Sunday, December 21, 2008

Nikah Punya Hal...

Sekarang ni zaman kahwin...ya la cuti bulan 12 ni kan...

Dan sekarang pulak zaman kahwin buat besar-besaran...terutamanya artis...lepas tu kang nanti bercerai pun besar-besaran la jugak...

Tapi tak payah la jadi macam kes-kes ni...:

1. Masjid jadi pentas...

Rasanya lebih separuh Malaysia tengok semalam akad nikah artis terkenal Mawi tu...aku masa tu tengah layan kartun dengan anak-anak, tetiba masa iklan tukar-tukar channel dapat la tonton akad nikah tu...sedih sebab sekali lagi masjid dijadikan pentas perkahwinan, tak kira bangsa dan agama semua masuk dalam masjid...tu belum kira perempuan yang tah je tengah period masuk gak tu....



Difahamkan jugak siap ada rehearsal sehari sebelum tu...so maknanya betul lah masjid tu dah jadi pentas atau studio ya...



Wife aku tanya semalam, kenapa orang nak akad nikah kat masjid?Hehe...jawapan aku senang je...sebab masa tu la nak tunjuk kata semua dekat dengan masjid...walhal takde dalam seerah dan sunnah pun akad nikah kat masjid...apa nak dikata...


2. Sanding ramai-ramai kat Kedah...

Bukan tujuan aku nak kata kat Kerajaan PAS Kedah...sebab sanding-sanding ni dah jadi amalan hampir seluruh Malaysia..tak leh nak salahkan siapa lagi dah...



Cuma cuba korang tengok gambar tu...yang mamat pakai jubah dan isterinya yang pakai purdah tu join buat apa????Sanding ni pun bukan amalan yang sepakat ulamak Islam bersetuju, tapi pakaian korang tu melambangkan pasangan yang benar-benar faham Islam...kenapa tak kahwin secara Islam betul-betul??Kenapa bersanding..dan kenapa bersanding beramai-beramai pulak tu?

Betul la Sabda Rasulullah bermaksud...

"Iman itu bukanlah dengan pengharapan semata-mata, dan bukan juga dengan hiasan luaran (pakaian) tetapi Iman ialah apa yang terlintas di hati dan ditunjukkan dengan perbuatan"

Sebab itu orang Islam kena hati-hati bila buat sesuatu...sebab whatever kita buat, we'll be judge as a Muslim...pakaian kita Muslim, tapi amalan tidak, maka yang malunya ialah Islam tu sendiri...apa nak dikata...

1 comment:

Muhammad said...

btol tuh... dlm islam mn ade sanding2 nih??

kalu xsilap aku laa yg sanding2 nih kaum hindu jerk...

mase nk kawin, mase tuhlaa tunjuk muka kt masjid, tp time smyg 5 waktu, ade ker dieorg nih nk tunjuk muka??