan ada kenduri-kenduri sponsor...akan ada macam-macam....

Pada aku korang nak kempen macam mana pun kempen lah...masing-masing ada cara...yang banyak duit dah itu gayanya...nak halang pun payah...bukan tak pernah halang, tapi tetap itu jugak yang berlaku...

Cuma satu cara kempen yang aku tak berkenan, iaitu character assasination...menjahanamkan nama peribadi calon lawan dengan pelbagai taktik kotor...

Ok la, aku cakap tak mau kias-kias....aku memang tak suka KJ...aku tak suka Pak Lah dan aku tak suka Khairy Jamaluddin...baik aku cakap terus terang kan....

Tapi aku tak suka kalau nak jatuhkan dia kita sebarkan gambar yang kita sendiri tak pasti betul sahihnya...

gambar berikut kini heboh diperkatakan....



tapi sebagai orang yang pernah terlibat jugak la dalam pengeditan gambar ni...ni pemerhatian aku...(boleh click kat gambar untuk baca nota pengamatan aku)



Tu pasal aku kata, aku tak suka kalau nak jatuhkan dia, kita bunuh karakter cara ni...sebab seperti mana orang boleh doctored gambar macam ni, maka akan ada la pulak orang yang akan doctored gambar pemimpin kesayangan kita, atau calon pilihan kita....

Aku lebih suka kalau kita dedahkan segala keburukan dan kejahatan dalam negara yang dia buat...penggadaian negara, pengkhianatan bangsa...dan jugak segala macam tipu helah dia dan Pak Mertua dia dalam Kerajaan dan negara...

Dengan cara ni kita akan dapat menjatuhkan dia dengan cara terhormat, iaitu dengan cara menyedarkan akar umbi bahawa ini orang tak boleh jadi ketua...

Macam tu jugak lah yang kita buat masa nak desak Pak Lah supaya serahkan kuasa ni...kita tak jatuhkan dia dengan cara bunuh karakter...tapi kita dedahkan segala perkara2 tak betul yang dia buat yang menjahanamkan negara...

Tapi tu lah kan...masing-masing dengan cara masing-masing nak kempen...aku hanya kata ini pendapat peribadi aku saja...aku tetap tak suka KJ dan aku berharap dia akan kalah dalam Pemilihan nanti....sebab kalau dia menang sure kena masuk Kabinet dan aku tak hingin tengok dia dalam Kabinet...

Pandai-pandai korang lah nak kempen macam mana pun ya...jangan kasi menang itu orang ya...hehe...apa nak dikata...

Tuesday, October 28, 2008

Pengumuman: Tun Mahathir di Awani dan Bloomberg

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA:

YANG AMAT BERBAHAGIA TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KITA KASIHI AKAN DITEMURAMAH DALAM DUA RANCANGAN TELEVISYEN PADA:



TARIKH : 28 OKTOBER 2008 (HARI INI YEEE...)

CHANNEL BLOOMBERG : JAM 1 TENGAHARI (dijangka mengenai ekonomi dan Bagaimana USA sekarang mengambil langkah sama untuk bailout syarikat seperti Tun lakukan dulu)

CHANNEL ASTRO AWANI : JAM 9 MALAM
(dijangka sekitar Pemilihan UMNO)



HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH.

Monday, October 27, 2008

Zain dan Playhouse Disney Channel...

Zain dah mula pandai tengok cartoon...dan memilih pulak tu!!!

Yang dia suka tengok ialah Word World, Handy Manny dan Noddy....yang paling dia benci ialah Johnny Sprites dan Pocoyo...

Part yang susah ialah dalam TV mana boleh pilih...kena tengok je la...dia tak paham...





Word World hanya ada dua kali sehari, pagi pukul 8.30 dan petang pukul 7.30...dua kali tu ja la yang dia boleh tengok...habis je dia nangis...

So terpaksa la aku sebagai bapak yang rajin terlebih ni cari kat Youtube clip-clip Word World ni...bagus sebenarnya cerita ni tau...kalau sesapa rajin tengok la, setiap hari kat Channel 613, Playhouse Disney Channel pada masa yang aku bagitau tadi...


Macam ni la Zain seronok tengok Word World....



Budak-budak zaman ni advance kan, belum umur tiga bulan dah pandai tengok TV...aku tak tau la zaman aku dulu...tapi rasanya tak dak la macam ni semua...betul la kata, Dunia dah berubah, zaman makin maju...hehe...apa nak dikata...

