Monday, December 1, 2008

Hari-Hari Berlalu...

Fuhh...seminggu tak update blog...

Bukannya apa...takde bahan sangat...lagi pun selama seminggu tu aku agak busy sikit, tolong mengasuh anak kecik...wife aku kena pergi Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak...sebab nak dapatkan sijil nak boleh daftarkan Tadika dia tuh...

Then come Jumaat, my father bagitau keadaan Wan (my grandfather) agak tenat di Hospital Sungai Buloh...dah masuk macam-macam mesin pernafasan sebelum tu dan Dr nak cabut dah..takde respons...so kami ambik keputusan drive ke sana...

On Saturday Wan dibawak balik ke rumah..but keadaan still macam tu jugak...Dr kata his brain dah tak berfungsi untuk menyedarkan dia dari kesan bius (the had to amputate his leg due to gangrene)..

Macam mana pun kami terpaksa balik jugak la Ahad, coz my wife akan kena attend Kursus tu pagi ni...

Since takdak apa sangat nak update, maka aku nak rumuskan saja beberapa peristiwa yang berlaku dalam sikit hari ni...

1. Anwar kencing lagi...

Anwar berkata, beliau sedar dengan tanda tanya selepas sasaran 16 September yang dicanangkan untuk 'menawan' Putrajaya dan mengambil alih kerajaan Persekutuan tidak menjadi kenyataan.

"Semua bertanya malah rakan kita juga minta penjelasan mengenainya.

"Jawapan saya mengenai ke Putrajaya (ambil alih kerajaan) ialah saya tak boleh nak menyebut lebih daripada itu (dedahkan)," katanya semasa menyampaikan pidato umum sempena Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, semalam.

Baginya, buat masa ini sasaran terbaru untuk meluaskan pengaruh dan sokongan rakyat adalah di Sarawak dengan mengatur beberapa langkah drastik untuk mencapainya.

"Sementara itu kita gegarkan Sarawak...Sarawak barisan hadapan kita sekarang," katanya.

Anwar berkata bermula bulan hadapan setiap ahli Parlimen PKR akan bergilir-gilir ke Sarawak bagi menemui rakyat disana yang inginkan perubahan arus politik semasa.

"Tanpa terkecuali, semuanya mesti ikut jadual dan disiplin parti," katanya.


2. Pilihanraya kecik la kat Terengganu...

Panas pulak la Terengganu yang tengah banjir sekarang ni...hehe...Dengarnya pihak sana dah mula sebut-sebut calon...antara PAS dan PKR...takpa...jangan nanti Nenek Maimon pulak yang bertanding dan menang...hehe...


3. Zaid Ibrahim lagi...

Lembaga Disiplin UMNO wajar menghukum bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang hadir pada perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam, Selangor semalam.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, perbuatan tersebut jelas melanggar etika parti dan bertentangan dengan semangat yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN).

“Kita bukan tidak berfikiran terbuka, tetapi tindak tanduk beliau tidak ikut prosedur disiplin parti, ini satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan kerana melanggar disiplin parti,”
Hai la Zaid ni...senang ko isi je borang PKR Zaid...korang pun ambik la dia...tak hingin dah orang macam tu kat sini...ambik la..ambikk...


4. Arsenal punya hal...

Lawan team lekeh..kalah...

Lawan Man U..Chelsea..menang plak...hahaha...

Image Hosted by ImageShack.us

Apa nak dikata....hehe...

2 comments:

Jalaks said...

kite tunggu 21hb ni plak k..

Anonymous said...

hmmm.... sal politik den dah malas dah nak amik tau dah.... semuanyer lalang....ahhaha
Tapi sal MAN UTD tu!!!! ahahha jgn memain! penyokong tetap aku nih... arsenal @ arsengal! hahaha sabor je la!