Dah banyak hari nak post this one..tapi tak dak masa dan outstation...
Analisa PRU 10 (1999)
6,631,094 daripada 9,564,071 pengundi berdaftar mengundi dalam pilihan raya ini yang melihat BN dikembalikan untuk membentuk kerajaan Malaysia. Walaupun jumlah kerusi parlimennya sebanyak 148 jatuh 8.6% berbanding 162 kerusi yang diperoleh pada tahun 1995, pencapaian BN masih jauh lebih tinggi berbanding 129 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh satu majoriti dua pertiga. Selain itu, BN juga memenangi semua pilihan raya negeri, kecuali Kelantan dan Terengganu.
PAS mencapai prestasi yang amat baik. Selain daripada mengekalkan negeri Kelantan, parti ini juga mengambil alih kerajaan Trengganu daripada BN. Kekuatan PAS di Parlimen bertambah dari hanya 7 kerusi pada tahun 1995 sehingga 27 kerusi, iaitu satu lompatan hampir empat kali ganda.
Dengan sentimen-sentimen anti-Mahathir di kalangan penyokong-penyokong Anwar, pilihan raya ini memberikan peluang yang terbaik untuk parti-parti pembangkang menafikan Barisan Nasional satu majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, jika bukan untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Selain itu, BA sebagai satu kumpulan pembangkang yang padu jelas merupakan satu kuasa yang lebih sukar diatasi berbanding pilihanraya-pilihanraya yang lalu: kepaduan BA membolehkannya untuk menentang BN dalam satu pertandingan satu lawan satu antara dua parti. Ini bermakna bahawa BN tidak boleh mengharapkan undi perpecahan antara pesaing-pesaing pembangkang yang sering berlaku pada masa dahulu. Oleh itu, Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 bukannya satu pilihan raya biasa yang mana keputusannya merupakan sesuatu yang sudah pasti seperti dahulu.
* - Memasuki BN Kemudian
Ketika pilihanraya 1999, BN mempunyai 148 buah kerusi parlimen. Pada tahun 2002, Parti Bersatu Sabah (PBS) memasuki BN dengan tambahan 3 kerusi Parlimen yang menjadi jumlah kerusi 151.
Pada tahun yang sama, Pilihanraya Lenggang di Pahang menambah lagi satu kerusi BN. Jumlah keseluruhan Kerusi Parlimen yang kepunyaan BN ketika pembubaran parlimen pada 4hb Mac 2004 ialah 152.
Harap Dato' Jo dapat melihat fakta ini jika ingin membandingkan pilihanraya 1999 dengan pilihanraya 2008.
2008 adalah pertembungan rakyat jelata (termasuk ahli UMNO) dengan Pak Lah dan KJ; sebaliknya 1999 adalah isu di antara TDM dengan Anwar (dengan segelintir pengikutnya) yang dieksploitasi sepenuhnya oleh pembangkang. Amat jauh bezanya jika dibanding dengan kemenangan 1999 dan isunya berbanding dengan 2008.
Dari sini pemimpin atasan UMNO perlu faham dengan jelas dan mengambil iktibar dari keputusan pilihanraya ini. Mempertahankan Pak Lah dengan membandingkan dengan keputusan yang lepas secara membuta tuli boleh memakan diri.
Dato' Jo, rakyat sudah tidak bodoh. Kalau nak berbohong pun biarlah berpada-pada. Kami tahu menilainya.
*credit to BerusGigi from KMU
No comments:
Post a Comment