Sunday, October 26, 2008

Tiga Penjuru Untuk Ketua Pemuda...

Nampaknya pertandingan tiga penjuru bakal berlangsung bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO...setakat jam 1 tengahari tadi Dato' Seri Khir Toyo dah dapat 40 pencalonan, maka beliau layak untuk bertanding bersama Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz...

So kita bakal tengok apa yang akan berlaku dalam tempoh berkempen yang amat panjang ni...

Kalau sapa-sapa nak tolong berkempen untuk calon, atau nak dikempenkan...ada beberapa tips dan taktik yang boleh diperolehi di SINI...boleh belajar ye...hehe...

Begitu lah ye...apa nak dikata...


Thursday, October 23, 2008

Dah Tak Mau Kerajaan Pulak Dah...

Ambil alih kerajaan, bukan lagi keutamaan - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.

"Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi," katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.



Hari tu beriya-iya tukar tarikh merata..."I have the numbers..."...."Still on track..."....

Tiba-tiba sekarang dah tak mau pulak dah....

Kalau aku kata pembohong ramai yang marah...tapi itulah hakikatnya...

Padan-padanlah menipu tu...dan padan-padan lah kena tipu tu...hehe..apa nak dikata...

Wednesday, October 22, 2008

Kalau Full Accessories Memang La Mahal...

Aku jalan2 kat alam maya terjumpa satu artikel ni...nak kongsi dengan semua pembaca...

Kan ke bising kata Malaysia beli helikopter EUROCOPTER dengan harga RM 193juta, manakala Brazil pulak beli dengan harga RM 82juta...

Sebenarnya beza antara dua tu adalah macam KIA Carnival dan NAZA Ria...KIA Carens dengan NAZA Citra....dan jugak macam beza antara Proton Persona full accessories dengan yang bukan full accessories...

Helikopter Brazil tu diorang buat sendiri melalui Syarikat Kerajaan Helibras dan pakai lesen Eurocopter...macam kita pasang kereta NAZA keluaran KIA tu la...



Ni butiran selanjutnya...

Specifications (Cougar EC 725) MALAYSIA

General characteristics

* Crew: 2 (pilot + co-pilot)
* Capacity: 1 chief of stick + 28 troop seats
* Length: 19.50 m (63.98 ft)
* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
* Height: 4.60 m (15.09 ft)
* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
* Loaded weight: 11,000 kg (24,250 lb)
* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
* Max takeoff weight: 11,200 kg (24,700 lb)
* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each

Performance

* Never exceed speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
* Maximum speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
* Cruise speed: 285 km/h, 177 mph (154 kts)
* Range: 857 km, 532 mi (463 nm)
* Service ceiling 6,095 m (20,000 ft)
* Rate of climb: 3.6 m/s (710 ft/min)


Specifications (Cougar EC 725) BRAZIL

General characteristics

* Crew: 1
* Capacity: 24 troop seats
* Length: 19.50 m (63.98 ft)
* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
* Height: 4.60 m (15.09 ft)
* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
* Loaded weight: 10,000 kg (22,000 lb)
* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
* Max takeoff weight: 10,500 kg (23, 100 lb)
* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each

Performance

* Never exceed speed: 278 km/h (150 knots, 173 mph)
* Maximum speed: 249 km/h (134 knots, 154 mph)
* Cruise speed: 239 km/h (129 knots, 148 mph)
* Range: 573 km (310 nm, 357 mi)
* Service ceiling 3,450 m (11,319 ft)
* Rate of climb: 7.2 m/s (1,417 ft/min)

Cuba bandingkan antara kedua spesifikasi tu...nampak bezanya....

So sebab tu kita tak pertikai kalau jiran kita beli kereta yang sama model dengan kita tapi lebih murah...pasal dia tak ambik sport rim, tak mau tinted, tak mau spoiler...tapi kita nak semua sekali ada, jadi kalau mahal jangan la marah...hehe...apa nak dikata...

Tuesday, October 21, 2008

Nak Lawan Tun...Try La Jawab...

Seronok tengok air muka Pak Lah masa dia bidas Tun Mahathir kat Sabah baru ni..hehe..macam nak terjojol bijik mata dia bercakap..biasa la Pak Lah...sikit orang tak gerun tengok dia marah...lagi nak tergelak ada la...

Hari ni Tun Mahathir jawab kat Blog Beliau...ya la, mana ada newspaper nak temuramah, so kena pakai blog la sebagai lidah rasmi kan...

BIDAS MEMBIDAS

1. Saya terkejut apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli UMNO saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

2. Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan UMNO dalam tahun 1970. Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli UMNO (saya telah disingkir oleh UMNO pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja.

3. Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli UMNO setelah letak jawatan sebagai Presiden UMNO saya juga tidak dibenar berjumpa ahli UMNO dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi. Ahli UMNO juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam Kerajaan dan parti.

4. Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab UMNO Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat UMNO.

5. Ternampak jelas samada saya ahli UMNO atau tidak saya tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan UMNO atau berkenaan apa-apa perkara lain.

6. Seperti biasa "orang Pak Lah" menyokong bidasan terhadap saya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hanya Dato Seri Rais Yatim dengan berani bertentangan dengan Perdana Menteri dan berkata saya berhak memberi pandangan saya.

7. Buat kali pertama saya bersetuju dengan "orang Pak Lah" bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai "elegant silence" Tun Musa. Tetapi samada saya bidas balik adalah hak saya juga. Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya.


Hehe..nak lawan orang tua ni kena betul-betul ilmu penuh di dada Pak Lah ooii..setakat baru belajar bangun tidur masa mesyuarat tu tak yah la lawan...

Apa lagi..jawab la...Menteri-menteri yang bertindak lidah rasmi Pak Lah pun apa lagi tunggu..bidas la balik...hehe...tahap tu saja la...apa nak dikata...

Monday, October 20, 2008

Tarik Diri Pulak...Apa Kata Penasihat?

Shahidan tarik balik hasrat tanding Naib Presiden UMNO

20/10/2008 7:37pm

KANGAR 20 Okt. — Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menarik balik hasratnya untuk bertanding kerusi Naib Presiden Umno sebaliknya akan memberi tumpuan kepada kerusi anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu berkata, perkembangan terkini menunjukkan banyak yang bertanding kerusi itu dan berpendapat bahawa beliau perlu memberi peluang kepada yang lain termasuk calon yang mewakili negeri-negeri wilayah utara.

“Walaupun saya percaya banyak bahagian yang akan terus memberi pencalonan kepada saya namun saya akan memberi tumpuan bagi kerusi MT,” katanya ketika menghubungi Bernama.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada bahagian-bahagian yang telah mencalonkannya bertanding jawatan Naib Presiden.

Shahidan berkata, sehingga kini Badan Perhubungan Umno Perlis hanya mencadangkan beliau untuk mewakili Perlis bertanding kerusi MT.

Setakat ini Shahidan menerima sembilan dari 10 pencalonan yang melayakkan bertanding kerusi MT.

— BERNAMA

Tu la pasal...sepatutnya kena awal-awal Dato' Seri betul-betul buat keputusan...penasihat tu kena betul...

Ni dengar sangat cakap penasihat yang nasib dia pun tak kemana tu...hari tu PRU 12 orang tu nak sangat jadi calon...mana ada nama?...Pun Dato' Seri pakai cakap dia lagi...tah la...apa nak dikata...

Saturday, October 18, 2008

Anda Puas Hati Dengan Kerja Anda?

Letih jugak cerita politik dua tiga menjak ni...

Apa kata kita santai-santai sikit....

Selalu jugak dengar orang merungut pasal kerjaya masing-masing...letih la kerja...opis tak best la...bos tak best la...staff tak ngam la...gaji kecik la...gaji tak padan kerja la....macam-macam...

Apa kata kita tengok beberapa gambar yang aku dapat dari e-mail ni...ni kerja-kerja yang pada aku amat mencabar dan membuatkan aku rasa amat bersyukur dengan kerja aku sekarang ni...


Jenuh jugak nak cari wayar-wayar kat sini...


Hehehe...


Ni aku tak tau apa yang dia selam kan...


Tak salah aku ni kerja dia keluarkan semen dari kuda ni...


Errrr...ni tah apa yang nak dicucinya...


Ni maybe Quality Controller kot...


Ni promoter rasanya...


Ni semua tahu la kan...pembersih benda alah ni...

So puas hati tak dengan kerja anda sekarang?

