Tahun ni kemeriahan kita sambut merdeka tak seperti tahun-tahun lalu, sebab kita di dalam bulan Ramadhan...siangnya kita berpuasa, malamnya kita serikan dengan ibadah kepada Allah SWT...
Namun tak bermakna kita tak suka sambut merdeka...dan barangkali jugak jiwa kita tahun ini lebih merdeka sebab dalam bulan mulia ini syaitan dirantai, maka agak kurang runtunan ke arah maksiat dan kejahatan pada malam merdeka seperti tahun sebelum-sebelumnya...
Semalam aku baca kat sebuah akhbar harian satu berita yang membuatkan aku tersentuh hati, hampir mengalirkan air mata...
SEKELUARGA PELUK ISLAM
PONTIAN: Ramadan ini sungguh bermakna bagi Shahmizan Khoo Abdullah, 50, apabila beliau bersama isteri dan tiga anaknya selamat menjalani upacara memeluk Islam di kediamannya di Kampung Pontian Besar, di sini, malam kelmarin.
Majlis itu dianjurkan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Daerah Pontian, Majlis Agama Islam Johor bersama dan Agama Islam Daerah Pontian disempurnakan Imam Satu Masjid Besar Daerah Pontian, Abd Rahman Othman dan turut disaksikan kira-kira 200 orang.
Selain Shahmizan, isterinya, Umi Nurbaiyah Goh, 43, dan ketiga-tiga anak mereka, Muhammad Fahmizan Khoo, 21, Muhammad Helmizan Khoo, 20, dan Nuralisya Fariesha Khoo, 15, masing-masing selamat menjalani majlis itu.
-Sumber
SubhanalLah...Maha Suci Allah..
Hidayah Allah menjengah manusia tanpa mengira usia dan masa...
Pada usia 50 tahun beliau berjaya memerdekakan keluarganya...dan seluruh ahli keluarga turut sama ke arah kemerdekaan itu...
Cahaya Ramadhan yang Allah kurniakan kepada keluarga ini adalah amat berlainan dengan kita semua...dan sambutan hari kemerdekaan mereka juga pastinya amat lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya...
Allah dan Rasulnya menggambarkan kepada kita bahawa mereka yang memeluk Islam itu amat suci dan bersih hati mereka...sebab itu dipanggil Muallaf...atau selalunya di dalam Bahasa Arab disebutkan Al-Muallafatu Qulubuhum, bermaksud orang yang dilembutkan hati mereka...
Kita semua yang mewarisi Islam dari baka dan keturunan ini mempunyai tahap keimanan yang berlainan dengan mereka yang dilembutkan hati ini...sebab mereka menerima sesuatu yang baru dan menjadikan ia anutan mereka, manakala kita meneruskan sesuatu yang telah kita milik menjadi anutan kita...
Bezanya adalah seperti antara anak seorang kaya yang meneruskan kekayaan keluarganya dan anak seorang miskin yang mengeluarkan diri dan keluarganya dari kempompong kemiskinan...lebih kurang macam tu la..
Tahniah aku ucapkan kepada keluarga tersebut...dan harapnya pihak berwajib yang berhampiran mereka serta jiran tetangga akan membantu mereka ke arah lebih memahami apa yang mereka pilih sekarang...jangan tinggalkan mereka dalam dunia baru ni sendirian...
Satu perkara lagi yang aku nak cakap sikit pasal merdeka ni, bila setiap kali merdeka ja pasti kita dengar perkataan patriotik...sesaje bulan-bulan biasa jarang la nak dengar kat radio atau TV atau tepi jalan orang sebut patriotik...pemimpin politik pun jarang sebut perkataan ni waktu biasa-biasa, tapi kalau dekat-dekat merdeka tu, makan nasi pun sebut patriotik...
Dan selalunya patriotisme tu dikaitkan dengan pengibaran Jalur Gemilang...kalau tak kibar maka tak patriotik...
Betul ke?
Aku nak bagi satu simple example...
Ada seorang lelaki peniaga ni, dia setiap kali merdeka datang, van dia akan penuh dengan bendera...kedai makan dia penuh bendera...penuh dalam erti kata kalau ko nak basuh van dia, biasanya dalam setengah jam dah siap, tapi waktu dia letak bendera akan makan masa dekat dua jam sebab banyak kawasan ada bendera...
Tetapi...dia bertutur dengan anak-anak dan isteri nya dalam bahasa asal mereka...dan dia akan 'balik kampung' setiap tahun ke 'tanah asalnya'...
Lupa nak bagitau, dia meniaga nasi kandar...
Patriotik kah dia dengan banyaknya bendera yang dia kibarkan tu?
Ada lagi satu, pun peniaga...setiap kali nak merdeka maka bendera akan berkibaran di depan kedai dia...dan kedai dia menjadi tumpuan ramai sebab dia jual harga borong...
Bila kita tanya dia lebih-lebih, dia panggil anak dia untuk bagi jawapan, dan anak dia akan kata..'sori la, bapak I tak berapa fasih bahasa Melayu..'...walhal dia dah jalan gunakan tongkat dan kulit dia lebih banyak dari isi dia..tua la tu maksudnya..
Adakah dia patriotik sebab tak pernah lupa kibarkan bendera setiap kali tiba hari kemerdekaan?
Ada seorang lelaki di sebuah kampung yang lain, dia terlalu sibuk dengan kerja, maklumlah nak bagi pendapatan keluarga yang cukup..maka dalam kesibukan kerja tu dia tak sempat nak gantung atau kibarkan bendera di perkarangan rumah dia...rumah pun kecik je...takde orang gaji...
Tetapi dia tak pernah abaikan tanggungjawab pada negara...dia cintakan negara tanah tumpah darahnya...dia tak lupa tunaikan tanggungjawab mengundi setiap kali pilihanraya...dia tak pernah lupa didik anak-anak nya untuk berbakti pada negara bila dah besar nanti...dan dia tak ada 'kampung halaman' selain Malaysia...
Apakah dia tidak patriotik sebab tak kibarkan Jalur Gemilang pada 'musim' orang mengibarkannya?
Jadi adakah ukuran patriotisme dengan hanya mengibarkan bendera setiap kali munculnya 31 Ogos?...apa nak dikata...