Monday, May 11, 2009

Antara Keadilan Mahkamah dan Kekusutan Yang Bertambah...

Justice is when the verdict goes with what we want,right?

Rasanya hampir semua dah tahu, Mahkamah dah isytiharkan bahawa Dato' Seri Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah...

Tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Seri Nizar...ini jelas membuktikan bahawa sistem perundangan negara kita masih bebas dan sebarang keputusan tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, samada Kerajaan atau yang lain...

Syukur jugak kerana pihak penyokong BN mampu menerima keputusan Mahkamah dengan waras, tiada pembaringan berlaku di mana-mana jalanraya dan tiada sebarang tuduhan bahawa Hakim menerima sogokan dari mana-mana pihak kedengaran (setakat entri ini ditulis lah...)

Akan tetapi, bersama keputusan Mahkamah ini timbul beberapa kemusykilan dalam batu jemala aku ni...

Aku bukan orang yang arif tentang undang-undang, dan aku jugak bukan orang Perak...tapi aku tertanya-tanya dua soalan bila baca court ruling tadi...

Soalah Pertama:

Adakah sidang DUN Perak baru-baru ni sah?
Kalau sah, maka Speaker dah orang BN, jadi nanti akan ada undi tak percaya pada Nizar dan pastinya akan diluluskan usul tersebut...dan bertukar MB lah jugak...

Kalau tak sah pulak, maka Siva masih Speaker, jadi Siva akan tolak usul undi tak percaya, maka usul tak dibahaskan....tetapi jumlah ADUN PR ialah 28 orang dan ADUN BN pulak 28+3 (Bebas)...jadi tak de majoriti lah pulak Kerajaan Negeri Perak ni...


Soalan Kedua:

Dato' Seri Nizar mungkin akan mengadap DYMM Tuanku untuk memohon perkenan DYMM bagi membubarkan DUN Perak...

Kalau DYMM Tuanku perkenan pembubaran, ok la akan ada election di seluruh negeri Perak...(sekarang ada deghoyan ke yop?)...

Kalau DYMM Tuanku tak perkenan pembubaran pulak macam mana?

Fuh, makin cuba dilepaskan benang yang tersimpul ni, makin menjadi kusut pulak...

Payah rupanya nak tubuhkan Kerajaan ni, bukan senang main cekup je...

Cuma kesiannya aku pada rakyat Perak la...orang lain dah lama ke depan, deme masih takde Kerajaan yang betul-betul buat kerja...naya kome le Yop...!!

Yang ada asyik naik turun court saja...ni lepas ni nak leraikan kekusutan yang baru timbul pulak, pakat naik turun court lagi...sudahnya tak ke mana, dah sampai PRU 13...hahaha...terus mengundi kan...apa nak dikata...

2 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Azhar,

Apa khabar Azhar sekeluarga??

Suami Mak Cik anak jati Perak. Dia turut sedih dengan apa yang berlaku dan kesian pada rakyat Perak kerana krisis Politik yang entah bila sudahnya.

Bagi Mak Cik senang saja. Mahkamah memutuskan Nizar masih MB sah kerana tidak ada usul tidak percaya oleh BN padanya. BN sepatututnya berhati-hati bila sudah tahu setiap cm langkah dalam permerhatian Nizar dan gang. Sedangkan majority kerusi masih berpihak pada BN jika termasuk yang 3 tu.


Apa-apa pun kita hormati keputusan Mahkamah.

Seperti yang kamu tulis memang banyak persoalan yang sama juga di fikiran Mak Cik dan ramai juga yang di sana.

Semoga yang terbaik akan muncul dari semua ini. Adalah hikmahnya.
WaAllahuAlam.

Anonymous said...

salam sejahtera....wah2 mcm pakcik2 lak saya...

ok yang pertama sekali ialah tentang Usul undi tidak percaya dari BN> mengapa BN tidak membuat usul undi tidak percaya walaupun mereka sudah mendapat majoriti?

mengapa terburu2 nak ambil alih kuasa dari Pakatan??? sepatutnya BN harus meneliti dengan sepenuhnya dari segi undang2 sebelum membuat sebarang tindakan yang telah terbukti memakan BN sendiri...

Sikap robust BN telah memakan diri sendiri dan mencerminkan tiada ketelusan untuk meneliti sesuatu perkara yang penting seperti kemelut politik di Perak.... dan ia juga mencerminkan BN mementingkan kuasa dari kehendak rakyat....

saya bukan menyebelahi sesiapa.. cuma tergelak di hati melihat kesilapan yang dilakukan oleh BN yang terdiri dari ahli2 politik yang berpengalaman tentak undang2 tubuh negeri Perak.... jgn marah yer unkle...