Rupanya ada lagi kerja yang lebih susah kan...Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...kalau tak mau bersyukur jugak...tah la..apa nak dikata...

Titah Tuanku Patik Junjung...Tapi Ada Yang Bangkang!!

Aku dah post sebelum ni pasal Perutusan Khas Majlis Raja-Raja Melayu...antara kandungan Titah Duli-Duli Tuanku adalah :

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
Rata-rata anggota masyarakat dan pemimpin menyahut baik Titah Tuanku tersebut kerana sememangnya memberi check and balance kepada masyarakat samada Melayu dan Bukan Melayu...

Tapi hari ni ada satu Melayu yang tak bersetuju dengan Titah Tuanku tu...

Rakyat berhak persoal Kontrak Sosial - Khalid

SHAH ALAM 17 Okt. - Rakyat berhak mempersoalkan Kontrak Sosial sekiranya terdapat kepincangan ketika melaksanakan mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kewujudan kontrak tersebut tidak bermakna rakyat boleh disekat daripada bersuara jika mendapati hak mereka dinafi atau dipertikaikan.

Tah la apa nak cakap...heran betul..kenapa susah sangat nak bersetuju dengan pendapat lain?

Walhal yang keluarkan pandangan tu adalah Majlis Raja-Raja Melayu...bukannya pimpinan mana-mana parti politik....

Kenapa setiap apa yang keluar dari mulut bukan pendokong anutan yang sama akan ditentang dan dibangkang?Heran betul aku...benda yang baik kalau siapa sekalipun yang sebut, maka kita sahut dan terima...benda yang tak elok kalau kawan kita sekalipun yang bawakan maka kita tolak...Ini sampai kawan kita bangga makan "sedekah" seks pun kita diam saja..takde nak kutuk ke apa ke...

So masing-masing, khususnya Melayu boleh fikir lah tengok lepas ni...digest elok-elok kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana jugak pihak, dan buatlah judgement yang betul untuk masa depan nanti...seorang muslim yang sebenar tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali...apa nak dikata...

Thursday, October 16, 2008

Antara Perutusan Khas Raja-Raja Melayu dan Suruhanjaya Kehakiman Pak Lah...

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke 215 yang berlangsung di Terengganu kali ini menyaksikan betapa Raja-Raja Melayu kita mengambil berat tentang keadaan negara yang agak kacau bilau baru-baru ni...bukan kacau macam mana, cuma ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan dari kelemahan pentadbiran Pak Lah dan menangguk di air keruh dengan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan beberapa peruntukan lain seperti Kontrak Sosial...

Kat bawah ni aku share dengan semua kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu...

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Pernah dengar Majlis Raja-Raja Melayu kena buat perutusan sebegini rupa masa zaman Tun Mahathir??

Tak pernah kan...sebab kebijaksanaan pemerintahan Tun Mahathir berjaya mengekang anasir-anasir yang tak sihat ni dari berleluasa...memang ya pentadbiran Tun Mahathir mengurangkan sedikit kuasa Raja-Raja Melayu, tetapi aspek mana?Aspek kekebalan mereka kepada Undang-Undang Negara...masa tu kalau korang ingat lagi, ada beberapa kes yang melibatkan Kerabat Di Raja tetapi tak mendapat keadilan sewajarnya, maka aspek ini yang diambil kira oleh Tun Mahathir...

Namun Raja-Raja Melayu tidak bising pasal hak Tuanku-Tuanku semua masih terjaga dan kestabilan negara terbukti...manakala hari ini sampai memerlukan perutusan sebegini rupa...

Sebab itu aku selalu highlight kan bahawa kelemahan pentadbiran Pak Lah hanya menguntungkan satu pihak, iaitu pembangkang...diorang jadi kuat kerana kelemahan Pak Lah...Pak Lah gagal menyatukan orang Melayu, malahan lebih memecahbelahkan mereka...Pak Lah gagal menjaga kestabilan negara, malahan menjadikan puak-puak radikal seperti Hindraf dan lain-lain ambik kesempatan memburukkan nama negara...

