Friday, March 21, 2008

Perhimpunan Agung UMNO 2008 : Adakah Sejarah Bakal Tertempa?

Semua orang tahu tahun ni ada pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO...bukannya lama lagi pun...

Semua orang jugak tahu bahawa Pak Lah selaku Presiden UMNO semakin hari semakin terdesak dan didesak oleh pelbagai pihak untuk mengundurkan diri sebagai bertanggungjawab ke atas kekalahan dalam PRU 12...

Bila kali terakhir kita dengar dua orang yang dilantik sebagai Timbalan Menteri menolak tawaran tersebut?YB Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan YB Datuk Anifah Aman menolak dari menyertai kabinet..dan secara terang2an memberitahu umum tentang perkara tersebut...ya la kan..dari dulu asyik Timbalan Menteri..orang yang tak bertanding pulak pi jadi Menteri..tak ke pelik...

Sejurus selepas tu Setiausaha Agung UMNO pulak letak jawatan...kerana tak lekat dalam kabinet..walaupun itu menunjukkan sikap busuk beliau..tetapi secara tak langsung mendedahkan kepincangan kapal yang makin senget...

Ketua Perhubungan UMNO Selangor pun letak jawatan..dengan kenyataan yang tajam menyindir Pak Lah.."sebagai bertanggungjawab kepada kekalahan BN di Selangor.."..dan ramai lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri khabarnya akan bertindak serupa..

Wanita UMNO juga semakin hilang kepercayaan kepada Pak Lah kali ini..mana tak nya..wakil Wanita tidak dilantik sebagai ahli kabinet langsung..dah terhantuk,baru lah Pak Lah lantik Shahrizat jadi Penasihat Bertaraf Menteri...apa nak buat dah...

UMNO Sabah juga tak puas hati..setelah sumbangan besar kepada kemenangan kecil BN dalam PRU 12..diorang hanya dapat satu kerusi menteri sahaja...tak patut la kan..

MIC jugak tak puas hati..pasal kerusi dalam kabinet untuk MIC amat terhad..begitu jugak MCA...Gerakan lagi la dah lama marah kat Pak Lah kes pembahagian ni..

Dalam celah2 ni..muncul Tengku Razaleigh Hamzah...menyatakan kesediaan mencabar kerusi Presiden UMNO dalam PAU yang akan datang...disertai pula dengan khabar menyatakan Khir Toyo kini sedang berunding dengan Datuk Mukhriz Mahathir untuk mencabar kerusi Ketua Pemuda UMNO..demi mencantas Khairy Jamaluddin...

Kalau anda selalu ikut perkembangan pasaran saham Bursa Malaysia..anda akan dapat melihat trend saham yang kurang memberangsangkan di Bursa Malaysia sejak PRU 12...harga yang menjunam dan kekurangan pelabur luar untuk berada dalam pasaran Malaysia juga menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia amat lemah sekarang..

Semua yang disebutkan di atas adalah faktor Suara Keramat Rakyat yang perlu diambil kira oleh Pak Lah...andai Pak Lah tak mau dimalukan secara serius di dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti...maka tolonglah turun dari persada takhta anda sekarang secara terhormat...letakkan jawatan dan serahkan BN dan UMNO untuk dibetulkan oleh pimpinan dan ahli...

tetapi...

Andai Pak Lah berdegil dan mahu meneruskan perjuangan demi diri sendiri..Khairy..Kamaluddin..dan ahli keluarga beliau..maka bersedialah untuk menempa sejarah dalam PAU nanti...sesungguhnya ahli-ahli UMNO kini rata-rata sudah bersedia 'menurunkan' anda dari tampuk kuasa..demi masa depan Malaysia dan Melayu yang lebih baik...

Andai itu yang anda pilih..jangan nak menyesal dan terus kata 'saya dapat banyak sokongan'...masa tu baru betul..apa nak dikata...

2 comments:

BoxxTomoi said...

bersemangat atau marah ni ?? anyway kedua2nya bagus sebab menunjuk kita alive and kicking!!

Unknown said...

semangat la bro..semangat nak tengok Pak Lah turun dari Kayangan..hehe..