Tapi sekarang manusia dah mula nak kongsi sifat binatang tu...
Manusia pun meragut...
Bezanya binatang lembu, kambing, kerbau, kuda dan lain-lain tu bila meragut dia tak kacau orang, tapi manusia bila meragut akan kacau orang lain...
Aku rasa semua dah tahu kisah wanita hamil yang maut selepas koma 36 jam akibat jatuh motor kena ragut di Johor tu kan...
Jamilah menemui ajal selepas bertarung nyawa lebih 36 jam dalam keadaan koma apabila terjatuh dari motosikal sebaik beg tangan dalam raga disentap peragut dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu, di Taman Air Hitam, Batu Pahat.
Difahamkan, ketika kejadian, Jamilah yang bekerja sebagai jurujual kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan.
Seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa.
“Berdasarkan cerita rakan, motosikal arwah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi. Ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh,” katanya.
Razali berkata, arwah dibawa ke HSA dari Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu bagi menerima rawatan rapi, tetapi gagal diselamatkan akibat parah di kepala serta muka.
Terbaru ni aku baca kat Metro Online pulak :
Warga emas maut terhantuk dinding
BUTTERWORTH; Seorang warga emas berusia 86 tahun maut akibat terhantuk dinding selepas ditumbuk peragut yang melarikan rantai emas anaknya berusia 58 tahun di Kampung Besar, Tasek Gelugor, di sini semalam.
Dan dari Berita Harian pulak :
Ibu mengandung mangsa ragut maut dirempuh kereta selepas tercampak dari motosikal
KOTA BHARU: Seorang ibu yang mengandung tiga bulan, maut apabila selepas tercampak dari motosikal dan dirempuh sebuah kereta akibat diragut dua lelaki bermotosikal dekat Padang Raja di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Saripah Mohd Nor, 33, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada tubuh.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Jel, Repek, dekat Bachok, selepas seminggu menjaga ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat,
Betul tak apa aku kata...manusia bila meragut, perangai haiwan yang dipinjamnya lebih teruk dari haiwan sendiri...
Binatang meragut tanpa kacau binatang lain, tapi manusia meragut sampai tahap membunuh...
Bukan satu dua kes pertama berkaitan mati akibat ragut ni, dah banyak kali dah, tapi tetap akan ada manusia yang nak bersifat haiwan ni...
Kalau dapat ditangkaplah peragut ni, biar hukuman yang berat bagi kat depa...kalau yang mangsa meninggal dunia mungkin akan kena charge membunuh tanpa niat kan, tapi yang sekadar meragut tu, biar bagi kena teruk jugak la...supaya mereka takut nak buat lagi...
Kita jugak pernah jumpa peragut yang dibelasah oleh orang ramai bila kena tangkap...tak salahkan orang ramai la, kalau aku ada kat situ pun aku tumpang jugak sekaki dua...geram tau..
Orang zaman sekarang nak cari duit bukan senang, depa senang-senang nak ragut je kan...
Nak mudah pergi la padang ragut, sama-sama meragut dengan kambing dan lembu tu...kalau nasib ko baik, lembu tu tendang pasal meragut hak milik dia...hehe...apa nak dikata...
3 comments:
askum
menurut sesetengah special branch polis kita malaysia menyatakan kalau kes-kes yang mcm ragut tidak berperikemanusian yang sampai luka-luka pastu lari ni , selalunya orang luar , x kiralah indon ke sape ke...
seperti mamat myammar yang buat hal meraba isteri org baru nie,kang dah kena pukul http://www.youtube.com/watch?v=Z4yWhvTmLHw
geram betull
isk iskkkk
klu org yg meragut ne..kira berani la..
cube klu yg mencuri,,senyap2 je merampas harta org..
golongan be2 ne mmg adk beradik,,seibu seayah,,
cuma nye,,yg sorg berani,,sorg lg pengecut...
Post a Comment