Walaupun Pak Lah dah nak turun, tetapi tempoh yang diberikan sehingga Mac 2009 ni agak lama...Tan Sri Muhyiddin dah sound tadi bahawa tempoh lama ni akan mengganggu tugas-tugas calon-calon yang memegang jawatan kabinet...ya la kan, sebab tempoh dari Oktober 2008 sampai lah ke Mac 2009 ni adalah kira tempoh berkempen untuk calon-calon yang cukup jumlah pencalonan diorang...so kalau calon yang tak pegang apa-apa jawatan tu ada lah masa nak kempen dan lobi, tapi yang pegang jawatan Kabinet ni alamatnya kurang lah masa...

Lagipun tempoh yang panjang tu hanya akan membuatkan Pak Lah lebih banyak masa merosakkan negara...

Ni ada 5 suruhanjaya yang dia nak buat sebelum turun...

Antaranya yang pada aku agak penting kita tengok ialah Suruhanjaya Kehakiman...tahu apa benda tu?

Macam ni...sekarang ni, perlantikan Hakim ialah di tangan Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di Pertuan Agong...maknanya Ketua Hakim Negara akan serahkan nama Hakim yang dicadangkan kepada PM, PM pulak setelah bersetuju akan kemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan Tuanku....

Tapi melalui Suruhanjaya ni, satu Suruhanjaya akan dilantik untuk mencadangkan nama kepada PM...dan Suruhanjaya tu diwakili oleh macam-macam orang, antaranya wakil Majlis Peguam (yang dikuasai oleh peguam-peguam bukan Muslim yang selalu buat kacau)...

So Suruhanjaya ni akan bertindak bagi nama kepada PM dan kemudian PM kemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong...

Masalahnya...andai kata lah Suruhanjaya mengemukakan satu nama kepada PM, contohnya Hakim Arumugam (bukan nama sebenar) untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara nanti...kemudian Perdana Menteri tidak bersetuju atas sebab-sebab yang tidak dapat di beritahu...maka definitely Suruhanjaya akan mengemukakan bantahan dan menyatakan itu ialah misconduct...

Tu satu hal...satu hal lagi...tidak kah kita rasa pelik bahawa Peguam lantik Hakim????Nanti dalam court, peguam boleh jeling Hakim..."Deyy...awak sana atas duduk saya sini bawah jugak ada lantik tau..!!"...tak jadi penghakiman yang salah ke???

Tu pasal sekarang ni kita kena bantah perlaksanaan Suruhanjaya Kehakiman ni...yang lain-lain tu akan aku sembang lagi dalam entri lain, tapi pada aku yang penting sangat ialah Suruhanjaya Kehakiman ni, jangan bagi ianya terjadi dan tertubuh pun...pasal itu ialah hak mutlak Perdana Menteri dan Yang Di Pertuan Agong...takkan nak kongsi dengan peguam pulak kot...chit yennadey...apa nak dikata...

Tuesday, October 14, 2008

Maka Bermulalah Agenda Memburukkan Najib...

Dah agak dah....

Mana ada dalam dunia ni bila seseorang nak letak jawatan, siap ada tempoh untuk dia berada dalam jawatan tu selama 5 bulan...bukan kecik jawatan pulak tu, tapi Perdana Menteri...jawatan yang membolehkan segala yang tidak boleh dilakukan dapat dilaksanakan...

Sepanjang tempoh 5 bulan ini lah orang yang sepatutnya dah berambus dari tampuk pemerintahan tu akan berusaha memburukkan pengganti beliau...dengan satu niat sahaja, iaitu untuk menyatakan bahawa lebih baik aku dari dia....

Ditambah dengan penyertaan bersama Pembangkang yang sememangnya tak sukakan Datuk Seri Najib, maka agenda memburukkan Najib bermula...

Melalui Malaysia Today dikeluarkan transkrip sms yang dikatakan berlaku antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam Razak Baginda...

Panjang sangat sms-sms tu semua, malas aku nak letak kat sini, korang cari la dari mana-mana tempat lain...

Soalan aku ialah, macam mana boleh keluar transkrip sms tu? Najib pakai MAXIS...adakah MAXIS begitu mudah dalam mengeluarkan rekod sedemikian rupa...Rumah aku last week kena prank call pun bila call TM tanya nak tahu incoming calls punya numbers dia boleh jawab no such service...melainkan ada 'tangan' ajaib yang mem'boleh'kan rekod sedemikian dikeluarkan la...

So kerjasama erat antara pihak-pihak yang nak menjatuhkan Najib pun dimulakan...

Kemudian kisah pembelian helikopter pulak...keluar lah surat pasal pembelian ni la...konon komisyen la...macam-macam kisah la....

