Monday, March 2, 2009

Allah Is God, But God Is Not Necessarily Allah...

Kenapa kalimah Allah hanya khusus buat agama Islam?

Sebenarnya kalau dikaji dari semantik Bahasa Arab, perkataan Tuhan di dalam Bahasa Arab ialah [Ilaah]...sebab itu kita menyatakan [Laa Ilaaha IllalLah], bererti Tiada Tuhan selain Allah...

Sebab itu juga tiada perkataan jamak (plural) untuk Allah, tetapi ada plural untuk [Ilaah] iaitu [Aalihah] bermaksud Tuhan-tuhan...

Sewajarnya God diterjemahkan sebagai Tuhan, bukannya Allah...

Aku tak mau berdebat lebih panjang, tetapi rasanya cukup sekadar aku berikan contoh tiga skrip dari Bible yang aku berikan di bawah (yang telah aku terjemahkan mengikut kehendak pihak yang nak terjemahkan God sebagai Allah)...

Kepada pihak yang beragama Islam tetapi masih mahu menyokong dan menyatakan tidak mengapa digunakan God sebagai Allah...anda baca terjemahan berikut, kemudian tanyakan jauh ke dalam jiwa anda apakah anda tidak risau anak-anak dan golongan muda Islam kita akan terkeliru dan terpesong dengan terjemahan ini...

1. Matthew 3:16–17: "As soon as Jesus Christ was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and landing on him.And a voice from heaven said, 'This is my Son, whom I love; with him I am well pleased.'"

"Sebaik saja Isa dibaptiskan, baginda keluar dari dalam air. Ketika itu syurga dibuka, dan baginda melihat
Roh Allah melayang seperti burung merpati dan hinggap di atas baginda. Dan satu suara dari syurga memberitahu, 'Ini ialah anak Ku, yang Aku kasihi, bersamanya Aku gembira.'"

2. Luke 1:35: "The angel answered and said to her, 'The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you; and for that reason the holy Child shall be called the Son of God.'"

"Malaikat itu menjawab dan menyatakan kepadanya, 'Roh yang suci akan datang kepada kamu, dan kuasa yang paling tinggi akan mengatasi kamu; dan untuk sebab itu anak yang suci akan digelar Anak Allah.'"

3. Isaiah 9:6 "For to us a child is born, to us a son is given, and the government will be on his shoulders. And he will be called Wonderful Counselor, Mighty God, Everlasting Father, Prince of Peace."

"Pada kita akan lahir seorang anak, kepada kita akan dikurniakan seorang anak, dan tanggungjawab akan berada di atas bahunya. Dia akan digelar perunding yang indah,
Allah yang berkuasa, Bapa yang berkekalan, putera keamanan."

Apa macam?

Anda masih merasakan bahawa God itu wajar diterjemahkan kepada Allah??

Allah is God, but God is not necessarily Allah...

Allah adalah merupakan Tuhan (yang sebenarnya yang berhak disembah) tetapi Tuhan tidak semestinya Allah, kerana mungkin Tuhan kamu bukan Tuhan kami iaitu Allah...

Jangan kerana hendakkan kuasa dan pengaruh politik, semua benda kita gadai dan jual...apa nak dikata...

2 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Antara yang menyokong mereka menggunakan Kalimah Allah pada terbitan Majalah catholik itu adalah bijak pandai bijak pandai Islam belaka.

Itulah yang sedihnya. Bila isu ini pun nak dipolitikkan dan nakkan undi Pilihanraya, kesucian Agama pun hendak dikorbankan.

Bayangkan, adakah sama Allah swt yang kita sembah dengan Tuhan mereka?

Unknown said...

kata2 anda disokong..jika dibenarkan,semua agama akan menggunakan Allah sebagai ganti nama Tuhan.

tak dapat dibayangkan berpuluh tahun akan datang,berapa ramai generasi akan keliru sebab mereka akan berkata Jesus anak Allah,Allah adalah Buddha..Nauzubillah.

dan teruskan memberi pendapat.ramai yang rajin membaca kat Malaysia ni.