Banyak perkara berlaku dalam hidup kita..tapi berapa banyak yang boleh kita perkatakan...?
Wednesday, December 24, 2008
Iqra'...So Please Read...
Kalau korang perasan entri aku yang sebelum ni amatlah panjang...sebenarnya itu satu artikel dari seorang sahabat yang aku rasakan penuh ilmu yang amat perlu kita umat Islam hari ni tahu...terima kasih kepada yang membaca artikel tersebut...
Beberapa kawan meng'YM' aku (such word ka?)...dan meng'Skype' aku jugak bagitau kata artikel tu panjang...depa bookmark dulu then akan baca kemudian...ok jugak la macam tu...
Tapi ada sorang dua ni, dia contact aku dan tanya apa benda yang panjang sangat tu...tolong simpulkan untuk dia boleh tak...aku jawab pun main-main la...aku kata tak dak apa pun...semua dalam artikel yang panjang tu banyak bunga bahasa ja, yang isi penting nya sikit ja...dia tanya apa isi penting tu...aku jawab...isi pentingnya ialah pentingnya membaca pada setiap masyarakat...hehe..terus dia diam...
Betul...antara beberapa kelemahan kita ialah kita agak kurang membaca...bukan semua...ada yang rajin baca, ada yang suka baca, ada yang baca bila terpaksa...macam-macam...
Ada beberapa sebab jadi macam ni antaranya yang paling aku nampak ketara ialah sumbangan masyarakat tu sendiri untuk memupuk semangat membaca...
Kalau kita perhatikan tempat-tempat yang sering kita jumpa orang pegang buku dan baca kot jalan ialah bandar-bandar besar...amat jarang nak jumpa orang tunggu bas pegang buku (dan baca ya, bukan pegang saja sambil buat lapik duduk ke..hehe..)di Kangar contohnya..ye la..nak tunggu bas pun payah ka..
Sebab apa?
Sebab suasana....suasana membaca tak diwujudkan...malahan agak sukar nak diwujudkan...kadang-kadang kalau ada yang nak membaca sambil tunggu bas ekspress nak jalan tu, dah hingar bingar sekeliling dia...tak masuk lagi kawan-kawan yang gelakkan dia bila tengok dia pegang buku dan baca...
Tapi kalau di bandar besar, aku ambik contoh KL la...memang la sesak, bising...tapi pernah tak naik LRT...atau tunggu LRT...?Walaupun suasana ramai orang, tapi tak sulit untuk kita nak membaca pasal ada feel nya...
Macam tu jugak kedai buku...cuba korang pergi ke Popular kat Star Parade Alor Star....ada tak suasana orang baca buku sambil nak beli dalam tu?Tak tau la kalau aku yang slow, tapi aku tak dapat rasa suasana tu wujud...
Bandingkan pulak kalau pergi ke MPH Midvalley...atau Borders kat The Curve...aku, wife dan anak-anak boleh spend berjam-jam dalam tu....belinya hanya sorang satu atau dua buku, tapi duduk baca dalam tu yang lebihnya...sampai nak balik jenuh cari la the two boys melepak dak sudut bacaan tingkat atas Borders tu atau kat tengah MPH tu...
Itu yang aku nak katakan...dan seperti ayat yang biasa kita dengar jugak la...yang selalunya membaca dan suka galakkan membaca ni bukanlah 'orang kita'...kan...sedangkan sepatutnya kitalah yang lebih mengutamakan pembacaan ni...ayat Al-Quran yang pertama turun ialah...."Iqra'..."...bermaksud "Bacalah!!.."...satu arahan dari Allah direct kepada kita...
So sepatutnya kita banyak membaca...jangan jadikan alasan panjang...tak faham...dan lain-lain lagi alasan biasa kita...tapi jadikan pembacaan ni satu benda yang fun dan seronok....
Aku paling suka baca novel John Grisham dan Michael Crichton...almost semua novel diorang ada pada koleksi aku...Amat menyedihkan dunia kehilangan seorang tokoh penulis seperti Crichton...buku terakhir tulisan beliau, Next adalah karya terakhir dia yang aku simpan...
Antara orang yang aku tau suka baca buku ialah my beloved wife...Kak Long Sakinah, my niece...Dato' Seri Shahidan Kassim......dan beberapa orang lain...
Hari tu nak beli The Appeal by Grisham...tapi dah dapat hint bahawa ianya akan jadi my birthday present this coming birthday...so kena la tunggu beberapa hari lagi baru dapat baca..hehe...Yang terbaru dari Grisham, The Associate pun akan keluar Januari 2009...sabar..perabih dulu The Appeal, lepas tu kita cari yang baru plak ok...apa nak dikata...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
haah kan...baca perlahan2..tak paham baca 3 kali...itu cikgu BI aku masa form 5 ajar...baca 3 kali terus paham...heehehe
aku pun tak baca gak teks bwh ni..aku tunggu unkel ceritakan..huhuhu..panjang sgt dong..
great post la pak ndak. thanx for the...um...praise ke? hehe :p yg i notice, org melayu ni segan nak baca coz they think org akan gelak kt dorg n think they're nerds. kt mph n borders pun, majority nye chinese yg pi lepak kt ctu. boleh kira la brape ramai malays...aduhai bangsa melayu. sigh. sib baik laa hollywood ada buat movies based on books...mcm harry potter and twilight tu kan. at least ramai yg berminat nak baca lepas tgk movie. ;)
Post a Comment