Maka satu persatu dakyah akan dikeluarkan dan dibuat untuk menjatuhkan reputasi Najib yang bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia...

Kenapa?

Pasal Najib ada akal...ada otak...InsyaAllah Najib akan berusaha bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengembalikan kekuatan dan kedaulatan UMNO serta meninggikan semula kedudukan Barisan Nasional...

Maka Pembangkang merasa tergugat setelah mengecapi kenikmatan berada pada tahap terbaik mereka dibantu oleh kelemahan Abdullah Ahmad Badawi...mereka tahu bahawa kedudukan mereka akan tergugat bila Najib mengambil alih...sebab tu tak pernah kita dengar kritikan terhadap Pak Lah dari Anwar Ibrahim...Lim Kit Siang..atau Karpal Singh...yang selalu kena ialah Najib...walhal Najib hanya nombor dua...

Dalam masa yang sama usaha menjatuhkan nama baik Najib..usaha 'mengaut' kekayaan oleh pihak2 berkaitan pun ligat berjalan...mana taknya...ini lah peluang keemasan 5 bulan yang disajikan...macam orang yang dah tau tarikh nak mati, maka akan digunakan saki baki hari hidupnya untuk enjoy sepuas hati...makan apa nak...berjalan mana terlintas..mengurat sapa yang dia suka...kahwin cerai ikut suka...pasal dia tahu hanya ini masa dia...hehe...

Tapi yang paling kesian dalam semua ialah orang yang takkan sedar diri dok kena tipu...sentiasa mengagungkan yang tidak sepatutnya...meletakkan Islam sebagai benteng nama perjuangan tetapi tak menghormati Islam itu sendiri...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha adalah tindakan yang betul.

“Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.

“Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.

“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.

Kalau dah kena di hati tu...semuanya jadi sama macam Rasulullah S.A.W. dah!!!

Hari tu Nabi pun berkroni...ni dah perjuangan Anwar 'Still on Track with The Numbers' Ibrahim pun dah jadi macam Rasulullah....apa nak jadi Pok Nik weih...

Kalau korang tak percaya korang tunggu tengok la...saki baki 5 bulan ni akan dipenuhi dengan penjatuhan terhadap Najib dan pengkayaan oleh KJ, Kamaludin dan konco-konconya...manakala PAS akan terus digunakan sebagai lidah kononnya Islam mereka untuk memujuk rakyat mempertahankan pakatan mereka...

Kalau lah para perwakilan Bahagian sekarang boleh push untuk Pak Lah terus letak jawatan sekarang kan bagus...tak yah tunggu Mac 2009...pasal makin tunggu makin jahanam la jawabnya....tapi apa kan daya...kena sabar lah ye Tok Jib...apa nak dikata...

Saturday, October 11, 2008

Good Old Days...

Dua tiga hari ni aku berpeluang in touch balik dengan kawan2 aku yang dulu sama-sama bersekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Al-Irsyad, Kepala Batas, Pulau Pinang...



Batch kami masuk sekolah Form One tahun 1985, ambik SRP tahun 1987, then ambik SPM tahun 1989...

Lepas tu masing-masing bawak hal sendiri...yang kahwin, yang sambung study, yang kerja...semua ada...

Atas inisiatif kawan-kawan aku, diorang kumpulkan semula kawan-kawan lama melalui Yahoo Groups...so dapat la bersembang melalui e-mail...tengok gambar-gambar 'perkembangan' kawan-kawan lama...

Masing-masing dah berjaya...ada yang bisnes hebat, ada yang kerja tinggi kat dalam PTD, ada yang pangkat tinggi dalam syarikat swasta yang besar...

Ada yang maintain saiz badan...ada yang berubah gila-gila, dulu sebesar buah kurma sekarang sebesar buah kelapa...hehe...ada yang dulu gelap sekarang putih...ada yang sebaliknya...macam-macam perubahan la...

Ya la...dah 19 tahun kami tak jumpa...ada la kalangan dua tiga orang yang aku pernah jumpa, tapi majoriti tak pernah tengok...sampai kena mintak gambar untuk cam semula...hehe..

