Sunday, March 9, 2008

Kadir Jasin Wrote...

Kini Waktu Berterus Terang

A Kadir Jasin

SESUDAH pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.

Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.

BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.

Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.

Read More...

3 comments:

penyapubaru said...

nak wat gena...bz berpeluk sakan ...ahaks

BoxxTomoi said...

Tahniah to your (x) Boss & team.
Ustaz .. balik ke tempat kerja lama ke?

Kalau Tomoi tak leh buat kat Kedah boleh lari ke Peghelis dak?

Unknown said...

Dick...I've been transfered to new unit since 1/10/07..sikit promotion laaa..hehe..but indirectly still with DSSK..

Bolehhh..kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan..