KUALA LUMPUR: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila menyerang dan menampar seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun berulang kali di sebuah sekolah, dekat sini, ketika waktu persekolahan berlangsung hanya kerana mendakwa mangsa mengganggu anaknya, Rabu minggu lalu.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, wanita terbabit menceroboh kawasan sekolah berkenaan sebelum menyerang kanak-kanak malang itu yang sedang belajar.
Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa di hadapan seorang guru dan 35 murid lain tanpa segan silu.
Ibu mangsa, Noor Quiah Ismail, 39, berkata tindakan itu memang satu perbuatan keterlaluan kerana anaknya itu masih kecil.
“Budak-budak bergaduh adalah perkara biasa...kenapa ibu perlu turut campur tangan? Jika kena cara penyelesaiannya saya tidak marah, sebaliknya bersetuju.
“Setahu saya, wanita terbabit menampar anak saya lebih tiga kali selain menolaknya hingga jatuh hanya kerana dia mengganggu anaknya ketika sambutan Hari Guru sekolah berkenaan, Selasa lalu.
“Jika itulah puncanya, ia satu tindakan bodoh dan biadab,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Menurutnya, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anaknya itu di hadapan semua murid dan seorang guru.
“Biarpun ditenangkan guru berkenaan, wanita itu masih menggoncang tubuh dan menikam badan anak saya dengan jari bagaikan orang gila.
“Anak saya bernasib baik kerana wanita itu berjaya ditenangkan beberapa guru lain,” katanya.
Noor Quiah berkata, dia kesal dengan sikap pihak pengurusan sekolah terbabit yang merahsiakan kejadian itu biarpun anaknya itu mengalami bengkak pada kiri muka.
“Saya hanya tahu mengenai kejadian itu ketika mengambil anak pulang. Mereka sepatutnya memberitahu kepada ibu bapa sekiranya berlaku sebarang musibah kepada anaknya...kenapa perlu dirahsiakan,” katanya.
Noor Quiah membuat laporan di Balai Polis Travers di sini selepas berang dengan sikap pengurusan sekolah terbabit yang tidak mengambil sebarang tindakan kepada wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut.
Sebagai seorang bapa yang ada dua anak kat sekolah rendah, aku sedikit sebanyak rasa nak komen la kes ni...
Aku bukan nak puji sikap aku dan wife dalam hal menangani masalah anak-anak dengan kawan-kawan atau guru kat sekolah, tapi memang kami dah diasuh oleh ibubapa kami bahawa sekolah ialah wilayah milik guru-guru dengan diterajui oleh Guru Besar atau Pengetua...
Guru Besar dan Pengetua bukan calang-calang guru yang dilantik memegang jawatan tu, tapi berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam bidang pendidikan...
Sebab tu tidak pernah walau sekali aku dan isteri masuk campur bila anak-anak mengadu satu-satu hal...
Pernah anak aku balik cerita kawan tendang la...kawan masukkan kuah ayam masak kicap dalam poket baju sekolah la...kawan pecahkan satu pasu hadiah untuk Hari Guru baru-baru ni sampai terpaksa beli ganti satu yang lain la...kawan mintak suruh belanja aiskrim dua hari sekali la...
Setiap aduan yang anak aku bawak balik tu, akan aku dan isteri susulkan dengan..."Bagitau la Cikgu Kelas..."...dan esoknya akan aku dan isteri susulkan dengan bertanya samada dah bagitau atau tidak...
Alhamdulillah, setakat ini semua masalah tersebut selesai hanya dengan melibatkan murid-murid tu dan guru mereka sahaja...tak perlu aku pergi sekolah pun nak jumpa guru atau budak tu atau mak bapaknya...
Pada aku, setiap guru di dalam kawasan sekolah mempunyai hak sepenuhnya ke atas murid dan pelajar mereka...dan mereka bukanlah manusia yang tidak waras nak pukul atau rotan ikut suka hati, pastinya ada alasan....
Kalau gaduh atau tengkar sesama murid pula, dalam kawasan sekolah, hakim terbaik menyelesaikan masalah tu ialah guru...kalau guru tak boleh settle, maka boleh rujuk Guru Disiplin atau Guru Besar...mereka pastinya lebih arif dalam masalah tu...
Kalau mak bapak nak masuk campur perkara yang berlaku dalam kawasan sekolah, akibatnya akan jadi panjang la...walhal anak-anak kita tu gaduh dia setengah hari pun dah selesai, tapi mak bapak pulak nak masam muka bertahun-tahun...
Bayangkan, pernah satu kejadian, kawan kelas anak aku ni, dia siram air dalam beg satu budak perempuan ni...habis segala buku basah, jadi akuarium beg budak tu...
Tapi aku respek mak bapak budak perempuan ni, hanya diorang bagitau cikgu hal tersebut, dan cikgu yang panggil mak budak nakal tadi dan nasihatkan...diorang takde la nak tunggu mak budak tu kat simpang ke...bawak kayu hoki ke...takde...
Sikap
Lain la kalau pihak sekolah pun main-main je kes tu, main hentak ikut suka takde alasan, atau tak bagi laporan atas apa yang berlaku...yang tu wajar la kita pergi sekolah mintak laporan elok-elok...bukan pergi serang...
Belajar la malu kat anak-anak kita kat sekolah tu...jangan nanti anak balik bagitau..."adik malu la mama dengan papa pi buat macam tu kat sekolah, macam budak-budak kecik la..."...hehe...apa nak dikata...
5 comments:
kalau kita dulu-dulu balik report kat mak abah mesti kena marah balik...
act mcm budak2 yg sgt tak matang ppuan tu..apa kes tah..
cuti skolah bila?
salam,
sy memang benci mak bapak, atau kakak atau abang yang datang serang budak-budak kecik sebab gaduh dengan anak @ adik dia. tak matang langsung!
lerr..kurang ajarnya mak budak tu..nk buat cmtu gak arr,.,..kat faiz rosli..selalu je kotorkan baju rayyan..heh!!..hangennn!!
btol tuh uncle... sgt xmatang perangai mak n ayah budak tuh...
hal budak2, biarlaa budak2 settlekan, kita sbg org lama, jgn masuk campur...
budak2 kalu nangis skjp jerk, kalau mak n ayah menangis leh spai bila2 tau...
perkara kecil camni pun, mak budak tuh xleh pk, len kali kalu xnk anak ko kena usik, g anto sek. private laa xpun ko bukak sek. sdiri ape punye lembulaa mak budak tuh...
saya, faham apa yg sebenarnya yg cuba disampaikan... tapi saya agak tersentak dengan kenyataan yg encik hanya menyuruh anak encik mengadu kepada guru kelas apabila anak encik ditendangm kwn masukkan kuah yam maak kicap dlam poket, kwn mintak belanja makan... kalu encik sedar.... sebenarnya anak encik itu dibuli... seorg kanak2 akan mengadu dengan ibu bapanya apabila suaranya tidak didengari oleh gurunya..
saya rasa yg encik harus berjumpa dengan guru kelas, bertanya secara profesional mengapa anak encik mengadu perkara tersebut... pada pandangan saya tindakan encik itu umpama mengharapkan seratus peratus kepada guru dalam mengajar pelajar...
Post a Comment