Ini lah bagusnya teknologi kan...kalau dulu nak jumpa macam ni kena tunggu Alumni la...tu pun belum tentu semua boleh hadir...kemudian teknologi makin maju dengan hanya melalui telefon kita boleh berhubung...la ni kita boleh buat conference tanpa ada dekat-dekat pun...melalui e-mail, group page, blog atau segala tu kita boleh jumpa dan sembang...tapi tak seseronok live in person la kan...

Melalui kawan-kawan aku jugak aku dapat tahu beberapa orang cikgu kami dulu dah kembali ke Rahmatullah...Al-Fatihah untuk Guru-guru aku yang dah tak ada....

Satu yang bagusnya bila kita mengimbau kenangan lama ni, kita akan dapat belajar tentang sejarah...setiap yang dah berlaku adalah sejarah...maka kita berpeluang membetulkan sejarah dalam hidup kita...bukan mengubah tapi membetulkan...

Kalau ada yang tak kena sebelum ni, maka kita harus memperbaikinya...

Macam tu jugak la dengan realiti kehidupan kita hari ni...setelah puas mendesak, maka Pak Lah dah bersetuju untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO...maka kini pilihan di tangan Perwakilan UMNO pada MAC 2009 untuk memilih Presiden yang bakal memimpin negara...Datuk Seri Najib dah kata akan bertanding Presiden...andai ada pertandingan (khabarnya Ku Li akan lawan)...maka kena pilih dengan bijak...pasal kita perlu belajar dari kesilapan...

Ku Li mahu bentuk kerajaan campuran jika menang Presiden UMNO

KOTA BHARU: Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini berkata beliau akan mengesyorkan pembentukan kerajaan campuran atas nama perpaduan membabitkan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang sekiranya dipilih sebagai Presiden UMNO, Mac depan.

Beliau berkata, idea membentuk kerajaan perpaduan mirip penubuhan BN yang diilhamkan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat.

Katanya, idea itu tercetus ketika pertemuannya dengan tiga pemimpin pakatan pembangkang terdiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, baru-baru ini.

Dulu Mantan PM kita yang dikasihi, Tun Mahathir pernah mengaku silap kerana melantik pengganti salah orang (orang tersebut pernah terlibat dengan kes pengharaman UMNO 1988, cuma dia tak bertindak bakar jambatan saja..tapi kengkawan dia semua burned the bridge dah...)...so kita kena tahu jugak bahawa Ku Li pernah menubuhkan Semangat 46, bertanding menentang BN pada satu ketika...so adakah kita nak sekali lagi megulangi sejarah dengan tersalah pilih....fikirkan betul-betul ya.....jangan tersalah kali kedua...kalau tersalah jugak...apa nak dikata...

Thursday, October 9, 2008

Sembang Selepas Raya...

Demam...

Itu memang kebiasaan la lepas raya kan...especially lepas dah makan segala macam makanan, menempuh perjalanan jauh pelbagai cuaca, maka semalam bermula aku selsema...diikuti demam dan sakit urat...adeh...

Lepas tu wife aku pun mula mengadu kerongkong gatal...petanda nak selsema jugak la tu, kemudian anak yang paling kecik, Zain, dia belum pandai mengadu, tapi dia menangis sambil hidung berbunyi sikit...alamak, baby kalau tak sihat ni siap la...

Maka malam tadi dia berjaga la sikit, merengek-rengek...menangis-nangis...

So hari ni terpaksa la ambik MC dari tuan doktor...terpaksa beb...hehe...

Tapi dalam pada demam tu pun, kita sempat dengar beberapa berita yang menggembirakan...antaranya Pak Lah takkan mempertahankan kerusi Presiden UMNO, maka secara automatik Pak Lah akan kekal menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO sehingga Mac 2009....

Terfikir aku satu perkara...andai sesebuah syarikat besar, bila CEO dia letak jawatan, walau berbaki banyak mana sekalipun tempohnya, akan disuruh ambik cuti kan...pasal untuk mengelakkan sabotaj dan lain-lain unsur...maklumlah kalau dah orang nak letak jawatan ni maka dia akan ambil lewa terhadap macam-macam hal...tah la...

Walau nak bergembira pun, kena tunggu sampai Mac 2009...bukan confirm sangat lagi tu...dah banyak kali kencing...hehe...

Kemudian timbul la pulak macam-macam nama yang nak bertanding post besar-besar...maklumlah dah banyak kosong...Ali Rustam pun nakkan Timbalan Presiden, Zahid Hamidi mula-mula nak jugak, tapi sedar diri dan kembali untuk hanya Naib Presiden...terbaru yang paling menarik..Mat Taib a.k.a Mike Tyson pun nak Timbalan Presiden...hehe...kena tengok Prestation dia la pulak...

Sementara tu mana dia cerita pasal orang yang topple government ni?

Teringat masa raya hari tu, kebetulan ikut ipar aku pegi rumah seorang kenalan ni, yang merupakan orang kuat kat Selangor sekarang, dia ni Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam...so terkeluar la soalan-soalan panas...antaranya pasal topple government ni...dia kata "nama dah ada...tapi tah apa pasal la lagi..."...hehe...aku sekadar senyum je la...yang chief kata "we have the numbers.."...anak buah kata "nama dah ada..."....then dia alihkan cerita ke topik lain...last2 bila timbul sekali lagi isu tu, dia kata..."Selangor ni pun kita pening, tambah pulak Malaysia..."...hahaha...masa tu memang aku tergelak betul-betul...pasal pada aku ni ialah ayat yang keluar dari kalangan mereka yang bertungkus lumus bekerja untuk PR...bukan setakat menyokong tepi-tepi jalan saja....kalau dia cakap macam tu, maknanya lu pikir la sendiri kan....

Kembali ke alam nyata, nampaknya gaya hidup lepas raya ni kena ubah la...kemarin pi beli lauk untuk makan tengahari kat Kedai Juriah, yang kalau sebelum puasa rata-rata aku beli dalam RM 10 ke RM 14 saja...kemarin dah jadi RM 17!!!!Nak kata sebab banyak kedai belum bukak maka dia menangguk di air keruh ke aku pun tak pasti....

Isnin depan aku ada satu perjumpaan...aku pun tak pasti pasal hal ni, tapi aku harap ianya akan jadi satu titik permulaan yang baik untuk diri aku dan keluarga...aku malas jugak nak pergi, tapi wife aku kata elok lah pergi...dah beberapa kali aku berpengalaman, instinct dia akan betul dalam hal-hal macam ni...so elok lah aku pergi...apa ceritanya?..nanti2 la kalau ada kelapangan aku story...bahaya seh!!hehe...

Baki Oktober, November dan Disember ni ada banyak benda nak buat...aku kena habiskan sejumlah budget yang aku sendiri tak tahu ada diluluskan di bawah peruntukan aku untuk jabatan aku!!!Banyak pulak tu...so aku kena gunakan sebanyak mungkin...buat program banyak-banyak...apa nak dikata...

Saturday, October 4, 2008

Selepas Raya...

Musim balik kampung dah nak selesai...semua pakat-pakat nak balik ke tempat kerja masing-masing dah...aku pun akan balik ke Perlis lepas ni...

Pagi raya baru ni ada biras aku tegur..."Pakai Biru ni sebab nak sambut 'PM' baru ke???"...hehehe...





Sebenarnya takde niat pun...saja pilih warna tu...hehe...ehhhh...bukan ke ada janji sesuatu 1 Oktober????Aku sibuk sangat beraya ke sampai aku tak tau apa berlaku???Hehehe...

Tak banyak sangat perubahan gelombang politik kita sejak raya hari tu...Selain dari puak-puak HINDRAF yang serbu rumah terbuka PM dan Menteri Kabinet di PWTC tu...dan jugak 'semua manusia adalah adik beradik' oleh Nik Aziz tu..tak banyak yang boleh kita cakap...

Pasal pemilihan UMNO yang ditunda ke Mac 2009 pun ada sikit-sikit la berita...Zahid Hamidi pun nak bertanding Timbalan Presiden...hehe...Syok jugak baca Lawak Orang Perak : Zahid Hamidi dan Akor Umbi...hehe...

Oh ya...rasanya kita semua tunggu jugak apa Pak Lah nak kata sebelum 9 Oktober ni kan...adakah dia nak bertanding??Pun ada lawak pasal Pak Lah dan tarikh dia nak berhenti ni...hehe...

Apa lah nasib kita rakyat Malaysia ni ye...dapat PM kelima pun kaki putar alam, asyik tunda saja....dapat Ketua Pembangkang pun putar alam jugak...asyik 'still on track' dan dengan 'I have the numbers' dia saja....

Masalahnya dua-dua tu dari negeri aku, Penang!!!

Buat malu negeri saja la...apa nak dikata...