Sunday, March 2, 2008

Antara Senderos dan Bendtner...

Semalam game Arsenal vs Aston Villa di Emirates...erm..dengan kecederaan masih membelenggu beberapa tonggak Gunners...tak sangka pulak game akan jadi kurang bermaya macam semalam tu...

Actually Aston Villa adalah team kedua yang aku selalu suka tengok selain Gunners..yeah..pasal pada aku AV dengan Agbonlahor, Young dan Carew..(dibantu oleh Harewood pulak tu..) bermain fast football yang syok untuk ditonton..

So bila lawan Arsenal..maka Arsenal la pilihan hati aku..hehe...

Nampaknya AV tak mampu untuk jaringkan gol semalam bila lawan Arsenal..hehe..pasal gol diorang pun di sumbangkan oleh Senderos saja..haha...
Manakala Bendtner pulak telah kembali 'bekerjasama' dengan Adebayor pada minit terakhir dengan menyamakan kedudukan..walhal hari tu dah gaduh dua orang tu...tu la..carik-carik bulu ayam kan..hehe...
Sekarang ni kedudukan Arsenal dan MU hanya dipisahkan satu mata sahaja....ya..satu mata!!
Harapannya game selepas ni akan kembali bersemangat balik untuk memastikan MU keep on trailing je..hehe..tapi kalau dah nasib tertulis Gunners pulak trailing..apa nak dikata...

No comments: