Andai semalam anda menonton Buletin Utama di TV3, anda dapat saksikan bagaimana GAPENA pun turut buat satu seminar untuk lihat kesan PRU 12 kepada Melayu di Malaysia..
Tapi yang menghairankan aku ialah kenapa beberapa panel dalam tu mengatakan bahawa Tun Mahathir telah mengenepikan Bahasa Melayu dalam pendidikan di Malaysia?Profesor Zainal Kling semalam terang-terang kata bahawa Tun M telah buat macam tu...
Aku adalah generasi yang belajar di sekolah kebangsaan dan menengah dalam Bahasa Melayu keseluruhannya, termasuklah Matematik dan Sains...Bila sampai masa anak-anak aku, Matematik dan Sains dipelajari dalam Bahasa Inggeris.
Aku pernah tanya anak aku yang sulung, Adam (kini dalam Tahun 3 sekolah kebangsaan)tentang pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, adakah susah, dia kata "Kenapa?Dulu Baba belajar macam mana?" bila aku kata dalam Bahasa Melayu, dia kata "Entah, abang rasa ok ja"...
Kemudian aku tanya abah aku, bekas guru pencen yang terkenal di Butterworth dengan tusyen Matematiknya, Cikgu Lah...dia kata "Dulu abah belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris dan memang lebih mudah untuk fahamkan Matematik dalam Bahasa Inggeris"...Tu pandangan neutral abah aku (beliau bukan orang UMNO ya..)...
Yang mengherankan aku...kenapa kita tak suka anak-anak kita lebih baik dalam Bahasa Inggeris?Adakah dengan mengajar anak-anak lebih di dalam Bahasa Inggeris akan membuatkan mereka lupa kepada bahasa ibunda mereka?
Anak-anak aku kuat Bahasa Inggeris diorang (walaupun kami tinggal di Perlis dan memang penguasaan Bahasa Inggeris di sini agak kurang) tetapi anak-anak aku, especially yang sulung tu amat membanggakan aku di dalam Bahasa Inggeris. Aku biarkan diorang menonton Cartoon Network, Disney Channel dan Nickelodeon semata-mata untuk bantu mereka menguasai Bahasa Inggeris. Aku dan isteri banyakkan berkomunikasi dengan diorang dalam Bahasa Inggeris semata-mata untuk menguatkan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut...Tetapi tak bermakna kami menidakkan Bahasa Melayu...Mereka tetap bertutur dengan bagus dalam Bahasa Melayu...
Kenapa kita berbangga kalau di antara kita fasih berbahasa Arab? Adakah pandangan kita hanya tinggi kepada Bahasa Arab semata-mata kerana ia adalah bahasa ahli syurga?Kerana ia Bahasa Al-Quran?
Sebenarnya Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ialah di antara ilmu-ilmu yang Allah SWT suruh semua manusia cari...Allah suruh semua manusia mempersiapkan diri dengan semua Ilmu yang ada..termasuklah Bahasa Inggeris...
Aku berpengalaman menyertai beberapa forum online di alam maya...bila aku hantar satu posting dalam Bahasa Inggeris (tak kira lah lawak jenaka atau sebarang rencana)..feedback yang aku selalu dapat ialah.."Uncle, tolong translate boleh?"..."Uncle, tak paham la.."..."Uncle, BI saya lemah la.."...apa perasaan kita bila dengar tu semua?
Sewajarnya kita rasa rugi kerana kita tak dapat menguasai Bahasa Inggeris kerana hampir kebanyakan sumber maklumat yang ada kini adalah di dalam Bahasa Inggeris...Kenapa anak-anak muda kita boleh mendengar malahan menyanyikan lagu-lagu Inggeris (tak tahu lah samada faham makna atau tak..)..?Kalau lagu Inggeris boleh mendapat tempat di Malaysia, kenapa pengajian Matematik dan Sains serta sumber-sumber ilmu yang lain di dalam Bahasa Inggeris kita nak tolak?
Pada aku benda ni sebenarnya terletak pada diri masing-masing...Andai kita benar-benar inginkan sesuatu..kita akan lakukan sedaya yang boleh...Pernah aku dengar keluhan guru-guru yang komplen pasal nak kena mengajar dalam Bahasa Inggeris ni...pada aku..Kalau ada guru yang mampu deliver pengajaran dengan sempurna dalam Bahasa Inggeris, kenapa sesetengah yang lain tak mampu??Background yang sama...Maktab Perguruan yang sama...Syllabus pengajaran yang sama...apa yang tak sama?? Aku rasa kemampuan bertutur Bahasa Inggeris yang tak sama...maknanya ia adalah kelemahan peribadi..bukannya kelemahan sistem..so kena tingkatkan keupayaan peribadi la...
Sebagai seorang bapa yang ada anak-anak nak menuju masa depan yang lebih baik..aku amat berharap pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris akan berterusan..di samping terus mendidik anak-anak di rumah dalam penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih baik, aku akan tetap mengutamakan Bahasa Melayu di kalangan diorang..InsyaAllah diorang takkan lupa pada bahasa ibunda diorang...
Kalau ramai yang tak mau diteruskan dalam Bahasa Inggeris dan ianya dimansuhkan, aku terpaksa ikut la kan...nak buat macam mana..tapi aku sendiri akan ambik inisiatif sendiri kepada anak-anak aku...apa nak dikata...
5 comments:
tu la uncle kan...
zaman dulu pon org ingris belajar bahasa arab untuk menguasai ilumu islam..
pae pon rasa rugi x blaja english dari dulu.. skrg ni baru la rasa sume tu penting...
a bangla datang malaysia sebulan boleh cakap Melayu. Budak2 sekarang tengok astro .. internet lagi nak belajar orang putih sikit pun tak leh ke?
btw .. kirim salam kat cikgu Lah ..
Sihat dia? Lama tak jumpa.
Bro. awat tak pernah tinggal comment kat my blog? Bagi semangat sikit.
pastu kan kalu ckp inggeris org perli2 kata blagak aa kerek aa..
semua merendahkan semangat kita nak memajukan diri sendiri...
sebenarnya saya kagum dgn budak skolah rendah nih leh paham terms Science and Mathematics. kalu tanya saya pun tak tau ...
->pae..betul tu..ni cakap pasal ilmu aje semua nak agama je..ingat ilmu dunia tak perlu ke..hehe..
->bro Diq..sori la bro..lalai sikit..hehe..check BOXXTOMOI...:D
->Janet..memang betui..selalu lagu tu la bila kita cakap Inggeris..ada saja yang nak patahkan semangat...
Syukur ..nampak dah ramai peminat at your blog .. keep it up. Walau pun I handle blog brutal .. yours and Nad setiap hari I check .. so post kerap2 ok.
Salaam.
Post a Comment