Wednesday, March 26, 2008

Tangguh Pemilihan PAU 2008???

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Ketua Penerangan UMNO kata kelmarin yang semua (???) Badan Perhubungan UMNO Negeri2 cadangkan supaya Pemilihan UMNO dalam PAU 2008 ni ditangguhkan...ye ke semua?pelik jugak..sedangkan kita tengok punya ramai yang nak jawatan2 dipertandingkan..hatta Presiden pun mungkin dicabar...

Bila membaca dan mendengar kenyataan Mat Taib tu..timbul satu syak wasangka...kenapa Mat Taib kata ahli2 takkan dapat berfikir secara waras kalau buat pemilihan tahun ni...lepas tu dikatanya pulak akan menimbulkan malapetaka kepada politik negara...

Malapetaka kepada sapa wahai Mat Taib??Kepada Pak Lah?Kepada KJ?Kepada anda sendiri?Umum tahu sebelum ni jawatan Presiden tak dipertandingkan...tapi ada ura2 Ku Li nak cabar..kalau dapat pencalonan 57 Bahagian maka layak Ku Li bertanding menentang Pak Lah...agak2 dalam keadaan hari ni Pak Lah boleh menang ka??

Umum jugak tahu KJ menang tanpa bertanding Timbalan Ketua Pemuda...dan kali ni KJ akan ke jawatan Ketua Pemuda...ura2 dengar samada Khir Toyo atau Mukhriz akan lawan untuk Ketua Pemuda...boleh menang ka KJ?

Andai kedua2 mertua menantu ni tersungkur...maka mana tempat Mat Taib pulak..?Selamat ka??

So..adakah penangguhan yang dicadangkan ni bersifat nak jaga 'malapetaka' dari menimpa Dinasti Mertua Menantu??Dengan itu semua ahli UMNO dilabelkan sebagai tidak mampu berfikir waras kalau pemilihan tahun ni??

Kalau buat pemilihan tahun depan maka makin waraslah semua ahli UMNO dan malapetaka ke atas Dinasti Mertua Menantu akan dapat dielakkan??

Apakah malapetaka yang rakyat dan ahli2 UMNO rasakan sekarang kurang besar berbanding 'malapetaka' yang bakal diterima oleh PL dan KJ?

Adakah setahun yang bakal mendatang ni akan digunakan sepenuhnya oleh Dinasti Mertua Menantu untuk menyelesaikan agenda menjual dan memajak negara sampai habis, kemudian isytihar tak bertanding pada PAU 2009??

Keputusan sekarang masih terletak ditangan ahli2 Majlis Tertinggi...ahli2 MT jugak lah yang menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pak Lah semasa beribu-ribu ahli UMNO akar umbi menyuarakan suruh Pak Lah turun...adakah kita boleh meletakkan sandaran pada ahli2 MT??atau pun cakap2 Mike Tyson tu dah dikira sebagai hukum yang bakal difatwakan oleh Pak Lah selepas mesyuarat MT nanti...sama-sama la kita tunggu...(ni macam nak wartakan tarikh Hari Raya Puasa la ni...dalam kalendar kuda dah tetapkan..tapi kita berdebar2 jugak tunggu Penyimpan Mohor Raja2 umum lepas tengok anak bulan...hehehe...walhal preparation semua dah dibuat mengikut kalendar kuda...hehe..)

Andai benar kata Mike Tyson tu..maka terpaksa la semua rakyat jelata dan ahli UMNO meneruskan kesabaran dan meniti hari-hari penuh kesukaran dan mendukakan...nak buat macam mana...apa nak dikata...

No comments: