Saturday, March 29, 2008

Antara Terima Lantikan, Letak Jawatan dan Sedia Dicabar...

Majlis Tertinggi UMNO dan bersidang..dan setuju dengan keputusan untuk menerima perlantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru...aku kesian pun ada kat Idris Jusoh tu..terus terang aku cakap..aku tak kenal sangat dia..dan aku tak tahu sangat pasal Terengganu dan Idris Jusoh ni...ada yang kata bagus..ada yang kata tak bagus..so aku tak mau buat judgement apa-apa..

Cuma yang aku nak kata..pada pandangan aku yang tak seberapa ni..kira macam tak adil lah apa yang berlaku pada Idris tu..sama macam Dato' Seri Shahidan Kassim la kes dia..dah menang dengan jayanya kat negeri masing2 (dalam political tsunami yang hebat nih...) tiba2 tak dilantik jadi Menteri Besar pulak..tah la..nak kata apa pun dah titah dari istana dalam kedua2 kes..kang ada yang tuduh aku derhaka pulak..hehe..

Selain tu..MT jugak buat keputusan untuk terus mengadakan pemilihan UMNO tahun 2008 ni..pada bulan Disember..hehe..ya bulan 12..(nasib baik tak dak bulan 13..hahaha...)..

Disember tu dah macam 2009 la..apa punya teruk la depa ni...banyak mana beza 2009 dengan Disember 2008???Aku lahir 29 Disember..dalam 2 hari ja dah menjangkau tahun lain dah..

So kita semua ada lagi 8 bulan la nak tunggu pemilihan UMNO tu ye..dan Pak Lah kata dia sedia dicabar...hehe..

Persoalannya...8 bulan ni nak menyediakan diri untuk sedia dicabar ke??Nak prepare apa patut ke?Nak sedia budget ke?Macam2 boleh buat kan 8 bulan ni...

8 bulan ni akan masih keadaan sama macam ni ke?Atau by December nanti pemilihan UMNO untuk memilih Presiden UMNO bagi mengetuai barisan pembangkang di Parlimen??

Mei ni Anwar dah boleh bertanding pilihanraya...dengar Khalid nak bagi laluan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dia menang tu...andai terjadi apa yang kita dok dengar sekarang ni...maka tak mustahil la Pak Lah akan dicabar pada Disember nanti sebagai Presiden UMNO..tapi bukan untuk nak tentukan Perdana Menteri Malaysia...

Dalam pada tu...Ghapur Saleh, Timbalan Menteri Alam Sekitar letak jawatan...ermmm....hari tu dua orang Timbalan Menteri tolak jawatan Kabinet..ni lagi sorang letak jawatan pulak...ya la..Ghapur kan menang tanpa bertanding buat kali kedua berturut2..sama macam Azalina la kes dia..tapi hanya jadi Timbalan Menteri..!!!Ini tidak adil..(meminjam dialog Abdul Wahib dalam Tiga Abdul..hehe...)...

So Pak Lah kena la cari orang lain masuk Kabinet dia pulak...apa nak jadi ya Pak Lah..tak sampai sebulan Kabinet dah kena tebuk tikus...hehe...rasanya tukang yang buat Kabinet ni tak pandai bertukang kot..hehe...

Oh ya...ada sikit pasal Perlis nak diceritakan...hehe...

Rasanya semua tahu kot..Perlis ada buat rombakan pentadbiran Kerajaan Negeri...Setiausaha Kerajaan Negeri yang lama, Dato' Ismail Othman ditukar 24 jam dan kini digantikan dengan YB Mohamad Zabidi bin Zainal, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (Bhg Kewangan)....

Saja la nak habaq...isteri YB Zabidi ni adalah anak saudara kepada Datin Asiah, isteri kepada YAB Dato' Dr Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis yang baru...hehe...

Selain tu beberapa kakitangan sokongan jugak ditukarkan..mungkin untuk bagi rasa angin baru kot...Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perlis kini ialah Saudara Jamsari, yang dahulunya merupakan Setiausaha Peribadi kepada Dato' Azmi Khalid di Parlimen Padang Besar..hehe...

Demikian la sikit sebanyak apa yang dok jadi sekeliling hari ni...harapan kita adalah sambil dok tunggu 8 bulan lagi menjelang Disember ni...akan berlaku sesuatu yang lebih menguntungkan Agama, Bangsa dan Negara kita...kalau dak...apa nak dikata...

No comments: