Tuesday, May 19, 2009

Akhirnya Malaysia Bebas Dari Mat Rempit...

Samseng Jalanan

Betul...tiada lagi masalah Mat Rempit di Malaysia...bermula hari ini...

Tak percaya??

Istilah 'mat rempit' kini ditukar 'samseng jalanan'

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan, kata Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof.
- Sumber

So lepas ni kita takkan dengar lagi masalah Mat Rempit berleluasa...ianya akan digantikan dengan masalah Samseng Jalanan...

Err...filem Remp-It nak kena tukar nama tak?

Jadi kita telah berjaya menyelesaikan satu masalah kan...senang je...apa yang pening kepala lama-lama nak fikir nak selesaikan masalah rempit selama ni...

Lepas ni maybe akan ada beberapa perkataan lain lagi yang akan ditukar dan diganti...mungkin perkataan ragut akan digantikan dengan rompak...maka masalah ragut akan selesai...apa nak dikata...

3 comments:

penyapubaru said...

guna samseng jalanan mcm lagik bangga je mat2 rempit tuh
tukar la nama mafia, dah tentu2 nanti depa pakai sut terus

AuntyZah said...

Assalamualaikum Azhar,

2 x 5

sarilhafiz said...

"kes ragut"salah satu sebab dan puncanya ialah faktor ekonomi dan kehidupan terdesak.... kalau nak difikirkan balik... agak susah gak nak rembat beg org sambil bwk moto... betul tak? mcm org merompak la contohnya> memerlukan keberanian yang tinggi sebab kemungkinan dia akan mati di tembak... so apa yang jadi tu memerlukan sebab musabab yang hanya org yang buat je tahu... itu saja dari saya ...sory sebab komen panjang...wakakaka!