Sekali lagi cerita perlantikan Menteri Besar mencetuskan huru hara...kali ni di Terengganu pulak...
Negeri yang menang dengan jayanya..seperti jugak Perlis hari tu, sekali lagi kecoh...Perlantikan Dato' Seri Idris Jusoh tak diperkenan Istana...malahan Istana siap lantik orang lain pulak, Dato' Ahmad Said...
Apa puncanya?Katanya 21 ADUN bertindak untuk tidak hadir pada majlis angkat sumpah...banyak cakap2 dah kedengaran...ada yang kata penderhaka pada Sultan...ada yang kata langgar Undang2 Tubuh Negeri la...
Kita kena tengok hal ni secara lebih jujur...sama macam kes Perlis la...Kalau dah parti (dalam kes ni BN) menang dengan jayanya dalam PRU...dan pihak pentadbiran atasan Parti pulak dah bagi lantikan pada seorang pemimpin...wajarnya tiada bantahan dari mana2 pihak..kerana Istana hanya endorse sahaja...
Lebih utama lagi dalam kes Terengganu..di mana ADUN2 tak bersetuju dengan lantikan Istana...so siapa nanti yang dia nak lantik jadi EXCO????
Persoalannya...
Kenapa perkara ini timbul sekarang?Johor, Perlis dan Terengganu (Johor konflik berlaku sebelum PRU..tetapi setelah Istana 'masuk tangan'..Ghani kekal di DUN)...dah alami kali ini...
Pernahkan berlaku semasa pimpinan terdahulu?Ada la sekali zaman Tun Mahathir dulu..pun Johor jugak...tapi kebijaksanaan Tun Mahathir berjumpa dan cuba yakinkan Istana telah dapat menyelesaikan masalah...
Sekarang ni...mana Pak Lah?Kenapa dia tak keluarkan sebarang kenyataan dalam hal ni?Kenapa Tengku Adnan kata Dato' Ahmad Said tu akan dipecat dari UMNO?Masa Perlis hari tu takde pulak Dato' Dr Md Isa Sabu kena pecat..walhal sama ja melawan kehendak parti...
Kalau Pak Lah lebih tegas dan bijak dalam hal ni..tak kan berlaku semua ni...manakala pihak Istana pulak kena la bersikap seperti asal..iaitu tidak berpolitik...
Kalau dah macam Perlis dan Terengganu..lebih baik tak payah buat pilihanraya..pasal bila dah kerja kuat dan menang..Sultan atau Raja pulak tak berkenan..maka tak boleh la jadi MB pulak...so lebih baik dari awal-awal bagi Raja dan Sultan saja lantik MB...
Ada orang kata kat saya...MB nak jaga rakyat atau jaga Raja?...hehe...saya tergelak dengar soalan tu..tapi ada betulnya kat situ kan...pasal yang pangkah masa pilihanraya adalah RAKYAT..so rakyat la yang dah buat pilihan...kenapa masa nak lantik MB..Raja dan Sultan pulak yang kita consult...hehe...macam kes Perlis...Raja marah pasal Shahidan potong elaun keraian..hehe...apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment